KEDUDUKAN
DAN PERANAN MAHARAJA DI CHINA
PENDAHULUAN:
Pemerintahan Maharaja di China
bermula pada zaman pemerintahan Dinasti Chin dan berakhir pada tahun 1911.
Sebagai pemerintahan tertinggi dalam negara, seseorang maharaja berkuasa mutlak
dalam pelbagai aspek merangkumi aspek pentadbiran, undang-undang , ekonomi,
kesellamatan ataupun ketenteraan dan aspek keagamaan untuk mengambarkan
kewibawaannya dalam negara.
ISI-ISI:
KEDUDUKAN:
Kedudukan politik maharaja
dilegitimasikan berdasarkan konsep mandate of heaven (mandat dari syurga) dan
memberi kuasa spritual yang tidak terhingga kepada seseorang maharaja. Selain
itu, konsep ini juga menjelaskan bahawa maharaja itu telah dianugerahkan satu
kuasa memerintah daripada Tuhan. Maharaja juga menduduki hierarki yang teratas
dalam susunan masyarakat dan merupakan individu yang paling berkuasa dalam
kerajaan.
PERANAN:
Maharaja China berperanan pada peringkat wilayah dalam membahagikan empayarnya kepada
15 wilayah yang seterusnya dipecahkan kepada unit-unit tempatan yang lebih
kecil. Struktur organisasi pentadbiran pada peringkat wilayah ini diketuai oleh
seorang pesuruhjaya yang dibantu oleh 2 pegawai iaitu hakim dan komander
tentera wilayah. Namun begitu, Dinasti Ch’ing memperlihatkan pentadbiran
wilayah diketuai oleh gabenor dan dibantu oleh pegawai daerah yang dilantik
oleh maharaja.
Selain itu, maharaja China juga berkuasa mutlak dalam mengubal
undang-undang, melantik pegawai-pegawai yang mentadbir wilayah dan daerah yang
menjalankan tugas di bawah arahannya. Namun, kuasa maharaja adalah terhad.
Petadbiran dan pemerintahan maharaja dilaksanakan melalui sistem berpusat iaitu
kuasa pentadbiran pusat berada di tangan maharaja yang seterusnya dipecahkan
kepada beberapa unit iaitu Sekretariat Agung, Majlis Tertinggi (6 badan
menteri) dan Censorate (lembaga Penapis). Maharaja China juga, turut
menghapuskan jawtan perdana menteri dan badan canselori pusat bagi memastikan
penguasaannya dalam pemerintahan.
Seterusnya, pemerintahan maharaja
China adalah berkuasa mutlak dalam
bidang perundangan. Antara tugas maharaja adalah mengubal undang-undang,
mengendalikan kes rayuan serta memberi pengampunan kedapa seseorang yang
didapati bersalah. Sistem perundangan China melaksanakan hukuman secara
kolektif dan seseorang itu dianggap bersalah sehingga terbukti dia tidak
bersalah.
Akhir sekali, maharaja juga berkuasa dalam bidang keagamaan dan bidang
intelektual. Dalam bidang keagamaan, maharaja merupakan ketua agama dan
mengetuai semua upacara pemujaan. Tugas maharaja dalam bidang intelektual
pula adalah penaung dalam bidang pembelajaran, memberi bantuan kewangan,
mengarahkan pengendalian peperiksaan awam serta terlibat dalam pemilihan calon
dalam peperiksaan awam di peringkat kebangsaan.
KESIMPULAN:
Kesimpulannya, Maharaja China berjaya
mengekalkan kedudukan sebagai pemerintah yang berkuasa sehinggalah meletusnya
Perang Candu pertama yang meyaksikan kekalahan pihak China ke atas British.
Segala pembaharuan yang dilakukan untuk menaikkan kembali imej kemaharajaan
hanya menemui kegagalan dan akhirnya sistem beraja China selama 267 tahun
ditumbangkan dalam Revolusi China pada 1911.
ATAU
Kesimpulannya, sistem pemerintahan
bermaharaja di China melahirkan kestabilan pelitik,ekonomi dan sosial di China.
Pada tahun 1911 Revolusi China berjaya menamatkan pemerintahan bermaharaja lalu
digantikan dengan sistem bercorak republik dalam sistem pemerintahan fahaman
komunis hingga ke hari ini.
KEDUDUKAN
DAN PERANAN RAJA RUSIA
PENDAHULUAN:
Sistem pemerintahan Rusia telah
mengamalkan sistem Pemerintahan Beraja bermula pada tahun 1547 sehingga 1917.
Sistem ini telah diwarisi daripada pemerintahan Empayar Byzantine. Gelaran raja
di rusia dikenali sebagai Tsar iaitu pemerintahan tertinggi yang berperanan
sebagai ketua negara, ketua dasar luar, ketua bagi melantik menteri/
pentadbiran, ketua ketenteraan, ketua dalam bidang ekonomi dan ketua agama
kristian.
ISI-ISI:
KEDUDUKAN:
Dalam sistem pemerintahan beraja di
Rusia, Tsar menduduki kedudukan tertinggi dalam struktur masyarakat. Tsar
merupakan ketua dalam setiap bidang
pemerintahan di Rusia yang mempraktikkan pemerintahan bercorak Autokratik.
Ivan IV yang lebih dikenali sebagai “Ivan yang ganas” telah menggunakan kuasa mutlak yang mempunyai
hak istemewa dalam masyarakat seperti
kekebalan dari segi undang-undang dan diberi pelbagai kemudahan istemewa.
Segala kata-kata Tsar akan dirujuk dan dianggap sebagai undang-undang.
PERANAN:
Raja Rusia berperanan sebagai ketua negara atau ketua kerajaan
yang berkuasa mutlak dalam pentadbiran dan berkuasa dalam bidang politik,
ekonomi dan sosial. Selain itu, Tsar juga mempunyai kuasa dalam melantik
menteri bagi mengukuhkan kedudukannya selain berhak untuk memecat menteri yang
dianggap menentangnya dalam pemerintahan. Contohnya, semasa pemerintahan Tsar
Nicholas II.
Di samping itu, Raja Rusia juga bertanggungjawab untuk memulihkan dan
menjaga keselamatan di seluruh Rusia daripada ancaman musuh. Sebagai
contoh, semasa pemerintahan Ramanov yang telah berjaya mempertahankan Rusia
daripada pencerobohan asing dengan menjadikan beberapa bandar yang berkubu di
selatan untuk menentang Tartar dan Turki.
Seterusnya, Raja Rusia bertanggungjawab memajukan ekonomi supaya
negara bertambah kukuh dan stabil.
Sebagai contoh semasa pemerintahan Peter The Great, beliau telah
mengalakkan pembangunan industri perkilangan membuat senjata, peralatan
tentera, pembuatan makanan dan sektor pembuatan tekstil,kertas dan barangan kulit.
Selain itu, industri besi dan keluli juga berjaya dimajukan di Ural sehingga
Rusia boleh muncul sebagai pembekal besi utama untuk asaran eropah.
Akhir sekali, raja Rusia juga berperanan sebagai ketua agama dan bertanggungjawab
memperkukuhkan serta menyebarkan agama kristian Ortodoks. Contohnya, Peter
The Great telah memberikan tawaran kemewahan dan kebendaan serta ada yang
diugut di mana atanah mereka akan dirampas sekiranya mengambil tindakan untuk
menukar agama lain. Selain itu, beliau juga telah mengarahkan mubaligh kristian
untuk mempelajari bahasa masyarakat tempatan, menterjemahkan kitab Bible ke
dalam bahasa tempatan dan menghantar mubaligh tinggal bersama keluarga yang
menjadi sasaran pemerintah.
KESIMPULAN:
Kesimpulannya, kedudukan dan peranan
Tsar di Rusia sememangnya tidak banyak bezanya dengan kedudukan dan peranan
raja di negara-negara lain di dunia ketika itu. Namun, akhirnya kedudukan dan
peranan Tsar tamat setelah berlakunya Revolusi 1917 di Rusia yang akhirnya
menjadikan Rusia sebagai sebuah negara republik yang dipimpin oleh seorang
Presiden.
SELAMAT MENCUBA...... JANGAN STRESS-STRESS NYE
KAWAN-KAWAN ...
SENYUMLAH SELALU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan