Selasa, 16 Disember 2014

SUAMIKU ENCIK PERFECT 10


13 Disember 2014
Assalamualaikum ...
Nampaknya tinggal beberapa minggu saja lagi sekolah akan kembali buka. Macam mana pelajar-pelajar semua dah ready ke..??? baju,kasut,beg,seluar semuanya baru. Tapi rasanya awal lagi kot .. baik beli hujung bulan nanti banyak dapat diskaun ..hehe .. tapi tak boleh juga takut nanti tak ada saiz pulak ..hah !!! kan dah susah nanti .. tapi kalau baju lama tu elok lagi ..rasanya boleh guna lagi ..okey !!!



Baiklah berbalik pada tajuk catatan kali ni iaitu SUAMIKU ENCIK PERFECT 10... umum semua tahun yang sekarang  ini eka kat tv sekarang popular dengan drama yang diadaptasi daripada novel-novel yang popular ... contohnya macam sekarang SUAMIKU ENCIK SOTONG yang tengah hangat sekarang kat Astro. Antara pelakonnya adalah Sharnaz Ahmad, Amyra Rosli dan Amar Bahrin. Akan tetapi eka tak adalah layang sangat tapi ada la tengok juga ...hehe(ada Amar Bahrin kot). Walau bagaimana pun eka bukannya nak cerita pasal itu, eka sebenarnya nak cerita mengenai novel Suamiku Encik Perfect 10 hasil karya SYAMNURIEZMIL yang buat pertama kalinya eka dapat habis baca novel tersebut dalam masa seminggu ...huh (kagum betul) ... kawan-kawan eka yang dah kenal lama dengan eka mesti tak percaya sebab yelah eka ni bukanlah jenis yang suka baca novel lagi-lagi novel yang bertemakan Cinta ... eka pun sendiri tak tahu apa punca yang menyebabkan eka mula tertarik untuk baca novel tersebut.. mungkin sebab terlalu banyak masa yang terluang kot sambil-sambil buat kerja MUET...
Dari segi penggunaan bahasa yang digunakan dalam novel tersebut bagi eka yang tak profesional ni  eka rasa bahasanya okey dan ada sesetengah bahasa juga yang eka sendiri tak pernah terfikir. Selain itu, novel ini juga membawa eka untuk mempelajari loghat orang Kedah yang pada asalnya ada sesetengahnya eka ada la tahu sikit-sikit ... selain itu, juga ada juga penggunaan bahasa inggeris yang menyebabkan eka sanggup untuk buka kamus untuk cari maksud perkataan tersebut ... hehe(terlebih rajin).. Di samping itu, novel ini juga banyak mengetengahkan beberapa tema bukan sahaja pasal cinta malah pasal keluarga dan persahabatan juga di ketengahkan ... memang kalau baca tak bosanlah sebab ianya tidak fokus pada satu tema sahaja.
Manakala kalau cakap pasal konsep pulak, jalan cerita novel ini tidaklah terlalu serius dan romantik sahaja malah ianya juga mengetengahkan konsep yang lebih rileks dan santai gitu yang boleh membawa kita gelak sorang-sorang(yang terjadi pada eka)... watak yang dimainkan dalam novel ini juga pelbagai .. antara watak yang terdapat dalam novel ini ialah Aleeya Azmeen, Zarief Daniel, Syed Muzaffar, Ameer Zarief, Tok Zaharah , Puan Yazmeen dan banyak lagi  tapi dalam banyak-banyak watak eka paling tertarik pada watak Atika ... hah!!! Eka sendiri pun tak percaya ada nama tersebut dalam novel tersebut .. tapi ianya hanyalah watak samping.
Dalam novel ini banyak kesimpulan yang dapat eka simpulkan... antaranya kita hendaklah mendahulukan keluarga dalam membuat apa-apa sahaja keputusan , kita sebagai sahabat hendaklah sentiasa sokong dan cuba membantu sahabat kita untuk buat sebarang keputusan dan kita hendaklah saling memaafkan kepada setiap manusia yang pernah buat salah pada kita kerana itu adalah tindakan yang terbaik yang dapat menenangkan perasaan kita. Jadi eka nak bagi 5 bintang kepada pengkarya novel ini ... banyak yang eka belajar apabila baca novel ini ... tapi eka rasa eka dah ketinggalan zaman kot yelah novel ini dah lama diterbitkan iaitu pada Oktober 2013 ..mesti dah ramai baca novel ini ..haha eka memang ada ketinggalan zaman sikit ..hehe


Baiklah sampai disini sahajalah ... apa pun tahniah diucapkan pada pasukan bola sepak Malaysia kerana berjaya layak ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki 2014 yang bakal bertemu dengan Thailand di peringkat akhir nanti ... dan tak lupa juga tahniah kepada pemenang AIM 21 yang berlangsung pada 6/12 tempoh hari ... mungkin belum ada rezeki lagi untuk Adira tapi tak apa eka yakin adira akan cuba perbaiki apa yang kurang dan akan
buat yang lebih baik ... CLASSS GITU !!!



Tiada ulasan: