Assalamualaikum
semua...
Kali
ini eka nak kongsikan pengalaman bersama rakan-rakan tingkatan 6 yang lain
semasa kami ke Politeknik Merliamau bagi menjayakan Program Politeknik Kasih
2015pada 11/02/2015 (Rabu) dimana sekolah kami iaitu SMK Seri Mahkota merupakan salah satu sekolah
angkat Politeknik selain SMK Sungai Rambai. Banyak aktiviti yang dijalankan
seperti bengkel blog dan bengkel motivasi. Namun,pelajar tingkatan 6 seramai 34
oang telah dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk menyertai bengkel yang berlainan
iaitu bengkel Power Point dan bengkel Movie Maker.
Eka,
beberapa pelajar seni dan pelajar sastera telah menyertai bengkel Power point
yang diadakan di Makmal Komputer UPLI yang memberi pendedahan mengenai
penggunaan power point secara asas. Walaupun rata-rata antara kami semua
kebanyakkannya sudah ada pendedehan sendiri mengenai Power point namun kami
semua masih memberikan sepenuh perhatian
kepada fasilitator yang terdiri daripada pelajar sem 5 Politeknik itu sendiri.
Terdapat juga penggunaan asas yang kami juga sendiri tidak ketahui semasa
menyertai program tersebut. Bengkel ini
telah bermula pada jam 9 pagi dengan dimulai dengan ucapan kata-kata aluan
daripada pegerusi majlis dan bacaan doa dan seterusnya diteruskan dengan penerangan
mengenai power point yang disampaikan oleh Fisilitator Siti Azera binti Othman.
Pada jam 10 kami berhenti berehat selama
30 minit dan pada ketika itu kami mengambil peluang bergambar bersama
fisilitator dan berselfie dan wefie ....
antara gelagat kami semasa bengkel berjalan
Seterusnya,
selepas rehat program diteruskan dengan pertandingan penyedian power point yang
paling menarik yang bertemakan “mengenai diri sendiri” dan diberikan selama 10
hingga 15 minit untuk disiapkan. Penyediaan tersebut akan dinilai oleh
fisilatator bergantung kepada tarikan power point dan pembentangan. Eka dan
beberapa orang rakan iaitu Noraini,Azlin,Firdaus,Faiz dan Rauf adalah antara
pelajar yang berjaya dipilih.
pelajar yang terpilih
Sebelum
bengkel tersebut tamat kami sempat bergambar sebagai tanda kenang-kenagan dan
seterusnya kami dibawa ke Cafe untuk menjamu selera sebelum bergerak ke Dewan
untuk acara penutup dan penyampaian hadiah. Semasa penyampaian hadiah untuk
bengkel Power point, Muhammad Firdaus Ibrahim berjaya mendapat tempat pertama,
eka di tempat ke-2 dan Abdul Rauf mendapat tempat ke-3... tepat pada jam 2 majlis
bersurai.
semasa penyampaian hadiah
Semasa
kami semua di sana kami sempat berjumpa dengan rakan tingkatan 6 tahun lepas
yang berjaya masuk ke politeknik iaitu Nur Hazah Fazira dan Siti Atikah seta
kami juga sempai bergambar bersama. Lebih kurang pukul 2.40 kami pulang ke
sekolah dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak Politeknik sendiri.
Sekian...terima
kasih
berjumpa Hazah & Atikah
tanda kenag-kenagan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan