Assalamualaiku semua ...
alhamdullilah hari sudah masuknya 11 ramadhan ... syukur ke hadrat ilahi kerana Allah swt masih memberi kita nyawa untuk terus menikmati keindahan pada bulan ramadhan....
Dalam keadaan negara kita yang aman damai ini ..marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan rakyat di Gaza, Palestin yang sedang menderita ...
Tentera rejim Israel dilaporkan melancarkan berpuluh-puluh
serangan udara ke wilayah Palestin malam tadi selepas dakwaan wilayah selatan
yang didudukinya dibedil dengan roket oleh pejuang. Menurut saksi dan pegawai keselamatan Palestin,
sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan cedera.
Seorang jurucakap tentera rejim mengesahkan serangan itu
yang mendapat nama operasi "Protective Edge".
Menurut saksi serangan tertumpu kepada beberapa deretan rumah
di Semenanjung Gaza, termasuk di kawasan Khan Yunes. Kumpulan bersenjata dari Briged Ezzedine al-Qassam pantas
mengeluarkan kenyataan membidas tindakan rejim itu.
“Israel telah melampaui batas dengan menjadikan kediaman
(penduduk) sebagai sasaran. Sekiranya polisi sebegini tidak dihentikan, kami
tidak teragak-agak untuk memperluaskan sasaran sehingga ke satu tahap yang
tidak dapat disangka (rejim)," kata kumpulan itu menerusi satu kenyataan.
Serangan itu mengakibatkan kecederaan kepada 17 orang termasuk
tujuh kanak-kanak dan dua wanita. Dua daripadanya berada dalam keadaan
kritikal, lapor bahagian perubatan Palestin.
"Kira-kira 50 objek termasuk empat buah rumah aktivis,
kawasan pelancar roket dan insfastruktur lain menjadi sasaran," kata
jurucakap tentera Israel.
Perkembangan terbaru ini adalah paling buruk sejak November
2012.
Situasi kembali memuncak selepas insiden seorang remaja
Palestin diculik dan dibunuh kejam oleh pelampau Yahudi minggu lalu.Remaja terbabit dikatakan telah dibakar oleh kumpulan
pelampau terbabit . Tentera Israel mendakwa
lebih 40 roket telah dilancarkan ke selatan wilayah yang didudukinya
hanya dalam tempoh beberapa jam.
Brigade Ezzedine al-Qassam mengaku bertanggungjawab di atas
serangan tersebut. "Al-Qassam menembak puluhan roket ke Netivot dan
Ashkelon, Ashdod dan Ofakim sebagai tindakan balas Zionis," kata satu
kenyataan.
"Roket-roket Qassam merupakan balasan di atas kejahatan
Israel terhadap rakyat kami," kata juru bicara Hamas, Sami Abu Zuhri.
Tentera Israel mendakwa
lebih 40 roket telah dilancarkan ke selatan wilayah yang didudukinya
hanya dalam tempoh beberapa jam.
30 darinya didakwa jatuh di wilayahnya.
creadit to Berita Awani (8/7/2014)... ini adalah serba sedikit cerita yang berlaku di sana ... untuk keterangan lanjut dan berita terkini mengenai keadaan di sana anda semua boleh ke laman web astro awani...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan