Isnin, 3 November 2014

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) BERJAYA MEMBAWA KEAMANAN DUNIA SELEPAS PERANG DUNIA KE-2. BINCANGKAN PERANAN PBB DALAM MENANGANI ISU KEAMANAN DUNIA.



Pendahuluan:

 Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) ditubuhkan pada bulan Oktober 1945.  Matlamat utama penubuhan PPB  adalah memelihara keamanan dan keselamatan sejagat. PPB  juga memainkan peranan menyelesaikan konflik antarabangsa secara aman tanpa penggunaan kekerasan. Sejak awal penubuhan hingga hari ini, PPB  telah memberikan sumbangan amat besar dalam memelihara  keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia. Antara peranan PBB dalam menanggani isu keamanan dunia ialah .........(thesis statement)

Isi-isi Penting:

PBB  memainkan peranan menyelesaikan masalah kemerdekaan wilayah jajahan. Piagam PBB, Negara-negara anggota PBB diamanahkan untuk mentadbir wilayah jajahan memastikan penduduk wilayah mendapat layanan saksama, mendapat perlindungan daripada keganasan, dan menggalakkan pemerintahan sendiri. Pada tahun 1960 , PBB  meluluskan perisytiharan kemerdekaan kepada wilayah dan penduduk negara  yang dijajah.

Seterusnya, PBB  juga memainkan peranan dalam menyelesaikan masalah pelarian. PBB telah menubuhkan International Refuges Organization (IRO) bagi menempatkan semula, menghantar pulang dan memberi perlindungan kepada 1 000 000 pelarian. Bagi menangani masalah pelarian,  PPB telah mengadakan rundingan diplomatik bagi  menempatkan pelarian dinegara-negara tertentu. Pada tahun 1952, UN High Commissioner For Refuges (UNHCR) ditubuhkan untuk menangani masalah pelarian dengan lebih berkesan.

Di samping itu, pada tahun 1962, Majlis Perhimpunan Agung PBB menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah dasar apartheid, iaitu amalan menyisihkan kaum kulit hitam daripada kaum kulit putih. PBB telah menyarankan semua negara anggota PBB memutuskan hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan. Pada tahun 1963,  Majlis Perhimpunan Agung meluluskan Perisytiharan Pembasmian Segala Bentuk Diskriminasi Ras.

            Manakala pada tahun 1948, PBB menggubal Perisytiharan Hak Asasi Sejagat. Pada tahun 1966,  Majlis Perhimpunan PPB  meluluskan dua perjanjian yang berhubung kait dengan hak asasi sejagat  iaitu, Perjanjian Antarabangsa Tentang Hak Awan dan Politik malah Perjanjian  Antarabangsa Tentang Hak Ekonomi,Sosial Dan kebudayaan.

Selain itu, Majlis keselamatan PBB memainkan peranan dalam menyelesaikan konflik dengan aman. Pada tahun 1946,  Majlis keselamatan berjaya mengundurkan tentera soviet union dari utara Iran dan pada tahun 1956,  Majlis keselamatan berjaya menyelesaikan krisis Terusan Suez. Manakala, pada tahun 1960 – 1962,  PBB mengantar pasukan pendamai ke wilayah Congo. Pada tahun 1964 – 1974, PBB juga memainkan peranan dalam mengawal persengketaan di Cyprus daripada terus merebak.

PBB  turut memberi sumbangan dengan membantu negara-negara mangsa perang selepas perang dunia kedua. Pada peringkat  awal, uasah  PPB  hanya tertumpu kepada negara-negara sekutu blok barat. PBB  juga membantu negara-negara mangsa perang di Asia , Timur Jauh , Amerika Latin, dan Afrika di samping memainkan peranan dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa peperangan adalah FAO, UNICEF, dan WHO. PBB  juga memberikan bantuan perkhidmatan kebajikan kepada mangsa peperangan bagi memastikan kualiti kehidupan masyarakat terpelihara.

  PBB  juga menyediakan pinjaman untuk pembanguanan bagi negara-negara mundur. PBB  telah menubuhkan International  Development  Association (IDA) sebagai badan gabungan Bank Dunia. Majlis Ekonomi dan Sosial memainkan peranan dalam mengumpul data tentang kemajuan sosial dan ekonomi antarabangsa. 

PBB  juga berusaha menangani isu perebutan pulau agar ketenangan antara negara yang terlibat dapat dikurangakn. PBB juga memainkan peranan dalam isu tuntutan kepulauan spratly oleh China, Taiwan , Vietnam, Filipina, Brunei, dan Malaysia.Oleh itu, PBB menyelesaikan masalah tersebut dengan melaksanakan undang-undang laut yang diluluskan oleh Majlis Perhimpunan Agung pada November 1994.

 PBB juga mengawal perkembangan persenjataan moden yang mengancam keselamatan dunia. PBB  mengambil langkah untuk menyekat penggunaan senjata nuclear dan senjata kimia yang meninggalkan kesan buruk terhadap mangsa perang.Kejayaan yang berjaya dicapai oleh PBB ialah,  mempengaruhi Soviet Union dan Amerika Syarikat mengundurkan peluru berpandu masing-masing dalam krisis di Cuba. Kejayaan yang kedua  yang dicapai oleh PBB ialah  mempengaruhi pihak-pihak yang terlibat dalam peperangan Iran-Iran untuk mencapai  gencatan senjata.

Kesimpulan:

Kesimpulannya, Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu (PBB) berjaya mempertahankan keamanan dan kesejahteraan masyarakat dunia dengan berkesan. PPB berjaya mengambil langkah-langkah yang berkesan bagi menangani konflik yang melibatkan negara-negara anggota.


Sumber rujukan:Blogsejarahstpm- cikgu smk sandakan
Telah diubahsuai: ekaadira.com
Info: pilih  mana-mana isi (minima 5 isi)

Tiada ulasan: