Selasa, 24 Julai 2012

SUKAN OLIMPIK

assalamualaikum....memandangkan kejohanan sukan yang tertinggi iaitu SUKAN OLIMPIK DI LONDON...bakal membuka tirainya....mulai 29/7/2012....eka akan sediakan biodata atlet malaysia dan mungkin biodata atlet dari luar negara  untuk tontonan semua..... untuk permulaan eka nak bagi biodata DATO' LEE CHONG WEI iaitu pemain BADMINTON....jom kita kaji sikit sejarah hidup beliau..


Datuk Lee Chong Wei (: Lǐ zōng wěi, lahir pada 21 Oktober 1982 di George Town, Pulau PinangHYPERLINK \l "cite_note-1"[2]) ialah seorang pemain badminton professional dari Malaysia yang kini menetap di Bukit Mertajam.[3] Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.

Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketika yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.Pada zaman kanak-kanaknya, ketika bersekolah di SRJK (C) Jit Sin (B), Berapit, Lee gemar bola keranjang, namun ibunya melarangnya dari menceburi sukan itu gara-gara bahang yang melayur di gelanggang bola keranjang luaran. Lee mula mempelajari badminton seusia 11 tahun, apabila bapanya yang gemar bermain sukan ini membawanya ke dalam gelanggang badminton. Setelah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan, jurulatih itu meminta izin bapa Lee agar Lee menjadi anak didiknya. Setelah mendapat restu bapanya, maka jurulatih itu mula melatih Lee selepas waktu sekolah. Setelah ditemui oleh Misbun Sidek, barulah beliau menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun.Lee memulakan tahun Olimpik dengan cemerlang di Terbuka Korea, apabila beliau menebus kekalahannya kepada Lin Dan dengan menumpaskan jaguh China itu dalam tiga set. Seminggu kemudian, beliau meneruskan aksi cemerlang dengan menjulang kejuaraan Terbuka Malaysia yang kelapan dalam kerjayanya, setelah menumpaskan Kenichi Tago dari Jepun di pusingan akhir dalam 37 minit.Pada bulan Mac, Lee kecundang dalam Terbuka Seluruh England dengan terpaksa menarik diri dalam pusingan kedua setelah dirawat tiga kali, sekaligus meranapkan harapan Lee untuk menjadi pemain lelaki pertama dalam era terbuka untuk merangkul kejuaraan Terbuka Seluruh England tiga kali berturut-turut.Pada bulan April, beliau dikejutkan pula oleh peman Korea Selatan, Shon Wan-ho di perlawanan akhir Terbuka India, tetapi berjaya mempertahankan gelaran Grand Prix Emas Terbuka Malaysia buat kali keempat berturut-turut pada bulan Mei. Lee terpaksa berehat selama tiga empat minggu setelah cedera di buku limanya dalam perlawanan Kumpulan C Piala Thomas melawan Denmark. Pada bulan Jun, setelah mengungguli selama 199 minggu tanpa henti sejak 14 Ogos 2008,Lee akhirnya jatuh dari tangga nombor satu dalam kedudukan pemain perseorangan lelaki terbaik BWF...

EKA HARAP LEE CHONG WEI BOLEH MENYUMBANGKAN PINGAT EMAS UNTUK NEGARA ..DALAM SUKAN OLIMPIK INI DAN MERUPAKAN JUGA OLIMPIK YANG TERAKHIR BUAT BELIAU...

 



 

Tiada ulasan: