Isnin, 22 Disember 2014

MALAYSIA (PIALA AFF sUZUKI 2014)

Assalamualaikum semua...
Alhamdullilah sekali lagi kita dapat bersua dalam coretan kali ini... eka dapat rasakan yang seluruh rakyat Malaysia tak kira kaum cina,india dan melayu semua masih berasa sedih keatas kegagalan pasukan bola sepak Malaysia (HARIMAU MALAYA)untuk memenangi PIALA AFF SUZUKI 2014 selepas kali pertama memenanginya pada 2010.







Pada perlawanan akhir pertama yang berlangsung di Thailand pada 17/12 kita dapat menyaksikan Thailand berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan mendahului 2-0. Pada mulanya eka dapat merasakan bahawa pasukan Malaysia sudah tiada peluang untuk memenangi perlawananan akhir 2 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20/12 kerana melihat kekuatan pasukan Thailand yang bermain dengan pantas dan kebanyakkannya pasukan ini terdiri dari pemain yang berusia lebih muda. Tetapi pasukan Malaysia juga tiada kurangnya walaupun terdapat beberapa pemain yang lebih senior tapi itu tidak menjadi penghalang untuk Malaysia main dengan lebih baik walaupun pada permulaan perlawanan dalam peringkat kumpulan menampakkan pasukan Malaysia tidak begitu yakin kerana berkumpulan dengan pasukan Singapura,Myanmar dan Thailand iaitu dalam kumpulan B.
Pada peringkat kumpulan B perlawanan pertama Malaysia bertemu dengan pasukan Myanmar dimana  mendapat keputusan seri 0-0 manakala pada perlawanan kedua Malaysia bertemu dengan juara 3 kali Piala AFF Suzuki iaitu Thailand dengan keputusan pasukan Malaysia tewas dengan jaringan tipis 2-3 dan pada perlawanan ketiga Malaysia bertemu dengan “ tuan rumah” iaitu Singapura dengan pasukan Malaysia berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan 3-1 dengan hasil jaringan pada minit terakhir oleh pemain Malaysia iaitu Indra “13” berjaya menutup peluang Singapura untuk mara ke peringakt seterusnya. Sehubungan itu, dengan 1 seri,1 kalah dan 1 kemenagan pasukan Malaysia berjaya meraih sebanyak 4 mata dan sekali gus menjadi naib juara pada peringkat kumpulan dan berjaya layak ke peringkat separuh akhir.
Pada peringkat separuh akhir Malaysia bertemu dengan pasukan Vietnam iaitu juara dari kumpulan A. Pada separuh akhir 1 perlawanan dijalankan di Stadium Shah Alam, ramai peminat harimau malaya datang memenuhi stadium untuk menunjukkan sokongan kepada pasukan Malaysia tapi tidak ketinggalan juga penyokong Vietnam yang turut sama hadir bagi memberi sokongan kepada pasukan mereka. Walaubagaimana pun, pasukan Malaysia gagal untuk memenagi perlawanan tersebut dan sekali gus tewas kepada Vietnam dengan 1-2. Seterusnya pada separuh akhir 2 yang berlangsung di vietnam, jurulatih pasukan Malaysia iaitu Dollah Salleh nampaknya menukar beberapa  pemain baru untuk memenuhi kesebelasahan utama. Kali ini nampak keyakinan pemain malaysia yang ditunjukkan telah membuktikan bahawa pasukan Malaysia masih bersemangat untuk menjuarai Piala AFF Suzuki 2014. Dengan hasil jaringan daripada safiq “8” menerusi jaringan penalti kemudian jaringan gol sendiri oleh pemain Vietam sendiri telah berjaya membawa pasukan Malaysia mendahului perlawanan tersebut. Tidak cukup dengan 2 gol pendahuluan pemain Malaysia shahrul “9” berjaya menambah gol malaysia dan pada akhir perlawanan ketua pasukan malaysia iaitu Shukor “12” sekali lagi manambah gol menerusi tandukan melalui sepakan sudut dan sekali gus telah berjaya membawa kemenagan buat pasukan Malaysia dengan kemenangan 4-2 (agregat 5-2) telah berjaya membawa Malaysia untuk ke peringkat akhir yang bakal bertemu dengan pasukan Thailand sekali lagi yang berjaya menumpaskan pasukan Filipina pada peringakat separuh akhir.

Pada peringkat akhir 1 pada 17/12 bermain di negara Thailand, menampakan stadium pada ketika itu dipenuhi dengan penyokong Thailand akan tetapi peminat setia malaysia juga tidak ketinggalan memenuhi sebahagian ruang staduim tersebut. Pada kali ini, nampaknya jurulatih Mlaysia masih menggunakan pemain yang sama semasa perlawanan di antara Vietnam. Walaubagaimana pun kepantasan dan strategi yang berkesan yang dipercaturkan oleh jurulatih Thailand telah berjaya membawa padah buat pasukan Malaysia dan sekali gus menumpaskan Malaysia dengan 2-0. Sehubungan itu, pada peringkat akhir 2 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil,Malaysia pada 20/12 telah berjaya menunjukkan keyakinan penyokong Malaysia terhadap pasukan Malaysia untuk menjuarai perlawanan akhir ini nampak semakin membara dengan hapir 100,000 penonton memenuhi stadium. Eka yang menontonn melalui siaran langsung di TV9 berasa bangga apabila melihat semangat peminat bola sepak Malaysia. Pada kali ini Dollah Salleh telah menukarkan beberapa pemain bagi memenuhi kesebelasan utama. Langkah pemain sewaktu masuk ke dalam padang nampak begitu yakin dengan semangat yang ditunjukkan sewaktu menyayikan lagu kebangsaan ‘NEGARAKU’ telah berjaya mengermakan seluruh stadium. Seawal minit ke 8 Malaysia berjaya mendapatsepakan penalti dan berjaya disempurnakan oleh bekas keptan Malaysia pada 2010 iaitu Safiq Rahim”8” dengan tenang dan ini telah menambah keyakinan buat pemain Malaysia yang lain. Indra Putra”13” telah berjaya meyempurnakan tandukan berbisanya pada minit terakhir separuh masa pertama yang berjaya membawa pasukan Malaysia mendahului 2-0. Sambungan pada separuh masa kedua pasukan Malaysia nampak semakin yakin dan terdapat beberapa kali cubaan berjaya dilakukan ke atas pasukan Thailand. Usaha pemain akhirnya berjaya apabila Malaysia berjaya mendapat sepakan percuma di kawasan berdekatan kotak penalti Thailand dan akhirnya berjaya menghasilkan gol yang sekali lagi disempurnakan oleh Safiq Rahim. Akan tetapi pada 10 minit terakir pemain Malaysia menunjukkan sedikit keletihan dan peluang ini telah diambil sebaik mungkin oleh pasukan Thailand dengan 2 jaringan berjaya dihasilkan oleh pemain Thainland dan ini telah sekali gus menutup ruang untuk Malaysia muncul sebagai juara buat kali kedua. Walaupun pasukan Malaysia berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan 3-2 akan teptapi melalui agregat Mlaysia telah tewas dengan 3-4 dan sekali gus telah memberi ruang kepada pasukan Thailand untuk menjuarai Piala AFF Suzuki buat kali ke-4.  Walaupun kekalahan ini amat dikesali oleh Pemain-Pemain Malaysia akan tetapi eka percaya ianya sedikit tidak mengecewakan kita sebagai penyokong kerana secara umumnya pemain Malaysia bermain dengan baik sekali buktinya 3 jaringan berjaya dihasilkan walaupun ketingagalan 2 gol melalui agrerat. Safiq Rahim telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan (6 gol).
 
Kesimpulannya, tahniah buat semua termasuk pemain,staf,pasukan penyiaran dan penyokong. #SELAMANYAHARIMAUMALAYA


Tahniah diucapkan buat Dato’ Nicol Ann David yang berjaya menjuarai Kejohanan Skuasy Wanita Dunia 2014 buat kali kelapan yang berjaya menumpaskan El Weleily.

Tiada ulasan: