Ahad, 29 Jun 2014

FIRST MEET



Assalamualaikum semua....
ini hara eka ada mood rajin jadi sebab tulah eka terbitkan lebih sikit artikel .. kalau tadi cerita pasal Album Sulung Adira .... sekarang eka nak ceritakan tentang First Meet ...hah apa tu First Meet .. yang dimaksudkan oleh eka.....tapi sebelum itu eka nak lah bagi tahu sebenarnya banyak juga perkara yang menarik berlaku sepanjang bulan Jun ni .... 

Antaranya ...adalah ... pada 24 Jun yang lalu Cikgu Yatie datang Melaka yeahhh.... walaupun masa pertemuannya sangat singkat ... dapat lah juga mengubati rindu .... apa pun kepada Cikgu Yatie terima kasih sebab bagi asam from Penang ... dah lama juga eka tak makan makanan yang masam masam ni .... memang kegemaran eka lah makanan masam ...



creadit by instagram ckg yatie


baiklah.... sekarang kita berbalik pada tajuk kita tadi iaitu First Meet ...hah pekara sebenarnya adalah baru-baru ini iaitu pada 27 Jun eka dan pela jar PPU SMK SERI Mahkota menghadiri satu majlis  iaitu JELJAH PATRIOTISME DALAM KALANGAN GENERASI MUDA yang berlangsung di UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) 

ramai juga yang datang bagi memeriahkan majlis tersebut ....  Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Idris Haron iaitu Ketua Menteri Melaka... seronok dengar ucapan dari beliau .... bersemangat sungguh .... beliau juga sempat merakam gambar selfie beliau dengan pelajar-pelajar yang hadir pada majlis tersebut...
ketua menteri Melaka

 Seterusnya ... sampailah seksyen yang dinanti-nantikan eka rasa bukan eka saja yang tak sabar..rasanya satu dewan tak sabar nak dengar motivasi yang akan disampaikan oleh juara Masterchef Selebriti Malaysia .. DATO DR FAZLEY YAAKOB... wahhhh ... dengar saja suara beliau satu dewan bergemuruh dangan tepukan .... mana taknye dapat tengok Dr.Fazley depan mata ... tak putus-putus orang ambil gambar... eka pon tak lepas kan peluang ... sampai habis zoom camera eka gunakan semata-mata nak ambil gambar beliau ..mana taknnya duduk jauh .... 

 Dato Dr Fazley Yaakob

fokus betul eka dengar motivasi beliau yang banyak menceritakan pengalaman beliau yang belajar di luar negara ... dalam motivasi beliau, Dr.Fazley banyak kali menekankan bahawa walau di mana sahaja kita berada kita hendaklah bangga dengan negara Malaysia ... memang banyak memberi inspirasi pada eka...

hensemkan.....???

 gambar pon bergoyang... menggigil ambil gambar....nie pon dah zoom habis

Sebagai penutup tirai bagi mengakhiri Motivasi beliau ..Dr. Fazley sempat menyanyikan 2 buah lagu popular beliau iaitu COKLAT CAKE dan ASMARA INI ...wahhh lagu kegemaran eka ini... eka pon turutlah sama nyanyi sekali tapi x ada lah nyanyi kuat-kuat .... sesedap telinga eka mendengar..haha

jadi inilah yang dimaksudkan eka...FIRST MEET ..pertama kali berjumpa dengan Ketua Menteri Melaka dan Dato Dr Fazley ...

Tiada ulasan: