Jika Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan untuk beraksi bagi kelabnya Pelita Jaya di Indonesia, Nazmi Faiz yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak €76,000 iaitu lebih RM300,000 sebulan.
Itulah petikan yang Murai Batu baca dalam akhbar Sinar Harian baru-baru ini.
Amboi, mewah betul rupanya pendapatan yang bakal diterima oleh anak jati Kuala Lumpur ini. Kalah gaji setahun Murai Batu nampaknya.
Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan lagi, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun pada 16 Ogos itu nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.
Kita semua tahu, hakikat pemain bola sepak yang beraksi di Eropah sememangnya akan menerima gaji lumayan untuk perahan keringat mereka beraksi di padang.
Bagaimanapun jumlah berkenaan bukanlah satu kejutan untuk pemain-pemain di sana, tetapi sangat mengejutkan untuk kita yang berada di sini kerana jumlah tersebut adalah amat besar.
Kalau ikutkan kiraan Murai Batu yang tak berapa pandai matematik ini, dengan beraksi dalam tempoh 4 bulan sahaja sudah boleh menjadikan Nazmi sebagai seorang jutawan.
Nazmi Faiz menandatangani kontrak selama tiga musim yang tamat pada Jun 2015 dan dia akan mula bermain dengan pasukan utama pada Ogos 2012.
Ramailah anak gadis kita dan juga selebriti wanita akan mula memasang angan-angan memikat Nazmi selepas ini agaknya.
Malah fikiran jahat Murai Batu pula membayangkan Nazmi akan mula mendekati gadis-gadis jelita Portugis pula selepas ini.
Apa-apa pun tahniah dan syukur atas rezeki Tuhan kepada Nazmi.
Pesan Murai Batu, buatlah yang terbaik untuk membuktikan kemampuan kita sebagai anak Malaysia dan paling penting, jangan cepat lupa diri.
Murai Batu: Portugal adalah sebuah negara latin. Jadi latin dan telenovela tak dapat dipisahkan. Teringat cerita Mis Tres Hermanas walaupun tiada kaitan.
sumber dari murai.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan