Assalamualaikum semua...
Alhamdullilah hari sudah
masuk ke 16 Ramadhan ...sekejap je kita rasa kan..???
Baiklah
hari ini eka nak kongsikan cerita IFTAR bersama
rakan-rakan perempuan kelas eka iaitu 6 Atas Zaba yang terdiri daripada
7 orang iaitu Azlin,Adibah Salihah, Syahfirah, Syahirah, Hajar dan Noraini...
Kami
semua berbuka di kedai Tom Yam (AWE) Telok Mas, Melaka.. selepas berbuka kami
semua menunaikan solat magrib dan seterusnya bergerak ke Bazaar Telok Mas di
mana ada menjual bermacam-macam ..antaranya baju raya, tudung ,kasut dan
barang-barag beraya yang lain.. kami
semua ke sana hanya datang tengok-tengok harga yang sesuai ...hmmmm boleh tahan
juga barang yang dijual disana ... kalau kawan-kawan pembaca yang ada tinggal
berdekatan dengan lokasi bazaar tersebut ..dialu-alukan datang ke sana .. hmmm
memang rambang mata dibuatnya....
Di
kesempatan ini juga eka nak bagi sedikit tips kepada anda semua kalau nnati nak beli barang cubalah
raong satu tempat dulu ..tengok harga yang mana berpatutan (itu pun kalau rajin
ar) .. ini kerana nanti mana la tahu kita dah beli dulu dan lepas tu jalan
depan lagi ada peniaga yang jual barang yang sama tapi harganya lebih murah
berbanding barangan yang kita beli sebelumnya ... hmmm ini pun eka kongsikan
berdasarkan pengalaman juga .. jadi renung-renungkan lah ye dan selamat beramal
... hehe ..
Jadi
sekian sahaja ukilan pada kali ini semoga bertemu di ukilan-ukilan yang
seterusnya ... di kesempatan ini eka nak minta pembaca –pembaca agar mendoakan
eka dan kawan-kawan tingkatan 6 yang lain yang bakal mendapat keputusan penggal
2 nanti pada 13 JULAI 2015 (ISNIN) supaa mendapat keputusan yang terbaik
..insyaallah , amin .. terima kasih ..selamat menjalani ibadah puasa ....
...UKIRKAN
SENYUMAN DI WAJAH ANDA ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan