Isnin, 27 Oktober 2014

TERANGKAN PERANAN UNITED KINGDOM DALAM KOMANWEL


PENDAHULUAN:
 
Pertubuhan komanwel dibentuk pada tahun 1931 dan anggotanya terdiri daripada bekas tanah jajahan british yang telah merdeka. Kini, negara anggota komanwel tersebar daripada pelbagai beangsa,agama,bahasa dan budaya. Komanwel hari ini menerima pengistiharan prinsip komanwel sebagai asas hubungan dalam kalangan negara komanwel.

ISI-ISI: PERANAN UNITED KINGDOM

            Penglibatan United Kingdom dalam komanwel telah membawa kepada mereka dalam berperanan sebagai pengasas dan ketua komanwel. Jika UK tidak bijak menjaga dan mengawal negara-negara bekas tanah jajahannya, sudah tentu hubungan UK dan tanah jajahannya akan lenyap begitu sahaja. Kewujudan komanwel mempunyai nilai dan cita-cita pihak British untuk membimbing tanah jajahannya ke arah berkerajaan sendiri dan seterusnya memberi kemerdekaan. Keadaan tersebut juga boleh dikaitkan dengan desakan rakyat Britain sendiri supaya dipraktikan cita-cita untuk membimbing tanah jajahan.

            Selain itu, UK juga sedar akan tanggungjawab mereka untuk membangunkan tanah jajahannya termasuk wilayah-wilayah yang diamanahkan kepadanya yang ketinggalan dari segi ekonomi. Penubuhan komanwel adalah merupakan langkah yang wajar kerana kerjasama secara multilateral dalam bidang ekonomi dalam kalangan bekas tanah jajahannya dapat mengukuhkan ekonomi negara-negara berkenaan. Namun, pada tahun 1950-an Britain menggunakan pertubuhan ini untyk kepentingan mereka sendiri. Negara komanwel berjaya mengeksport lebih 50% daropada teh, jut, bijih timah, getah, minyak sawit dan koko. Selain itu juga, negara komanwel menyumbangkan separuh daripada keluaran aluminium dunia.

            Di samping itu, Uk juga mengambil langkah insiatif dengan menwujudkan sebuah jawatankuasa pada tahun 1950 iaitu Jawatankuasa Perhubungan Pelajaran Komanwel. Jawatankuasa ini dibentuk bagi membantu negara-negra menyediakan sistem pelajaran yang sempurna. Penubuhan komanwel juga mempunyai kaitan bengan hasrat UK untuk memperkenalkan sistem sosial, ekonomi dan politik berdasarkan model barat. Penerapan sistem undang-undang birokrasi dan ekonomi menjadikan struktur pentadbiran negara-negara komanwel lebih kemas dan berkesan.

            Akhir sekali, UK juga berperanan dalam mengekalkan QUEEN sebagai ketua negara dimana penyertaan keanggotaan dalam komanwel juga secra tidak langsung mengekalkan legasi monarki United Kingdom. Pengekalan legasi monarki ini juga memberi pengiktirafan kedapa QUEEN iaitu Raja Inggeris sebagai ketua negara dan sekali gus mengekalkan keunikan komanwel. Sebanyak 16 buah negara anggota komanwel yang diwakili oleh Gabenor Jeneral dan terdapat juga sesetengah negara terdiri daropada anak tempatan telah memilih QUEEN sebagai ketua.

PENUTUP:

            Kesimpulannya, jelaslah bahawa penglibatan dan peranan United Kingdom dalam komanwel berjaya mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi, pelajaran dan teknikal. Kerjasama yang wujud ini telah menyebabkan negara-negara anggota tidak meninggalkan komanwel. 

Tiada ulasan: