Sabtu, 17 Januari 2015

TERIMA KASIH ...!!!



Assalamualaikum semua ..
Apa khabar..??? macam mana minggu pertama sesi persekolahan anda..??? diharapkan semuanya dalam keadaan terkawal dan baik-baik sahaja ...

Baiklah hari ini eka nak mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang memberikan ucapan happy birthday semalam (16/1) untuk eka tidak kiralah sama ada melalui sms,whatsapp,facebook dan twitter ataupun melaui face 2 face.... terima kasih banyak atas doa yang dikirimkan ... semoga ianya memberi 1001 keberkatan ... 

 Alhamdullilah... pada tahun ini eka genap umur 19 tahun (16/01/1996 -16/01/2015) dan pada tahun ini juga hari lahir eka juga jatuh pada hari Jumaat  ( bersamaan 25 Rabiulawal 1436H ) iaitu hari bagi penghulu segala hari.. syukur alhamdullilah ... semoga hari yang penuh keberkatan  ini dapat memberi kebaikan kepada diri eka sendiri, ahli keluarga, guru-guru dan sahabat-sahabat sekalian... amin
Terima kasih kepada ahli keluarga,anak-anak buah,saudara-mara,guru,dan rakan-rakan serta kepada rakan pembaca blog ini atas ucapan happy birthday yang dikirimkan.. walaupun tiada sambutan khas yang diadakan tapi eka tetap bersyukur kerana masih mempunyai anda semua yang berada dikeliling eka dalam memeberikan kata-kata semangat dan doa ... sememangnya kata-kata semangat sangat diperlukan untuk meningkatkan motiwasi diri untuk kita sendiri 


Eka sendiri akui dimana tahun ini banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi ... mana tidaknya untuk sem 2 STPM ini sahaja banyak kerja kursus yang perlu disiapkan sebelum bulan 5  mana lagi nak belajar untuk peperiksaan sem 2 STPM lagi ..huh ..walaupun masih belum memulakan apa-apa lagi dah mula rasa keletihan tapi setakat ini keadaan masih terkawal ...

Walaubagaimana pun, semalam eka juga terserempak dengan cikgu sekolah rendah (SK Serkam Darat) iaitu Cikgu Zailey Husin ...hampir 6 tahun tidak berjumpa dengan beliau ... tapi eka ada juga datang melawat beliau pada hari raya aidilfitri ..kalau tidak silap 2 atau 3 tahun lepas ... banyak didikan yang beliau telah berikan bermula eka seorang murid yang sememangnya tidak tahu apa-apa pasal sukan sampailah sekarang dan tahu pasal sukan ... hehe

Namun, dalam berita gembira tetap ada juga berita sedih .. iaitu berita kemalangan yang menimpa abang eka sendiri ... alhamdullilah tiada kecederaan yang teruk dialami ... semoga dia cepat sembut.. insyaallah , amin.

 Baiklah sampai disini sahaja coretan untuk kali ini .... semoga hari ini lebih baik dari semalam ..
Sekian, terima kasih

Tiada ulasan: