Assalamualaikum
semua...
Hmmm.. dah lama rasa
nya tak update .... sebelum eka mulakan coretan untuk hari ini, eka nak ucapkan
segulung tahniah buat kontijen Malaysia yang berjaya beraih 6 emas di Sukan
Komonwel di Glasgow... walaupun tidak mencapai target iaitu 7 pingat emas ..
tapi eka rasa semua atlet negara telah buat sehabis baik mereka untuk
memastikan nama negara kita sentiasa di geruni oleh atlet dari negara lain...
eka ada juga berkesempatan menonton beberapa acara yang membawa kepada
kemenangan pingat emas Malaysia iaitu acara terjun di mana pingat emas buat
Malaysia di bawa pulang oleh Ooi Tze Liang ... fuhh memang menebarkan sewaktu
menonton.. sampai pukul 2 eka tunggu ...mula-mula eka ingat dah x ada harapan
sebab atlet dari England memberi saingan hebat ..akan tetapi Atlet tersebaut
melakukan kesilapan pada terjunan yang terakhir yang menyebabkan Tze Liang
berjaya membawa pulang pingat emas ... seterusnya pada hari terakhir kejohanan
eka berkesempatan menonton acara badminton .. acara ini memang wajib tengok
...mana tak nye atlet negara ada 2 wakil masuk final .... lama juga eka tunggu
mula dari pukul 5 petang tak juga atlet negara beraksi ..rupa-rupanya dalam
pukul 8 lah macam tu baru atlet negara kita main ... fuhhh bangga tengok atlet
beregu wanita main ... sangat menebarkan ... memang terbaik lah die orang ...
sewaktu penyampaian pingat ... bangga betul bila lagu Negaraku berkumandang ..
sebak pon ada rasa nye ..hehe tacing lah pulak ... selapas itu, acara beregu
lelaki negara pula beraksi ..memang sangat menebarkan ... rugi siapa yang tak
menonton ... bila waktu mata penamat jek habis eka bersyukur sangat ... sebab
sekali lagi lagu Negaraku berkumandang ...wahhh bangga nye ... bayangkan 2 kali
berturut-turut pada satu hari ... I am Pround Being Malaysian ... tahniah
kepada skuad negaraku ... tak sabar nak tunggu Sukan Asia di Incheon, Korea
bulan depan ....GO TEAM MaLAYSIA... Malaysia BOLEH !!!
1-Mohd Hafifi Mansor (angkat berat)
2-Datuk Nicol Ann David (skuasy)
3-Skuad Campuran (badminton)
4-Ooi tze liang (terjun)
5-Beregu wanita (badminton)
6-Beregu lelaki (badminton)
Jadi...hmmm apa ek nak kongsikan pada pembaca semua...
Yeahhhh i got it ... eka nak kongsikan lah serba sedikit
pengalaman eka di tingkatan 6 ... di tigkatan 6 eka ambil bidang seni visual ..
kiranya jadi pelajar senilah ..hehe jadi berpeluang lah menghasilkan karya
agung daripada pelukis-pelukis terkenal... bagi eka ianya adalah satu
pengalaman yang sangat beharga ... fuhhh dah lama rasa nya eka tunggu saat-saat
ini ..mana tak nye .. dari tingkatan 1 sampailah ke tingktan 5 eka tak berkesempatan nak menunjukkan bakat
dalam seni lukis ... tetapi bila dah dapatpeluang sebegi ..takkan eka nak biarkan
jek kot ..ehhh mana boleh ... eka nak cuba belajar sesuatu yang eka minat ..
cukup lah selama ni belajar sesuatu bidang yang eka sendiri tak minat ..tetapi
bila tak minat takj adalah eka tinggalkan macam tu aje atau buat tak tahu ..
eka ada lah cuba untuk memberi motivasi pada diri sendiri untuk cuba belajar
sesuatu yang baru ... yelahhh mana lah tahu eka berkebolehan dalam bidang
tersebut ...hmm akan tetapi .. bidang tersebut tak sesuai dengan eka ... jadi
eka akan teruskan minat eka dalam bidang seni lukis ini ...
Jadi semasa belajar seni di tingkatan 6 ...sangat santai
mana tak nya bila waktu seni jek ... pelajar seni akan ke bilik seni dan
teruskan kerja dalam melukis dan mewarnakan karya masing-masing ..jadi pada
sesiapa yang nak tengok karya-karya seni daripada pelajar 6 Bawah Za’ba jangan
lupa pergi ke facebook eka ... kat situ ada macam-macam gambar ...gambar eka
berselfie pon ada ..hehe .. bua promosilah pulak ...
Ok lah ... setakat ini sahaja coretan buat hari ini... kata
– kata akhir .. tanamkan lah minat dalam diri ada ..kerana dengan minat itulah
potensi diri anda akan terserlah ...
Sekian, terima kasih
#selamatmenyambutharikemerdekaanke-57
Teruskan follow instagram eka.adira19 ... hehe ada orang
tanya kenapa 19 ..hmm adalah .. biarlah rahsia ..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan