Assalamualaikum
semua, ..
Apa khabar??? dan
selamat bercuti buat adik-adik dan sahabat handai ....ok jadi hari ini eka nak
kongsikan lah aktiviti eka dan kawan-kawan kelas 6 Bwh Za’ba sewaktu cuti hari
tu....
Pada 15 September 14 bersamaan dengan
20 Zulkaedah 1435 iaitu pada hari Isnin yang lepas eka dan
kawan-kawan pergi ke Taman Tasek Ayer
Keroh untuk melepaskan tekanan yang dah lama terpendam ...selain bagi
mengisi waktu lapang semasa cuti ini ... walaupun tidak banyak aktiviti yang
dijalankan ... eka perhatikan rata-rata kawan eka seronok dengan apa yang
mereka lakukan ....
Antara aktiviti yang
dijalankan sewaktu di sana ... selepas semua berkumpul ..eka sendiri pon tak
pasti pukul berapa .. kawan-kawan eka yang mana belum bersarapan telah menikmati sarapan mereka di sana ...
dan sekali lagi eka tak pasti pukul berapa aktiviti yang dijalankan bermula
...aktiviti pertama kami semua bersepakat untuk menjalankan aktiviti berkayak .... hmmm boleh la .. mula-mula agak
kekot sikit dan asyik berpusing tempat yang sama jek tapi lama kelamaan baru
boleh pandu kayak tu dengan betul ..walupun masih ke kiri dan ke kanan ... tapi
seronoklah selain dapat menambah ilmu ... pengalaman jugak bertambah
Maslina & Adibah
inilah mereka yang bersama-sama ...menyertai aktiviti
Jadi selepas berbasah
semasa berkayak ... aktiviti seterusnya yang dijalankan adalah wall climbing ...hmmm yang ini eka ada
gerun sikiit sebab eka gayat dengan
ketinggian jadi eka ambil keputusan untuk tidak menyertai aktiviti tersebut ...
jadi eka dan kawan eka iaitu Syafirah hanya perhatikan dari luar sahaja .. dan kami
berdua dah jadi macam wartawan sukan dengan merakam aksi dan gelagat
kawan-kawan yang lain semasa mereka wall climbing ... bangga tengok kawan
perempuan yang naik ..walaupun tak tinggi macam budak lelaki bukan semua orang
boleh naik benda alah nie ... apa-apa pun tahniah kepada yang berjaya naik
sampai atas ...
wall climbing ...Zulhilmi &Firdaus a.k.a BAM
Seterusnya pulak ....
lepas dah penat dah tentulah semua lapar .. jadi kami berhenti berehat dan
tunaikan solat zohor .. selepas itu, kami semua merancang untuk ke rumah hantu
tetapi rancangan tersebut tergendala oleh kerana lari daripada bajet ..jadi
kami semua membuat keputusan untuk ke Taman Rekreasi Botanikal Melaka... apa
aktiviti kami di sana ... ???? perhatikan betul-betul gambar di bawah .....
ini dia ..aktivitinya adalah berbasikal ...
kami tetap akan bersatu ... go 6 bwh Za'ba...buktikan yang kita semua boleh
jadi ... inilah aktiviti kami semua ... hmmm.. creadit for Adibah Salihah for the pictures .... apa pun .. kami di sini tetap seronok ... tahniah kepada kawan-kawan semua kerana berjaya mengadakan aktiviti ini walaupun tak semua yang sertainya ....hilang tak stresss...???? jadi janga lupa siapkan kerja sekolah n study for trial STPM yang akan datang ....
kepada mereka yang sudah lama menjadi rakan pembaca tetap .. kalau korang semua perasan eka ada pernah tulis cerita yang berlainan tapi tempat yang sama ... sewaktu tingkatan 3 .. heheh .. saja nak throwback ...
jadi ... macam mana rakan pembaca sekali ... korang bercuti dimana cuti sekolah ni..??? harap korang semua enjoy..!!!!
sekian, Terima kasih
Tiada ulasan:
Catat Ulasan