Sabtu, 16 Jun 2012

DATO' LEE CHONG WEI GILA GAJET

Datuk Lee Chong Wei Gila Gajet
KL, 13 JUN 2012: Pada kebiasaannya, Murai Batu sering saja mendengar kisah kejayaan wira badminton negara iaitu Datuk Lee Chong Wei yang selalu saja mengharumkan nama negara.
Namun, baru-baru ini Murai Batu agak terkejut apabila mendapat tahu bapa kepada jaguh negara ini telah cuba membunuh diri. Apa sudah jadi?
Sungguhpun Murai Batu tidak tahu sebab perbuatan ayahnda Chong Wei ini, tetapi Murai Batu bersyukur kerana pihak polis berjaya menyelamatkan bapa Chong Wei dari menjadi mangsa bunuh diri.
Sudah terlanjur Murai Batu bercerita mengenai Chong Wei, Murai Batu mendapat tahu, figura ini merupakan seorang yang gila.
Jangan pula anda salah faham. Gila yang dimaksudkan Murai Batu bukannya tidak waras atau tidak berakal.
Sebenarnya, ada pihak terdekat Chong Wei memberitahu bahawa aset negara ini sebagai seorang yang gila gajet.
Dalam erti kata yang lain, Chong Wei merupakan seorang yang pantang untuk mendapatkan barangan telefon bimbit berjenama terbaru di pasaran.
Dengarnya, setiap kali ada keluaran telefon bimbit terbaru saja, Chong Wei akan membelinya dengan kuantiti paling minimum pun 10 buah. Wow! Banyak tu.
Murai Batu dimaklumkan, Chong Wei bukannya membeli produk itu untuk diri sendiri, sebaliknya memberikannya kepada sanak-saudara dan sahabat handai.
Menariknya, Chong Wei sedikit pun tidak membelinya dengan meminta kadar murah atau diskaun tetapi membeli barangan itu dengan harga asal.
Apa sekalipun, Murai Batu tertanya-tanya siapa gerangan yang menerima barang gajet dari Chong Wei itu.
Adakah benar ia diterima wanita yang bergelar kekasih hati Chong Wei?
Tetapi, apabila dirisik, Chong Wei masih lagi single sungguhpun pernah dikatakan ada hubungan dengan Amber Chia sebelum supermodel itu berkahwin.

Tiada ulasan: