Selasa, 16 Disember 2014

SELAMAT HARI JADI...!!!

Assalamualaikum semua ... apa khabar???
Eka tengah dalam tekanan ini ...kerja MUET tak siapkan lagi ..ahhhh maklumat yang dah cari pulak hilang ..nampaknya kena mula dari awal balik ... tak pe kita kena bersabar... SABAR SEPARUH DARI IMAN ... apa pun tempoh hari eka ada berjumpa dengan kawan eka yang hampir 7 tahun lamanya tidak berjumpa sejak eka dan dia darjah 5 kerana berpindah ke Sarawak sampailah baru hari itu terserempak..  hmmm tak sangka ingat lagi dia kat eka nie ... maklumlah dulu dia selalu kena buli dengan eka ..haha (jahat juga eka ni tapi tu dulu...)... tapi tu la tak sempat nak selfie ..hehe .. harap kita dapat berjumpa lagi  NUR SYAHIRAH HELMY.. teringat pulak dulu eka selalu ambil buku dia bila eka tak bawa buku (jangan ikutnye... tak baik)
Baiklah hari ini 16/12 adalah hari jadi emak eka yang bernama Sa’adiah binti Mat Juda yang ke-54 tahun...SELAMAT HARI LAHIRsemoga mak panjang umur dan terima kasih atas jasamu yang telah berkorban selama membesarkan eka ( Nurul Atika) sampai 18 tahun yang  tak lama lagi dah masuk 19 tahun .. terima kasih banyak-banyak kerana hanya ucapan itu sahaja yang mampu diluahkan oleh anakmu kerana sesungguhnya jasamu tidak dapat dibalas dengan kata-kata selain ucapan yang Terima Kasih..
Tetiba pulak teringat sambutan hari jadi mak tahun lepas dimana angka umur mak tersalah tulis jauh melangkau perginya sepatutnya 53 tahun tapi kat kek tu tulis 61 tahun ..haha   kecuaian eka sendiri sebab tak kira betul-betul sebelum tempah kek tu ... tapi angka itu tak penting sebenarnya .. kalau ikutkan kek itu pon belum cukup untuk menunjukkan tanda kasih dan sayang seorang anak buat maknya ... tapi apabila melihat wajah mak yang gembira atas pemberian yang bagi eka tidak seberapa itu dah cukup memberi seribu satu erti kebahagiaan dalam hidup eka sendiri... eka berharap eka menjadi seorang anak yang solehah dan berjaya supaya dapat mengembirakan mak dan tak dilupakan kepada ayah (Md. Yusop) juga ..AMIN...



Jadi kali ini eka nak ceritakan serba sedikit minat mak eka yang eka selalu perhatikan ... mak eka ni suka sangat tanam pokok bunga kalau tengok keliling rumah penuh dengan pokok bunga ... macam-macam ada ... kadang-kadang kalau sedara mara datang berkunjung pokok bunga lah yang menjadi perhatian dia orang semua .. eka pon sendiri tak tahu macam mana mak eka jaga selain siram setiap hari  ada lah tu ramuan rahsia .. sebab tak berhenti-henti pokok bunga itu berbunga .. selain itu, mak eka juga kalau ada masa terluang juga suka buat kuih tradisional ...contahnya macam semalam 15/12 sempat lagi buat kuih koci ..mmmmm sedap... bak kata korea DEABAK...hehe... masakan seorang ibu memang tak ada tandingannya...
Eka yakin mak pembaca semua pon mesti ada keistemewaan yang tersendiri ... kan??? Nanti kongsi-kongsilah kat eka ... apa pun eka sayang kat mak ... you’re number one for me ... terima kasih banyak-banyak ...




Sebelum eka tutup coretan pada hari ini jangan lupa saksikan perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia VS Thailand pada hari Rabu (17/12/14) dan pada hari Sabtu (20/12/2014) selain itu, saksikan PENCETUS UMMAH pada Khamis (18/12) #PUAZMAN  ...tak dilupakan saksikan Konsert GegarVangaza pada Ahad (21/12) sebab Adira akan berduet dengan Fazli Zainal ..hehe ..Classs Gitu !!!

PU AZMAN

Tiada ulasan: