Assalamualaikum
semua....
Bersua kita kembali
.... macam mana sambut bulan ramadhan ...??? alhamdullilah ...
Ni dah tak lama lagi
kita akan menyambut bulan syawal.... macam mana persiapan korang ...??? Diharap kita semua dapat menyambutnya dengan
meriah dan bersederhana dan jangan sampai berlaku pembaziran ....
Sebelum eka mulakan
penceritaan kita pada kali ini ... marilah kita menadah tangan menyedekahkan
bacaan suruh Al-Fatihah buat roh mangsa #nahasMH17 dan tidak ketingglan juga
buat rakyat di bumi Palestin #saveGaza serta mangsa #MH370 ....
Baiklah sekarang ni
seperti yang diketahui umum ..bahawa atlet negara kita sedang memperjuangkan
semangat mereka di SUKAN KOMANWEL GLASGOW di SCOTLAND.... pada hari Khamis pagi
lebih kurang pada jam 4 pagi ... sudah
mulanya Upacara Pembukaan ...teteapi itu la eka tidak berkesempatan menonton
...hmmm rugi betul ....
PAKAIAN BARU YANG DIRASMIKAN
KONTINJEN MALAYSIA SEWAKTU UPACARA PEMBUKAAN YANG MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA MH17
Walau bagaimanapun
eka sempat juga menonton aksi-aksi atlet negera ...antara acara yang eka sempat
menonton adalah ... acara berbasikal,angkat berat dan gimnastik ... setakat ini
yang eka ketahui negara kita telah berjaya meraih pingat perak dan gangsa ...
iaitu pingat pertama telah berjaya disumbang oleh atlet angkat berat negara dan
disusuli oleh pingat gansa yang disumbangkan oleh atlet berpasukan gimnastik
berirama pada hari pertama kejohanan dan pada hari ketiga kejohanan atlet
gimnas berirama berjaya meraih pingat perak dan gangsa manakala atlet menembak
pula berjaya meraih gangsa ....tahniah di ucapkan ... eka harap sasar pingat
yang ditetapkan dapat diatasi .... #goteamMALAYSIA
Sebenarnya banyak
acara yang eka tidak sabar nak menonton antaranya ... badminton, terjun dan
berbasikal .... hmmm tapi sedihlah bila dapat tahu bahawa yang Dato’Lee Chong
Wei tidak dapat beraksi pada sukan komanwel kali ini... akibat kecederaan yang
beliau alami... semoga cepat sembuh ....
Teruskan sokongan
buat atlet Malaysia di SUKAN KOMANWEL GLASGOW 2014
Baiklah dengan
kesempatan ini eka ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF
ZAHIR & BATIN buat mereka yang mengenali diri eka.... semoga bulan syawal
yang bakal disambut ini memberi seribu satu makna buat kita
semua...alhamdullilah ...
Teruskan doa kita
buat rakyat di bumi PALESTIN..... #saveGAZA
Sekian...