Khamis, 5 Disember 2013

AZNI MANGSA SETERUSNYA MASTERCHEF ALL STAR 2013

assalamualaikum semua...
.eka hari ni nak cerita pasal masterhef Malaysia all star baru2 ni yang membawa kepada penyingkira Azni(masterchef musim-2)...dalam program nie Azni adalah salah seorang peserta yang eka minati...jadi sedih la bila dia tersingkir pada malam penyingkiran tu eka tak dapat saksikan rancangan tersebut sebab eka tgk THE STRANGE HOUSEKEEPER(393) jadi eka tengok ulangan jek la pada keesokan harinya...terkejut gak bila tgk hidangan yang disediakan oeh Azni sebab terlalu simple....tetapi hingan tersebut dihidangan dengan kemas namun nampaknya bukan rezeki Azni ....tp tak apa la eka rasa Azni dah buat yang terbaik.....
 
sekarang nie tinggal 2 peserta kegemaran eka jek yang tinggal iaitu SOO WINCCI dan CELENA... harap diaorang dapat buat yang terbaik.......


soo wincci

 
 
kat sini eka serta artikal yang disediakan oleh murai.com.. apa lagi baca la....selamat membaca..
 
 
 
mcmas hidang terlalu simple penyebab azni tersingkir
 
 
Pertandingan MasterChef Malaysia All-Star (MCMAS) malam tadi menyaksikan perginya seorang lagi peserta `All-Star` apabila Azni diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.
Dalam episod ke-8 yang berlangsung malam tadi, Azni bersama tujuh ahli Kumpulan Biru yang tewas pada pusingan Cabaran Luar iaitu Michael Ang, Shariah, Azlina, Ary Malik, Karl Shafek, Along dan Ah Hong terpaksa bersaing mengukir 6 ketul lobak dan kentang sebelum bertempur di dapur Masterchef.
Michael dan Karl Shafek terselamat daripada pertempuran kerana merupakan peserta terpantas yang berjaya menyiapkan ukiran pada kentang dan lobak mereka.
Enam peserta yang tinggal terpaksa menghadapi saingan sengit menyediakan hidangan menggunakan ‘roots vegetable’.
Namun nasib tidak menyebelahi Azni dan dia terpaksa akur dengan komen juri yang mengatakan hidangannya terlalu ringkas dan tiada arah tuju.
Azni yang mewakili Persatuan Sindrom Down Malaysia pulang dengan RM3,000 untuk disalurkan kepada badan kebajikan itu.
Dengan penyingkiran Azni, 16 peserta lagi akan terus meneruskan cabaran untuk bersaing dalam MasterChef buat kali kedua selepas kegagalan mereka sebelum ini dalam MasterChef musim sebelumnya

Tiada ulasan: