Isnin, 22 Disember 2014

RUNNING MAN (KOREA VS CHINA)

Assalamualaikum semua... 
Akhabar...??? diharapkan semua berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja ...insyaallah...

Baiklah kali ini eka nak kongsikan pasal satu rancangan yang semakin popular terutama sekali di Korea Selatan. Umum semua tahu bahawa di Korea selatan memang popular dengan pembedahan plastik,artis kpop,pelakon yang cantik-cantik hensem-hensem dan tidak ketinggalan juga produk kosmetik dari negara ini juga popular. Namum tidak ketinggalan juga rancangan televisyen dari negara ini juga tidak kurang popularnya. Contohnya Laws og Jungle,Roomate, Star King , Return of Superman dan We got Married (ini apa yang eka layan la). Jadi eka sekarang nak bercerita pasal rancangan Running Man yang semakin popular. Mungkin agak terlambat untuk dikongsikan maklumlah rancangan ini sudah mula bersiaran pada tahun ....(hmmm tak pasti) sampailah sekarang. Eka sendiri pon layan rancangan ini pada tahun hujung 2012. Maaf la kepada peminat setia Running Man kalau ada fakta yang agak lari ... running man ini pada awalnya diangotai seramai 8 orang ahli yang terdiri daripada 7 lelaki (Ji Suk Jin, Yoo Jea Suk , Kim Jong Kok , Ha ha, Kang Gary, Lee Kwang Soo danSong  Jong ki) namun sekarang hanya tinggal 6 lelaki (tanpa Song Jong Ki) dan 1 wanita iaitu Song Ji hyo.

MONDAY COUPLE (GARY DAN JI HYO)

Pelbagai permainan tradisi korea juga di pertengahkan dalam rancangan ini selain di selitkan elemen lawak dengan teletah ahli running man itu sendiri yang memiliki pelbagai karekter yang tersendiri sememangnya tak kering gusi menontonnya. Selain itu pada setiap episod ada sahaja tetamu jemputan yang dibawa bagi memeriahkan suasana rancangan itu sendiri. Di Malaysia, rancangan ini menjadi kegilaan terutama dalam kalangan remaja sekarang. Pada awal bulan November 2014  ahli running man yang tediri daripada Kim Jong Kok, Ha Ha, Ji Suk Jin, Lee Kwang Soo dan Song Ji hyo telah datang ke Malaysia bagi menjayakan Race Start 2, ternyata begitu ramai peminat yang turut hadir bersama untuk melihat lebih dekat lagi ahli running man tersebut.
SONG JI HYO IN RACE START 2 MALAYSIA

Jadi nak jadikan ceritanya sekarang, baru-baru ini eka adalah tengok Chinese Running Man yang turut dikenali sebagai HURRY UP, Brother di saluran Astro AEC/HD (301/306) iaitu satu rancangan dari negara China yang ahlinya terdiri dari Deng Chao, Angelababy(ahli wanita), Li Chen, Michael Chen, Ryan Cheng, Wang Baoqiang dan Wong Cho Lam
HURRY UP,BROTHER (CHINA)

Eka tengok itu episode 1 ,menarik jugalah walaupun permainnan yang dimainkan lebih kurang sama dengan Running Man (KOREA). Sampai habis juga eka layan walaupun tak paham tapi buat –buat paham jek lah sebab seri kata nya tak ada. Pada episode tersebut ada kemunculan istemewa iaitu Kim Jong kok (Korea) yang turut datang memeriahkan program tersebut. Macam yang kita tahu Jong kok memang kuat lagi lagi dalam game cabut Tag nama. Dalam program tersebut jong kok ditugaskan untuk mencabut tag nama 7 ahli running man termasuk 2 orang tetamu jemputan (Ma Su dan Shawn Dou ) secara berseorangan. Ternyanta 9 ahli running man China berasa takut secara tetiba apabila melihat kelibat Jong kok yang mencari mangsa pertama. Sampai terkoyak baju ahli running man dibuatnya ...hehe... tapi pada petempuran yang terakhir hanya tinggal 2 orang ahli sahaja dan mungkin disebabkan keletihan, Jong Kok akhirnya berjaya ditewaskan.

KIM JONG KOK DI RUNNING MAN CHINA

Pada penghujung rancangan tersebut terdapat beberapa aksi-aksi untuk episode akan disiarkan dan ternyata untuk episode akan datang ahli CHINESE RUNNING MAN VS KOREA RUNNING MAN pada episode 5 ... wahhh ... dalam siaran tersebut terlihat 7 ahli running man (korea) datang dengan semangat dan pertempuran untuk mencabut tag nama ahli dijadikan sebagai percaturan.... pasukan Running Man manakah yang akan berjaya????

1 ulasan:

anisa berkata...

Wahhh menarik.... deabak