Rabu, 5 November 2014

Peranan Peter The Great (1682-1725)


soalan- Huraikan peranan Peter The Great (1682-1725) dalam sistem pemerintahan beraja di Rusia.

PENDAHULUAN:        

LATAR BELAKANG:

                Peter menjadi pemerintah Rusia antara tahun 1689 hingga tahun 1725 yang menyaksikan banyak perubahan yang membolehkan empayar Rusia mencapai kemajuan setanding dengan negara Eropah yang lain. Peter telah menggunakan pengalaman pengambaraannya ke negara Eropah seperti Jerman,Britain,Belanda, Austria dan Perancis yang diperoleh sebelum menjadi raja untuk memajukan empayar Rusia. Maka, semasa era pemerintahannya, Rusia mengalami banyak pembaharuan dari segi politik,ekonomi,sosial dan perluasan kuasa.

ISI-ISI: (PEMBAHARUAN DALAM PENTADBIRAN PETER IALAH)

1) Politik
Peter The Great telah berperanan dalam bidang politik dimana beliau telah menyusun semula sistem pentadbiran Rusia yang diwarisi sejak era Moscow dan Dinasti Rurik. Badan yang bertanggungjawab membantu pemerintahan dan pentadbiran ialah Duma (Majlis Penasihat Tertinggi-bangsawan kanan),Zemskii Sabor (Majlis Penasihat-bangsawan),Prikazi (Jabatan Kerajaan yang melaksana dasar yang diluluskan Duma). Namun,pada tahun 1971 Duma dan Zemskii Sabor diganti dengan Majlis Senate (dianggotai 9 orang) dan kemudiannya Colleges dibentuk untuk memikul beban tugas Majlis Senate yang semakin berat. Manakala pada tahun 1721, Peter memindahkan pusat pentadbiran dan ibu kota Rusia dari Moscow ke St.Petersburg dan pada tahun 1914 nama St. Petrsburg ditukar kepada Petrograd yang menjurus kepada identiti Rusia.

2)Ekonomi
Selain itu,dalam bidang ekonomi pula, Peter bertanggungjawab dalam memberi sokongan kepada industri perkilangan membuat senjata,peralatan teknikal tentera dan pembuatan makanan selain memberikan penekanan kepada sektor pembuatan seperti tekstil,kertas,kaca dan barangan kulit.Beliau juga telah menambahkan Perbendaharaan Negara dan membantu membiayai peperangan dengan memperkenalkan pelbagai cukai. Sebagai contoh, cukai barang keperluan seperti madu,ikan serta tepung dan cukai kepala contohnya, petani dan hamba 70-80 kopecks / professional dan aristokrat 1 rouble (20 kopecks).Cukai yang dikenakan mesti dibayar dengan tunai.Pengenalan kaedah banci yang diperkenalkan pada  tahun 1719 adalah untuk mengetahui jumlah keseluruhan rakyat Rusia dan melancarkan kutipan cukai, buktinya pada tahun 1719, seramai 5 570 000 orang awam telah membayar cukai  dan pada tahun 1724, 169 000 dari orang awam tinggal di bandar besar.

3) Pembaratan
Pemerintahan mutlak yang diamalkan oleh Peter menunjukkan usaha Peter melakukan pembaratan. Sebagai contoh, penampilan diri masyarakat Rusia seperti pegawai tinggi diarah mencukur janggut dan berpakaian ala Jerman dan Hungary.Peraturan ini juga diwajibkan kepada semua masyarakat Rusia kecuali petani dan institusi gereja, jika enggan cukur janggut mereka mesti didenda dalam bentuk cukai. Selain itu, masyarakat Rusia juga diwajibkan menghisap curut serta menggalakkan percampuran dan pergaulan bebas lelaki dan wanita dalam sebarang temasya atau pesta yang diadakan.

4) Tanah-tanah tak alih
Manakala, pada Zaman Moscow tanah tak alih dibahagikan sama rata dalam kalangan anak lelaki selepas pemilik meninggal dunia,menyebabkan peningkatan bilangan gentry dan sukar dikawal oleh Peter. Pada tahun 1714, Peter telah  mengeluarkan dikri kepada seorang anak lelaki sahaja,jika tiada anak lelaki diserahkan kepada anak perempuan,jika tiada anak perempuan diserahkan kepada saudara waris.

5)Pengubahsuaian hidup rakyat

Selain itu, Peter juga mengalakkan Rakyat Rusia menterjemah bahan bacaan dari luar Negara. Pengenalan surat khabar pertama Rusia juga dilakukan selain kaum wanita diberi kebebasan keluar rumah dan menghadiri majlis keramaian. Peter juga bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan rakyat dengan memastikan rumah sesuai diduduki dan atap rumah ditutup dengan jubin untuk mengelak kebakaran.

6)Pembangunan Pendidikan

Seterusnya, pelajar Rusia telah dihantar untuk menuntut ilmu dan mempelajari kepakaran ke Negara barat lain agar Rusia boleh bersaing dengan Negara barat yang  lain. Peter The Great juga telah menambah bilangan institusi pendidikan dengan menubuhkan lebih banyak sekolah bagi memberi penekanan pembelajaran berkaitan ketenteraan seperti arithmetic,geometri,geografi dan ilmu pelayaran. Contoh sekolah adalah The Navigator School,Naval Academy dan Artillery Academy. selain itu, beliau juga mengilhamkan idea penubuhan sebuah Universiti iaitu The Imperial Academy of Science yang meliputi kolej ilmu fizik,matematik dan sejarah.

7)Ajaran Kristian Ortodoks
Di samping itu, Peter juga berperanan mengukuhkan dan menyuburkan ajaran agama kristian ortodoks yang bertujuan memastikan kerajaan Uthmaniyah tidak dapat bersatu dengan masyarakat Islam bukan Russia di bahagian selatan Rusia seperti Kazakh,Karakalpak,Bashkir dan Nogay untuk menumbangkan Rusia.Penukaran agama golongan minoriti untuk mengukuhkan kuasa Peter,Dinasti Ramanov dan Empayar Rusia kerana golongan ini menumpahkan kesetiaan politik. Oleh itu,Peter menggunakan tawaran kemewahan dan kebendaan sebagai umpan dalam usaha menukar pegangan agama golongan minority.Antaranya:
  •            ·          Tuan tanah beragama Islam di Kazan dan Azov telah diberi pilihan menukar agama dalam masa enam bulan jika tidak, tanah milik mereka akan dirampas
  •            ·          Mereka ditawar ganjaran lumayan (bagsawan lelaki akan diberi 10 rouble untuk diri sendiri,5 rouble untuk isteri dan setiap anak 1.25 rouble.
  •            ·          Kerajaan pusat menaikkan cukai dan mewajibkan individu Islam berkhidmat lama dalam tentera,jika mereka tukar agama mereka dikecualikan cukai dan tempoh perkhidmatan dalam tentera hanya 3 hingga 6 tahun sahaja.
Manakala pelbagai usaha telah dijalankan oleh Peter bagi mengukuhkan agama Kristian Ortodoks dengan :
  •            ·          Mengarahkan Mubaligh mempelajari bahasa masyarakat tempatan dan menterjemah kitab Bible ke dalam bahasa tempatan
  •            ·          Menghantar mubaligh menetap dengan keluarga yang ditetapkan Peter.Penganut agama Kristian baru dipindahkan ke kawasan baru.cth ; orang Bashkir yang menukar agama ditempatkan di Nagaibak di ufa.
Peter juga telah merombak institusi gereja dengan cara:
  •            ·          Mengurangkan kuasa gereja dan Peter mengambil alih semuanya.
  •            ·          Mempraktikkan kekuasaanya terhadap institusi gereja (tidak melantik pengganti ketua gereja Kristian Ortodoks iaitu Patriarch,apabila meninggal dunia)
  •            ·          Selepas 21 tahun memerintah,Holy Syod diperkenal bertujuan mengambil alih tugas Patriarch dan melantik dirinya sendiri sebagai pengerusi Holy Syod.Biskop dipilih kerajaan pusat untuk menganggotai Holy Syod.
  •            ·          Peter bertindak menutup Biara kecil dan Biara besar beroperasi dengan membayar cukai tertentu dan perlu memainkan peranan aktif membangunkan masyarakat.
  8) Pengukuhan Ketenteraan.
Peter juga berperanan dalam mengukuhkan kekuatan ketenteraan untuk mengelakkan ancaman daripada musuh. Oleh itu, Peter telah menaikkan peruntukan ketenteraan pada abad ke 18. Contohnya, 2.3 juta rouble pada tahun 1701 dan meningkat kepada 32 juta rouble pada tahun 1710. Hal ini bagi memastikan peruntukan belanjawan pusat memberi tumpuan kepada pertahanan negara dan menggunakan sebahagian besar hasil perbendaharaan untuk mengukuhkan tenteranya.

9) Perluasan Empayar
Pengukuhan ketenteraan membolehkan Peter meluaskan Empayarnya. Oleh itu, Peter telah berusaha mencari jalan baru yang boleh menghubungkan Rusia dengan benua Eropah lain.Beliau juga telah bertindak dengan bijak dengan merancang taktik dan strategi peperangan hingga berjaya mengalahkan Sweden dibawah pimpinan Raja Charles XII. Selain itu, beliau juga mengupah buruh mahir dari Itali,Greece dan Britain bekerja di Rusia bagi meningkatkan perdagangan dan memulihkan hubungan dengan negara barat lain.

KESIMPULAN:

Kesimpulannya, Tsar Peter Agung memberi sumbangan yang besar dalam memajukan Rusia dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Beliau juga membuka Rusia kepada ruang yang lebih luas untuk berinteraksi dengan negara Eropah yang lain.

 


Pilih mana-mana isi yang relevan dan senang untuk diingati ...
Selamat maju jaya...#stpm2014  
#pra-usmkserimahkota

Tiada ulasan: