Assalamualaikum
semua....
Apa
khabar ...??? sekarang ini tinggal beberapa hari sahaja lagi sesi persekolahan
akan dibuka ... eka harap semua dah ready... eka dan keluarga juga turut bersimpati dengan kejadian yang
menimpa di Malaysia iaitu kejadian banjir yang berlaku di kawasan pantai timur
terutamanya . Banyak bantuan yang disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang
rata-rata banyak mengalami kerosakan barang-barang elektrik dan kekurangan barang makanan dan
pakaian. Sekarang, kita dapat saksikan seluruh rakyat Malaysia bersatu dalam
memberi bantuan seikhlasnya untuk mereka yang kurang bernasib baik. Walau
bagaimanapun, pujian sepatutnya diberikan kepada mangsa banjir kerana mereka
tetap sabar dan tabah dalam menempuhi ujian yang menimpa mereka. Kita yang
tidak mampu memberi bantuan dari segi wang ringgit di sini hanya mampu
mengirimkan doa agar keadaan disana akan kembali pulih kembali dan berharap
agar semua mangsa akan terus bersabar .... Insyaallah, Amin ..
Pada 4
Januari 2015 (Ahad) yang lalu, eka dan
keluarga berkesempatan dapat meluangkan masa bersama-sama untuk berkunjung ke
Klebang,MELAKA untuk mengisi percutian
sekolah yang akan tamat beberapa sahaja lagi. Seronok rasanya ,mana tidaknya
sebab kita bukannya selalu dapat berkumpul bersama. Sewaktu jalan masuk untuk
mencari ‘parking’ (huuuhhh) lama juga lah mana tidaknya beratur kereta nak
masuk .. sewaktu eka dan keluarga sampai pun memang sudah penuh dengan orang
ramai yang berada di tempat tersebut jadi memang lama jugalah duk melilau
matamasing-masing mencari ‘parking’
Dapat
sahaja ‘parking’ apa lagi anak buah eka yang tak sabar-sabar nou(loghat melaka)
terus nak berlari di kawasan air .. taman permainan terus tak dihiraukannya ..
teruja sangat nak main air katanya... tetapi hasrat mereka terhalang sebab
sememangnya pada mulanya kami sekeluarga memang tidak merancang untuk ke tempat
tersebut jadi baju lebih memang tak bawalah ... kesian betul anak-anak buah
eka(acu) ... tak mengapa lain kali kita datang lagi ...
Di
Klebang, ada satu daya tarikan yang menarik perhatian iaitu gerai makanan yang
terdiri daripada badan-badan bas yang lama sampaikan tandas awam pun ada juga
dibina di dalam bas tersebut ..tak ke unik namanya ... berbagai-bagai makanan
yang terdapat di sana bermula dari makanan yang ringan sampailah makanan yang
benar ... tapi rata-rata eka duk memerhati ramai yang sibuk berkunjung ke gerai
menjual ais krim dalam pasu .. huh untung betul peniaga tersebut sampai beratur
orang ramai nak membelinya... tapi
itulah eka nak sangat makan pisang goreng cheese .. tapi tak dapat pun yang
dapat hanya telan air liur jek lah...(gulp)
Selain
dari tarikan tersebut, pelbagai aktiviti juga terdapat di sana antaranya
permainan layang-layang, menunggang kuda, bermain buih sabun dan ada satu
permainan ini tapi eka sendiri tak tahu nak sebut macam mana ‘vocart’ kot ..maaflah kalau salah sebab
permainan tu memang tak pernah nak main ...
disebabkan anak buah eka nak sangat main air jadi eka pun layanlah dia orang
duk main air tapi kat tepi sahaja ... itu pun dia orang curi-curi juga nak
masuk dalam lagi ... hmmmm ..
Sementara
duduk menjamu selera ... anak buah eka pun akhirnya layan juga untuk bermain
taman permainan ... yang baby echa( Nur Aisyah Athirah) sampai-sampai sahaja
sibuk berebut nak main buaian nasib baik ada orang bagi ...kalau tidak meraung lah dia ... kepada anak-anak buah eka Nur Anisa
Athirah(Along), Nur Aqilah Athirah(angah) dan Muhammad Aliff Amani(abang)
seronok ke tidak ... tak ape lain kali kita datang lagi nye ... hah tetiba
teringat pulak ... kepada sesiapa yang dah menonton MV Without You nyanyian
Aman AF2014 kalau korang nak tahu lokasinya MV tersebut adalah di Klebang lah
tempatnya ... memang cantik tempatnya ....
Jadi
eka rasa tak terlambat lagi kot untuk mengajak pembaca semua untuk datang
berkunjung ke Klebang,Melaka ... tak rugi kalau dapat ... tapi itulah kalau
rasa datang nak mandi kenalah bawa baju lebih .. tapi eka sendiri tak tahulah
sama ada di situ boleh mandike tidak sebab sewaktu eka datang tak ramai yang
mandi ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan