Rabu, 10 September 2014

ALHAMDULLILAH ... KINI ADIRA BERTUDUNG SEPENUHNYA


Assalamualaikum ..semua ... 
nampaknya eka dah masa lapang sedikit jadi nak story lah pasal adira yang baru-baru ini telah diberitakan sudah bertudung sepenuhnya .... 
eka adalah perasan di laman instagram milik adira sendiri yang dimana adakalanya adira memakai tudung dan eka mendapat tahu yang adira sedang cuba mendalami lagi ilmu agama dengan menghadiri beberapa kelas agama ..

sebelum berhijab sepenuhnya

apabila mendengar mengenai berita tersebut ...rasa lapang hati bila dapat tahu yang adira cuba menambah baikan . dirinya .. untuk melakukan perubahan .... 

di dalam satu akhbar METRO AHAD  pada 24 Ogos lepas , adira ada menyatakan yang beliau berhasrat untuk bertudung sudah lama tersimpan. cuma baru kini beliau benar-benar bersedia untuk melaksanakan kewajipan itu.. nyata langkah yang dilakukan ini .. telah mendapat sokongan daripada keluarga terutama ibunya dan sokongan daripada peminat....
adira juga ada berkata "ada antara peminat saya berkata bahawa saya lebih manis jika bertudung"... 

adira bersama buah hatinya, Shahrul semasa hari raya

eka harap perubahan yang dilakukan oleh adira ini dapat memberi kesedaran kepada mereka yang di luar sana yang masih leka dan terpengaruh dengan budaya negatif ... 

BIODATA TERKINI ADIRA:



Nama: Siti Adira Binti Suhaimi
Tarikh Lahir: 19 September 1991(anak bongsu drpd 8 beradik)
Tinggi: 152 cm
Digelar Queen Of Soundtrack
Bakal menandatangani kontrak sebagai jurucakap minuman popular

creadit to instagram adira @adira91 ..

Tiada ulasan: