Sabtu, 23 Ogos 2014

TEKNIK MENJAWAB SOALAN ESEI SEJARAH TINGKATAN 6

Assalamualaikum semua... 
hah terkejut tak..hehe terlebih pulak ...okey sebelum eka go to the topic for today ...marilah sesiapa pembaca yang beragama islam menadah tangan sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa MH17 ...alhamdullilah semalam selamat sampai 20 jenazah yang terlibat pada kejadian tersebut di Malaysia ... semalam sempat juga eka merasa untuk bertafakur untuk 1 minit ....bagi menghormati jenazah yang selamat sampai di KLIA semalam ... insyaalah esok akan sampai lagi beberapa jenazah yang samapi ke Malaysia.. semoga perjalanan mereka yang membawa jenazah tersebut selam tiba...ucapan takziah buat keluarga mangsa yang terlibat ..semoga tabah dan bersabar menghadapi dugaan ini...

baiklah sekarang berbalik kepada tajuk kita hari ini ... seperti mana yang anda lihat hari ini eka nak kongsikan teknik menjawab soalan sejarah special buat pelajar PPU dan pelajar tingkatan 6 ... teknik ini buakan eka saja-saja suka buat tapi ianya berdasarkan nota yang cikgu sejarah eka sendiri yang berikan ...jadi tak salah rasanya nak kongsikan pada anda semua.... 


TEKNIK  MENJAWAB  SOALAN  ESEI
PENGGAL 1 : 4 SOALAN (2JAM)
·         1 soalan (30 minit)(20 markah)

Rangka esei (3 bahagian)
·         Bahagian A : Pendahuluan(3 ayat)
·         Bahagian B : isi-isi (3 ayat dalam satu perenggan) (4 @ 5 isi)    
(4@5 perenggan)
·         Bahagian C : penutup @ kesimpulan (1 perenggan) (2 @ 3 ayat)


BAHAGIAN A : TEKNIK MEMBINA PENDAHULUAN
CONTOH SOALAN:
Huraikan struktur masyarakat feudal Jepun dalam era pemerintahan Shogun Tokugawa dari tahun 1603 – 1868.
CARA MEMBINA  AYAT PENDAHULUAN
            (Feudalisme ialah masyarakat yang ditakrifkan sebagai satu bentuk kerajaan yang merujuk kepada kuasa politik secara tempatan oleh individu-individu persendirian dan bukannya oleh kerajaan pusat.) (Terdapat beberapa kelas golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.) (Golongan pemerintah ialah terdiri daripada maharaja, Shogun,daimyo,dan samurai, manakala bagi golongan diperintah pula terdiri daripada petani,tukang mahir dan saudagar.)

BAHAGIAN B : ISI-ISI
            (Maharaja di Jepun tidak berasaskan kepada konsep ‘mandat dari syurga’ yang dipegang oleh Maharaja China.) (Maharaja Jepun telah mendapat pengiktirafan sebagai ketua negara tetapi baginda tidak mempunyai kuasa pemerintahan dan Maharaja juga dianggap sebagai simbol perpaduan,) (manakala kuasa pemerintahan negara terletak di tangan Shogun Tokugawa.Keluarga Maharaja tinggal di Kyoto sedangkan pusat pentadbiran terletak di Edo, oleh itu sistem yang diamalkan oleh Maharaja Jepun ini berjaya mengekalkan kedudukan maharaja dan sistem ini kekal sehingga hari ini.)
            ( Kuasa pemerintahan Jepun sebenarnya berada dalam tangan Shogun Tokugawa yang menjalankan pemerintahan ‘atas nama maharaja’,pemerintahan ini juga dibantu oleh daimyo melalui dasar pecah dan perintah bagi memastikan kedudukan Shogun terjamin.) ( Shogun Tokugawa telah membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan bangsawan atau daimyo yang menyokongnya telah diberikan tanah  dan bangsawan yang menentang ditempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa.)
            ( Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran Tokugawa di Jepun ) ( yang dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Daimyo Fudai,Daimyo Shinpan dan Daimyo Tozama.Keluarga Tokugawa yang utama dikenali sebagai ‘go-sanke’ atau ‘tiga rumah’ kepunyaan anak Ieyasu yang terletak di dearah Owari,Kii dan Mito.)
            ( Daimyo Tazama dikenali sebagai daimyo luar iaitu musuh Shungon Tokugawa yang terdiri daripada suku-suku Barat seperti Satsuma,Choshu,Tosa dan Hizen.) (Shogun Tokugawa sentiasa mengawasi tindak-0tanduk mereka dengan melucutkan jawatan kerajaan di Edo,) ( melarang mereka memasuki istana raja dan mereka juga tidak dibenarkan mengumpul kekayaan demi mengelakkan mereka daripada menjadi terlalu kuat dan mengancam kedudukan Shogun.)
            ( Samurai iaitu kelas panglima mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat) ( yang berfungsi untuk menjaga keamanan negara dan memelihara kepentingan daimyo serta menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada daimyo) ( dan tidak dibenarkan berkecimpung dalam bidang pekerjaan lain walaupun negara dalam keadaan aman.)
            ( Dalam kalangan rakyat biasa, petani(nomin) menduduki tempat yang tertinggi kerana Jepun  adalah sebuah negara pertanian yang tidak mengadakan hubungan perdagangan dengan negara luar berikutan amalan dasar tutup pintunya.) ( Petani juga mengeluarkan beras bagi masyarakat Jepun dan membayar sebahagian besar cukai.)   (Masyarakat petani juga dikenakan sistem kerah  yang mengendaki petani mengangkut barang-barang pertanian dan melalui sepanjang jalan Tokaido dan akan melalui beberapa tempat untuk sekatan bagi membolehkan pegawai dan pengintip bakufu menjalankan pemeriksaan keatas setiap petani yang melalui jalan tersebut.) (Pendidikan juga diberikan kepada petani kerana abakufu dan tuan-tuan amat mementingkan pendidikan.) (Oleh itu,mereka menyediakan sekolah-sekolah kampung(terakoya) di kampung-kampung untuk keperluan anak petani bagi diberi kemahiran asas seperti menulis,membaca dan mengira.)
            ( Kelas tukang-tukang mahir(artisan)adalah diwah petani yang mahir dalam membuat pedang dan alat-alat lain yang berguna.) ( Mereka diberi penghormatan kerana sumbangan kepada masyarakat dan diberi gaji yang baik dan diberi rumah yang baik.) ( Manakala bagi petukang yang tidak mempunyai kemahiran khusus akan dilayan dengan buruk dan bekerja untuk daimyo.)
            ( Kelas pedagang(chonin) terletak di bawah tukang mahir, mreka dipandang rendah oleh masyarakat Jepun yang mengamalkan feudal tentera.) ( Namun begitu, keadaan aman mengakibatkan ekonomi  semakin berkembang ) ( dan para pedagang telah berjaya mengumpul wang dan harta yang banyak dan seterusnya berjaya memperbaiki satus diri dengan mengikat ramai bangsawan melalui hutang.)

KESIMPULAN:  2 @ 3 ayat
            Kesimpulannya, masyarakat feudal di Jepun disusun untuk menjamin keamanan dan memperkukuh kuasa pemerintahan Shongunh walaupun kedudukan Maharajanya hanya sebagai lambang kekuasaan. ( ayat merujuk kepada kesimpulan daripada pembincangan keseluruhan esei). Kedatangan barat telah memperkukuhkan kuasa maharaja Jepun dan institusi beraja di negara Jepun kekal sehingga hari ini (apa yang berlaku seterusnya atau apa yang berlaku pada masa hadapan)
           


hah seperti mana yang anda lihat dan baca ... itu lah serba sedikit teknik yang dapat eka kongsikan... creadit untuk cikgu sejarah eka iaitu PN. AIDAH BINTI SAID

jadi cubalah praktikkan tapi kalau sekiranya tidak yakin ... cuba rujuk pada guru sejarah masing-masing maklumlah lain orang lain caranya ... mungkin guru sejarah korang ada tips yang lain ... 

SELAMAT MENCUBA..!!!!


Tiada ulasan: