Rabu, 27 Jun 2012

ADIRA SIMPAN HADIAH PEMINAT

hari itu eka ada la buka muka buka tetiba keluar tentang adira  yang berkaitan dengan  ADIRA SIMPAN HADIAH PEMINAT yang menjadi salah satu story di majalah HAI.... eka pun apa lagi pergi lah kita untuk mendapatkan majalah tersebut....
jom kita layan serba sedikat story yang terdapat dalam majalah tersebut...



      Bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu ilusi ini cukup bertuah kerana dalam masa yang singkat berjaya mengumpul kelompok peminat sendiri.Semuanya gara-gara program realiti Akedemik Fantasia 8 yang berjaya melonjakkan nama Adira sebaris dengan artis popular yang lain.Dek kerana populariti itu jugalah ke mana sahaja gadis genit ini melangkah pasti ada peminat yang sanggup berhabis untuknya.Dari semurah-murah barang ginggalah yang bernilai ratusan ringgit,Tidak kira besar atau kecil semuanya disimpan baik oleh adira sebagai tanda perhargaan terhadap peminat.
      Kebanyakkan hadiah peminat semua saya simpan. Tak kira yang mahal atau murah,Semua saya hargai.Tak ada pun nak beza-bezakan.Dari muka masuk Akedemik Fantasia sampailah sekarang,saya hargai pemberian peminat.Ada sebahagiannya saya simapan di dalam bilik khas dan selebihnya di dalam bilik tidur saya.Hadiah paling banyak tentulah anak patung,T-shirt,jam tangan,gelang,penyepit rambut dan kasut.Setakat ini saya ada 15 koleksi jam tangan.Saya akan pakai ikut kesesuaian pakaian di majlis-majlis tertentu. jelas adira mengenai sebahagian koleksi hadiah peminat yang diterimanya.

inilah serba sedikit storynya.....apa pun adira memang terbaik....class gitu..

Tiada ulasan: