Isnin, 1 Disember 2014

DONDANG SAYANG (CUTI SEKOLAH)

Assalamualaikum semua...
Apa khabar ..??? macam mana cuti sekolah kawan-kawan semua ..?? mesti dah pergi jalan jauh dah ni ... apa-apa pun manfaatkan lah percutian sekolah kawan-kawan semua dengan aktiviti yang berfaedah ...  tahniah kepada pelajar tingkatan 5 ..sebab eka dengar ada yang sudah habis  jawab soalan SPM ..sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk keputusan SPM akan datang..

Baiklah hari ini eka nak ceritakan serba sedikit aktiviti awal cuti sekolah eka... semalam (30/11) eka dan keluarga pergi ke Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri (JKKN) di Ayer Keroh ..kerana ada persembahan dondang sayang ...jujurlah eka cakap kat sini yang sebenarnya eka taklah minat sangat dengan tarian tradisional ...hehe .. tapi setelah menonton semalam huh ... menarik juga ... lagi lagi bila dapat tengok sendiri anak buah eka sendiri (along dan angah) iaitu Nur Anisa Athirah dan Nur Aqilah Athirah yang menarikan tarian dondang sayang ... eka sendiri tak sangka yang dia orang berbakat dalam tarian tradisional ..hmmm nak suruh eka menari ??? jawabnya memang taklah kan ... hehe ... apapun semalam memang seronok sangat semalam sampai berair mata tengok ..hmm bukan sebab sedih atau terharu tapi sebab cahaya lampu dalam panggung itu terang sangat ...silau ...hehe 




Selain itu, ada juga persembahan dari penyanyi yang berbangsa cina ..terleka sikit dibuatnya ... fasih betul dia nyanyi lagu dondang sayang ... selepas itu ada persembahan dari penari kebudayaan sendiri dengan tarian kipas dan bollywood ..wahhh meriah panggung waktu itu dengan sorakkan para penonton yang hadir ... di samping itu, ada persembahan dari generasi –y  yang menarikan tarian hip hop ...boleh tahan juga.. dan ada juga artis  jemputan yang dari Kilauan Emas iaitu Uncle Silva ..walaupun dia menyanyikan lagu lama ... tapi tetap menghiburkan para penonton ..

Walaubagaimanapun ... eka sangat tertarik dengan persembahan yang mana anak buah eka sendiri sertai ... mana tidaknya semua penari comel-comel ..kecil molek ..hehe ..eka dapat rasakan generasi lama tidak perlu risau lagi lepas ni sebab adanya generasi sekarang yang mula minat dengan tarian tradisional walaupun sekarang banyak pesaing seperti tarian k-pop ... aktiviti sebegini juga perlu dipergiatkan lagi agar sentiasa diingati selain dapat menarik perhatian generasi –y...
Akhir kata , eka tetap bangga dengan along dan angah(anak buah) ...jangan pernah putus asa teruskan untuk memajukan tarian tradisional ..acu (eka) sendiri tak percaya yang korang boleh lakukan persembahan yang menarik itu ...tahniah ....yeahhh

Sebelum eka tutup coretan eka hari ini... teruskan menyokong pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke peringk t separuh ahkir #pialaAFFSUZUKI2014 yang bakal bertemu dengan Vietnam .... tahniah dari ekaadiracom.blogspot untuk pasukan Harimau Malaya ... #malaysiaboleh #ayuhteammalaysia #utrasmalaya

Dan tidak lupa juga jangan lupa dengarkan lagu #hilang #adira .. ost suamiku encik sotong  dan terima kasih kepada pembaca-pembaca yang banyak memberi komen,nasihat dan pendapat untuk eka perbaiki lagi penulisan dalam blog ini... tentang cadangan mengenai menulis cerpen itu ..eka masih fikirkan lagi ... walau bagaimana pun eka masih mengharapkan sokongan pembaca semua..

#janganjadiyangbiasabiasatpjadilahyangluarbiasa

Tiada ulasan: