SOALAN:
Program realiti sering mendapat
perhatian masyarakat di negara ini. Jika diteliti rancangan tersebut ada
kebaikan dan keburukannya. Sebagai
seorang pelajar di Fakulti Komunikasi di IPTA. Anda telah membuat tinjauan tentang
kebaikan dan keburukan program realiti tersebut. Tulis laporan tentang hasil
tinjauan anda.
Laporan
tentang Kebaikan dan Keburukan Program Realiti kepada Masyarakat di Malaysia
1.0 Pendahuluan
Program realiti adalah sebuah program hiburan
yang berbentuk pertandingan yang disetai oleh masyarakat melalui pemilihan uji
bakat yang diadakan di seluruh negara. Antara program realiti yang sering
mendapat perhatian ialah Akedemi Fantasia (AF), Mentor dan Pencetus Ummah.
Selain itu, program realiti juga mempunyai pengikutnya yang tersendiri yang
berperanan sebagai penyokong yang menyokong peserta kegemaran mereka. Oleh itu,
baru-baru ini saya sebagai Setiausaha di Fakulti Komunikasi di Universiti
Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor diminta untuk menjalankan satu
tinjauan tentang kebaikan dan keburukan program realiti. Yang berikut ialah
laporan hasil kajian tersebut :
2.0 Senarai Ahli Jawatankuasa
Pengerusi : Ahmad Afnan
bin Mustafa
Setiausaha : Nurul Atika
binti Md Yusop
Bendahari : Nur Izzati
binti Mohd Hafiz
Ahli Jawatankuasa :
1) Sazali bin
Baron
2) Fatimah binti
Md Mansor
3.0 Kebaikan Program realiti di Malaysia
3.1 Menolong
Remaja Memilih Hala Tuju
Berdasarkan
tinjauan, didapati bahawa program realiti yang dianjurkan di setiap stesyen
televisyen Malaysia sangat menolong golongan remaja dalam memilih hala tuju
mereka. Hal ini kerana, banyak peluang pekerjaan yang bakal diperolehi setelah
tamat penyertaan mereka dalam sesuatu program realiti. Melaui program realiti
juga, bakat mereka dalam bidang nyanyian
seperti bakat mengacara dan berlakon juga dapat dikesan. Oleh itu, masa depan
mereka akan lebih cerah kerana dapat melakukan lebih daripada satu pekerjaan.
Di samping itu, kewujudan program realiti yang pelbagai dapat mengurangkan
peratusan masalah sosial dalam kalangan remaja yang semakin meningkat.
3.2 Membentuk
Nilai Keagamaan
Selain program
realiti yang bercorak nyanyian, program realiti yang berunsurkan keagamaan juga
kini sering mendapat perhatian masyarakat. Sebagai contoh, program Imam Muda
yang diadakan adalah untuk melahirkan tokoh-tokoh yang menjadi pelapis untuk
mengantikan tokoh-tokoh yang sedia ada sekarang. Di samping itu, program
realiti yang bercorakkan keagamaan juga dapat melahirkan pendakwah yang lebih
berkualiti dan berkeyakinan tinggi dalam meyampaikan dakwah mereka kepada umum.
Oleh itu, nilai keagamaan juga dapat dibentuk sama ada kepada peserta program
realiti mahupun kepada penontong yang menonton.
3.3 Menaikkan
Imej Negara
Program realiti
sekarang bukan sahaja tertumpu kepada sesebuah negara sahaja malah di seluruh
negara masing-masing mempunyai program realiti yang tersendiri. Sehubungan itu,
program realiti juga dapat menaikkan imej negara selain dapat melahirkan lebih
ramai bakat-bakat baru yang berbakat. Sebagai contoh, penyanyi Malaysia Shila
Amzah yang pada mulanya telah menyertai satu program One In Million musim kedua
telah menaikkan imej negara Malaysia dengan penyertaan beliau dalam satu
program realiti di negara China. Pencapaian yang berjaya beliau perolehi
melalui penyertaan dalam program I am A Singer telah membuka mata masyarakat
luar tentang bakat yang lahir melalui rakyat Malaysia yang lebih berpotensi
untuk pergi lebih jauh.
4.0 Keburukan Program Realiti di Malaysia
4.1
Membazirkan Masa
Kebanyakkan
program realiti berdasarkan tinjauan yang dilakukan didapati masyarakat yang
menonton program tersebut akan membazirkan masa mereka dengan hanya duduk di
haapan kaca televisyen. Kebiasaannya, didapati program realiti yang disiarkan
akan mengambil masa dua hingga tiga jam dan ini boleh mengakibatkan masyarakat
akan leka serta tidak menghiraukan tanggungjawab lain. Sebagai contoh, ibadat
solat fardhu akan dilambat-dilambatkan kerana ingin fokus untuk menonton
program tersebut. Malah, terdapat juga segelintir masyarakat yang mengabaikan
waktu makan mereka kerana terlalu taksub terhadap sesuatu program realiti.
4.2
Mengeluarkan Perbelanjaan Besar
Selain itu,
terdapat juga beberapa program realiti di Malaysia memerlukan para penonton mengeluarkan
perbelanjaan mereka untuk mengundi peserta kegemaran mereka bagi memastikan
peserta tersebut sentiasa berada di tangga teratas pada setiap minggu.
Kebiasaannya, setiap satu undian akan dicaj lima puluh sen dan perkara ini dianggap
sebagai sau pembaziran yang tidak mendatangkan faedah kepada pengundi. Oleh
itu, masyarakat hendaklah bijak dalam melakukan sebarang perkara selain dalam
islam sendiri menganggap pengundian sebagai satu perjudian yang sememangnya
tidak digalakkan.
5.0 Kesimpulan
Kajian ini telah
mengenalpasti beberapa kebaikan dan keburukan program realiti terhadap golongan
masyarakat di Malaysia. Oleh itu, segala kebaikan yang diperolehi ini hendaklah
terus dikekalkan dan segala keburukan perlulah diperbaiki. Hal ini supaya
program realiti di Malaysia akan menjadi lebih baik selain dapat melahirkan
satu program realiti yang lebih berkualiti.
Laporan disediakan oleh,
28
Januari 2015
atika
(NURUL ATIKA BINTI MD YUSOP)
Setiausaha Fakulti Komunikasi,
UiTM, Shah Alam, Selangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan