Jumaat, 27 Julai 2012

ATLET SUKAN : AZIZUL HASNI AWANG

Assalamualaikum.....alhamdullilah...hari ni mula la sukan terbesar dunia iaitu OLIMPIK LONDON 2012.... tetapi keseluruhan nya...esok la bermula nya pelbagai sukan....selain eka tunggu aksi LEE CHONG WEI , eka juga tunggu aksi the pocket rocket man...iaitu AZIZUL HASNI AWANG....yang menjadi sandaran negara untuk memperolehi emas pertama nega...seperti dijanjikan hari nie eka sediakan biodata beliau....
anda boleh melakukannya.......


Mohammad Azizul Hasni bin Awang (lahir 5 Januari 1988) adalah seorang pelumba basikal trek profesional Malaysia. Azizul Hasni terkenal selepas memenangi kejuaraan lumba basikal dunia di Melbourne Australia pada Januari 2009 serta pingat emas acara keirin dan pecut 200m Kejohanan Trek Asia pada April 2008. Dia adalah pembawa bendera untuk pasukan kebangsaan Malaysia di Sukan Olimpik Beijing 2008. Dia disebut Azizul the pocketrocketman kerana tubuh badannya yang kecil. Azizul Hasni merupakan pelumba yang kini menduduki Ranking Pertama di Dunia bagi acara Keirin.
Selain kejayaannya, Azizul juga terkenal kerana menunjukkan sikap tidak mengaku kalah apabila meneruskan kayuhan meskipun betisnya tertusuk serpihan kayu sepanjang 20sm ketika bertanding acara keirin pada Siri Piala Dunia Klasik UCI (International Cycle Union) di Manchester, England pada Februari 2011. Beliau berjaya menamatkan perlumbaan itu di tempat ketiga.
   
semangatnya....sangat kuat

Azizul Hasni Awang dilahirkan di Dungun, Terengganu, kelapan daripada sembilan adik-beradik. Beliau menerima pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Batu 48 di Dungun, dan meneruskan pengajian menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Omar di Dungun, sebelum memindahkan ke Sekolah Sukan Negara di Bukit Jalil. Kini, Azizul melanjutkan pelajaran di Deakin University, Australia dalam Sarjana Muda Perdagangan, pengkhususan dalam Pengurusan Sukan. Azizul telah berkahwin dengan Athiah Ilyana bt Abd Samat pada 30 Januari 2010.
Azizul memulakan kerjayanya selepas menonton perlumbaan abangnya. Beliau telah dilatih oleh Pasukan Berbasikal Dungun sebelum memasuki Sekolah Sukan. Beliau berterima kasih kepada arwah bapanya yang memberinya basikal terpakai sebagai ganjaran selepas dia mendapat 7A 1B dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Azizul menerima tiga tawaran dari MRSM, Sekolah Sains dan Sekolah Sukan selepas itu. Oleh kerana minat beliau dalam berbasikal, beliau mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil.
berjuang sampai ke akhir garisan...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

thanz for the info