Isnin, 27 Oktober 2014

TERANGKAN PERANAN UNITED KINGDOM DALAM KOMANWEL


PENDAHULUAN:
 
Pertubuhan komanwel dibentuk pada tahun 1931 dan anggotanya terdiri daripada bekas tanah jajahan british yang telah merdeka. Kini, negara anggota komanwel tersebar daripada pelbagai beangsa,agama,bahasa dan budaya. Komanwel hari ini menerima pengistiharan prinsip komanwel sebagai asas hubungan dalam kalangan negara komanwel.

ISI-ISI: PERANAN UNITED KINGDOM

            Penglibatan United Kingdom dalam komanwel telah membawa kepada mereka dalam berperanan sebagai pengasas dan ketua komanwel. Jika UK tidak bijak menjaga dan mengawal negara-negara bekas tanah jajahannya, sudah tentu hubungan UK dan tanah jajahannya akan lenyap begitu sahaja. Kewujudan komanwel mempunyai nilai dan cita-cita pihak British untuk membimbing tanah jajahannya ke arah berkerajaan sendiri dan seterusnya memberi kemerdekaan. Keadaan tersebut juga boleh dikaitkan dengan desakan rakyat Britain sendiri supaya dipraktikan cita-cita untuk membimbing tanah jajahan.

            Selain itu, UK juga sedar akan tanggungjawab mereka untuk membangunkan tanah jajahannya termasuk wilayah-wilayah yang diamanahkan kepadanya yang ketinggalan dari segi ekonomi. Penubuhan komanwel adalah merupakan langkah yang wajar kerana kerjasama secara multilateral dalam bidang ekonomi dalam kalangan bekas tanah jajahannya dapat mengukuhkan ekonomi negara-negara berkenaan. Namun, pada tahun 1950-an Britain menggunakan pertubuhan ini untyk kepentingan mereka sendiri. Negara komanwel berjaya mengeksport lebih 50% daropada teh, jut, bijih timah, getah, minyak sawit dan koko. Selain itu juga, negara komanwel menyumbangkan separuh daripada keluaran aluminium dunia.

            Di samping itu, Uk juga mengambil langkah insiatif dengan menwujudkan sebuah jawatankuasa pada tahun 1950 iaitu Jawatankuasa Perhubungan Pelajaran Komanwel. Jawatankuasa ini dibentuk bagi membantu negara-negra menyediakan sistem pelajaran yang sempurna. Penubuhan komanwel juga mempunyai kaitan bengan hasrat UK untuk memperkenalkan sistem sosial, ekonomi dan politik berdasarkan model barat. Penerapan sistem undang-undang birokrasi dan ekonomi menjadikan struktur pentadbiran negara-negara komanwel lebih kemas dan berkesan.

            Akhir sekali, UK juga berperanan dalam mengekalkan QUEEN sebagai ketua negara dimana penyertaan keanggotaan dalam komanwel juga secra tidak langsung mengekalkan legasi monarki United Kingdom. Pengekalan legasi monarki ini juga memberi pengiktirafan kedapa QUEEN iaitu Raja Inggeris sebagai ketua negara dan sekali gus mengekalkan keunikan komanwel. Sebanyak 16 buah negara anggota komanwel yang diwakili oleh Gabenor Jeneral dan terdapat juga sesetengah negara terdiri daropada anak tempatan telah memilih QUEEN sebagai ketua.

PENUTUP:

            Kesimpulannya, jelaslah bahawa penglibatan dan peranan United Kingdom dalam komanwel berjaya mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi, pelajaran dan teknikal. Kerjasama yang wujud ini telah menyebabkan negara-negara anggota tidak meninggalkan komanwel. 

Selasa, 21 Oktober 2014

Bandingkan ciri-ciri sistem feudal di England dan di Jepun



     
            Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan politik tempatan yang ditakbirkan oleh individu-individu tertentu dan bukan wakil oleh kerajaan pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah mengikut sistem kelas bersusun lapis masyarakat hierarki. Feudalisme di Eropah terbentuk selepas kejatuhan empayar Charlemagne dan berlanjutan hingga abad ke-14 Masihi. Pemerintahan berasaskan feudalisme di England pada zaman kemuncaknya semasa Dinasti Tudor tahun 1485 hingga 1603. Feudalisme di jepun telah berakar umbi sejak  Zaman Kamakura.
          
  Di dalam sistem feudal di England dan Jepun terdapat beberapa ciri dan aspekl yang boleh dibandingkan. Kedua-dua negara ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri malah turut berkongsi beberapa persamaan. Persamaan konsep sistem feudal di Eropah dan Jepun menunjukkan bahawa sistem  feudal dilihat sebagai satu gabungan yang istemewa antara konsep pemusatan undang-undang diraja dan tradisi semula jadi sebuah organisasi dengan ikatan peribadi kesetiaan.
        
    Antara persamaan sistem feudal Eropah dengan Jepun yang pertama adalah dari segi pembinaan masyarakat. Pembinaan masyarakat kedua-dua negara ini adalah dibina atas dasar keturunan atau sistem kelas. Golongan bangsawan akan berada di atas, diikuti oleh tentera dan petani. Hel ini membawa kepada kurangnya perubahan status dalam masyarakat feudal atau kurangnya mobiliti sosial. Misalnya, jika dilahirkan seorang anak petani maka dibesarkan sebagai petani, sedangkan anak-anak bangsawan akan tetap menjadi golongan bangsawan.
           
 Seterusnya, zaman feudal di Eropah dan Jepun juga sering dilanda peperangan .  Keadaaan  ini menyebabkan golongan knight di Eropah dan samurai di Jepun mempunyai peranan yang amat penting sebagai hulubalang pada zaman feudal. Kedua-duanya berkhidmat dengan golongan bangsawan dan terikat dengan undang undang feudal. Knight terikat dengan konsep chivalry manakala samurai terikat dengan konsep bushido di Jepun.
         
   Persamaan juga dapat dilihat daripada segi peralatan peperangan yang digunakan oleh knight dan samurai. Kedua-duanya menggunakan kuda, pedang dan baju perisai. Baju perisai Eropah diperbuat daripada besi atau disadur dengan besi.  Baju perisai Jepun pula diperbuat daripada logam atau sutera atau saduran logam. Knight amat memerlukan bantuan untuk menaiki kuda kerana baju persai yang berat sedangkan samurai tidak memerlukan bantuan untuk menaiki kuda.
          
  Terdapat juga perbezaan di anta kedua-dua ciri sistem feudal di Erpah dan Jepun. Di Eropah, elemen ini datang dari empayar Rom dan berlatar belakangkan orang Jerman di Eropah Utara. Manakala,  di Jepun feudalisme telah berakar umbi sejak zaman Kamakura. Terdapat juga perbezaan dari segi pembinaan istana di Eropah dan Jepun. Bagi golongan bangsawan Eropah, pembinaan istana daripada batu mat penting untuk melindungi mereka dan vassal daripada serangan musuh. Golongan daimyo di Jepun juga membina istana tetapi istana daimyo diperbuat daripada kayu.
          
  Selain itu, evolusi yang berlaku dalam institusi feudal Jepun terlalu perlahan berbanding di Eropah. Sistem  Kamakura merupakan satu-satunya sistem feudal yang wujud akibat sistem pemerintahan kerajaan diraja yang telah uzur dan penerusan bentuk sitem tuan tanah persendirian yang diwarisi daripada  zaman terdahulu. Pada akhir abad ke16, jepun telah disatukan dan kemanan diwujudkan. Pada waktu yang sama, Eropah menghadapi zaman pengukuhan negara bangsa kerana kecekapan kuasa pusat dan kecekapan raja-raja Tudor di England. Namun, Jepun tidak ada raja melainkan jeneral tentera yang menjadi perancang kesatuan. Kemuncak feudalisme di Eropah dan Jepun tidak stabil tetapi secara asasnya, kerangka feudal di Jepun kekal sehingga pertengahan abad ke-19 selepas lama ketinggalan dalam persaingan masyarakat antarabangsa Eropah.
          
  Di samping itu, perbezaan lain ialah feudalisme Eropah berasal daripada konsep undang-undang Rom yang menekankan hak,undang-undang dan kewajipan iaitu hubungan antara mereka yang lahir bersama ikatan peribadi zaman feudal. Kebanyakkan idea undang-undang tersebut tidak ada dalam zaman feudal Jepun. Zaman feudal Jepun dibayangi oleh penekanan idea China yang melebihi undang-undang. Hal ini amat jelas menunjukkan kewajipan peribadi feudal di Jepun lebih menekankan aspek moral berbanding undang-undang . Ini bermakna kekuasaan dan kesetiaan menjadi sesuatu yang mutlak. Oleh yang demikian, tiada ruang untuk penyerapan konsep hak yang tidak dapat diubah, iaitu tidak berkongsi kekuasaan dengan badan perwakilan seperti di Eropah.
          
  Akhir sekali, perbezaan pemilikan tanah di antara sistem feudal di Eropah dan sistem feudal di Jepun. Golongan knight di eropah mendapat tanah sebagai bayaran memberi perkhidmatan ketenteraan. Knight juga mengawal golongan petani (serf) yang bekerja di tanah-tanah mereka. Manakala di Jepun, samurai tidak mempunyai tanah . Hal ini kerana daimyo mengenakan cukai ke atas petani untuk membayar gaji samurai dalam bentuk beras.
          
  Kesimpulannya, terdapat beberapa persamaan dan perbezaan di antara sistem feudal Eropah dan Jepun dari pelbagai aspek.
           

Ahad, 12 Oktober 2014

LAWATAN TINGKATAN 6 (2014) KE KUALA LUMPUR



Assalamualaikum semua...
Apa khabar..hmmm agak lama jugakan eka tak update cerita baru kat sini ... alhamdullilah baru-baru ni selesai sudah Peperiksaan Percubaan STPM untuk Penggal Pertama ... nampaknya masih belum bersedia lagi ...banyak lagi kena baca terutamanya sejarah dan seni visual ... doakan yang terbaik untuk STPM yang sebenar nanti untuk diri eka sendiri dan tak lupakan juga untuk kawan-kawan eka juga...
....Amin...
Baiklah ..hari ini eka nak mulakan coretan tentang lawatan eka dan pelajar-pelajar Tingkatan Enam yang lain ke Kuala Lumpur ... pertama sekali kami semua mengunjungi UiTM Shah Alam ... wahhh sudah tentulah rasa bangga mana tidaknya di universiti inilah telah melahirkan ramai selebriti yang popular dan tokoh-tokoh lain. Contohnya Fara Fauzana, Faizal Ismail , Fatimah Abu Bakar, Awal Ashaari dan Ashraff Sinclair ini pun yang mana yang eka sendiri ingat la yang terlibat dalam bidang MASSCOM dimana bidang yang kami semua lawati ... memang menarik perhatianlah dan ada juga terdetik pada diri eka sendiri nak cuba ceburi bidang ini .. jadi doa-doakanlah ... kami semua juga sempat mengunjungi beberapa tempat dan merasakan sendiri pengalaman membaca berita dan merakamkan suara seperti DJ Radio... hmmm memang menarik ... terima kasih buat semua pensyarah UiTM Shah Alam yang turut membantu mengiringi kami semua semasa sesi lawatan.



CREADIT TO SAKINAH FOR THE PICTURES





Seterusnya, kami bergerak ke bangunan Parlimen Malaysia untuk sesi lawatan seterusnya ... agak ketat juga peraturan kemasukannya dimana telefon bimbit,kamera dan beg tidak dibenarkan untuk dibawa masuk .. jadi kepada sesiapa yang selepas ini berkesempatan nak melawat ke Parlimen pastikan bersiap sedialah untuk tidak membawa benda-benda tersebut ...tapi kalau bawa juga .. boleh sahaja bagi kat pengawal kat pintu masuk ..nanti dia orang simpankan ...  baiklah selepas lama menunggu di luar .. akhirnya kami dibenarkan masuk .. tegas juga pengawai yang ada kat situ ... takut dibuatnya... tapi mungkin ada sebablah mereka semua tegas ... sebelum kami masuk ke Dewan Parlimen kami di arahkan untuk tidak bercakap,tidur dan perlu tunduk apabila ingin keluar dari dewan tersebut ... hmmm memang setapak sahaja kaki melangkah masuk suasana di dalam tu memang senyap dan hanya dengar suara ahli parlimen yang sedang berhujah ... dan pada ketika itu mereka sedang berhujah pasal “penjara” ..hmmm eka dan kawan-kawan yang duduk kat atas berasa kurang senang ..tiba-tiba terasa seolah-olah hendak bangun dan bangkang je ..hehe tapi manalah boleh .. kita ni siapa ... jadi kami tahan jek la ... selapas itu kami semua dibawa ke tempat di mana eka rasala dewan negara kot... hehe maaflah tak berapa ingatlah .. tapi kat situlah dima kami sendiri dapat merasa duduk di tempat ahli-ahli dewan negara dan dewan rakyat duduk .. memang selesa ...





Jadi selepas tamat di Parlimen ..kami bergerak ke Masjid Negara untuk menunaikan solat asar di sana .. memang besar tempatnya ... pening juga cari tempat solat dan tempat wuduk perempuan ...maklumlah eka sendiri pun pertama kali datang ke situ ..tapi tengok gaya kawan-kawan eka pun macam dia orang pun pertama kali juga ..hehe..memang selesa dan sementara menunggu rakan-rakan yang lain sempat juga tengok masjid tersebut dimana bangunannya memang sangat cantik ... dan masa itu sempat juga terserempak dengan beberapa orang pelancong dari luar negara dan beberapa orang dari bangsa lain iaitu cina yang datang melawat ke masjid tersebut ..nampak seolah-olah mereka tertarik dengan reka bentuk masjid tersebut.. jadi kita yang beragama islam berharap agar pintu hati mereka akan terbuka untuk masuk agama islam ..AMIN..





Jadi inilah sedikit coretan eka tentang lawatan sambil belajar yang dianjurkan oleh guru-guru Tingkatan 6 SMK Seri Mahkota pada hari Khamis (9 Oktober 2014) ... terima kasih kerana memberi kami semua pengalaman yang cikup bermakna untuk kami semua ...
Dan tidak dilupakan juga kepada rakan eka iaitu Nur Hazah Fazira Roslan yang menyambut hari lahirnya pada hari tersebut ... tahniah nye ..dah masuk fasa 18 tahun ... semoga panjang umur dan menjadi seorang insan yang taat pada agama,bangsa dan negara


Maaflah untuk kali ini eka tak dapat nak masukkan gambar .. gambar yang ada nie pun ambil dari google nak bagi gambaran kat kalian semua ... eka akan cuba usahakan untuk dapatkan gambar daripada kawan-kawan eka ...
Sekian.... terima kasih ..