Assalamualaikum
semua...
Apa
khabar..?? harap korang semua sihat ... insyaallah...
Baiklah
hari ini eka nak kongsikan sedikit cerita yang ada kaitan dengan YAYANG (adira) hehe ... maklumlah peminat setia la
katakan ... hehe
Pada
selasa (2/12) eka ada la duduk lepak depat televisyen ..tu la rutin cuti
sekolah ini selain duduk siapkan kerja MUET ..hah sebelum terlupa pada
kawan-kawan Tingkatan 6 Za’ba terutamanya jangan lupa siapkan assingment Mr.
Ang (sekadar ingatan)... hah!!! tak
lupakan juga pada pelajar sekolah yang lain jangan lupa buat ulang kaji
...anggaplah sebagai persediaan untuk tahun hadapan ..cuti-cuti juga buku
jangan lupa baca... itulah nasihat yang selalu bermain-main dalam ingatan
pesanan yang sering cikgu-cikgu kita semua ingatkan... jadi renung-renungkanlah
dan selamat beramal ..ehhh cehhh dah macam Prof. Fizi pulak ..(syok sendiri)
Baiklah
berbalik pada cerita tadi ... macam biasalah eka ini kalau pada setiap hari
Selasa lepas berita jek mesti dah duduk lepak depan tv ...sebab banyak cerita
best kat tv ..hehe ... jadi macam biasalah kalau kat channel astro kalau pukul
9 tu ... cerita apa lagi kalau bukan Meletop
yang dipengacarakan oleh Neelofa dan Nabil Ahmad ... kononnya eka tengok
meletop ini sebab nak tengok adira lah ..setiap minggu duduk mengharap adira
muncul kat Meletop ...hehe .. tapi malangnya hari ini adira tak ada .. kalau
tak silaplah last eka tgk adira kat meletop sewaktu adira datang promosikan first Album adira ... lepas tu dah
tak ada lagi ..tapi kat rancangan televisyen lain masih ada juga kemunculan
adira ...
Selepas
rancangan Meletop habis ... eka dah ready dah dengan remote control tv nie nak
tukar channel lain ... tuptup ... terlihat kelibat adira dalam rancangan SUKA LATEW kat ASTRO MAYA HD (135) ..
huh terus tak jadi nak tukar channel ingatkan nak layan drama kononnya la waktu
tu ... hehe ... dapat juga tengok adira secara siaran langsung hari ini
...yeahh.. secara jujurnya eka kurang minat la tengok rancangan Suka Latew tapi
ada la juga tengok itu pun ulangan ... biasa la umum pun tahu astrokan banyak
buat ulangan ...hehe ..tapi hari ini memang eka tengok rancangan tu dari mula
sampai ke habis ..tak berganjak langsung . . Adira ada kot ...(seronok) ...
jadi cerita kali ni memang teruja betul eka nak kongsikan ...

Seterusnya
pada segmen Alif vs Shahrul pula Adira
sekali lagi diberikan tugas sebagai pengacara bagi mengendalikan segmen
tersebut ... nampak agak kaku tapi maklumlah kali pertamakan ..tapi yang paling
penting loghat sabah tu still ada lagi ... adira masih belajar cakap KL lagi ..
cubaan yang baik ...

Jadi
kepada peminat adira termasuk eka sendiri jangan ketinggalan menonton siaran
ulangan SUKE LATEW nanti ... anda pasti terhibur ... hehe .. tapi eka tak
berapa pasti bila siaran ulangan nye .. hmmm
Pesanan
terakhir ...
Pada 6
Disember 2014 – Anugerah Industri Muzik (AIM 21) Adira tercalon dalam dua
ketegori (semoga berjaya)
Pada 7 Disember 2014 – Piala AFF Suzuki 2014 (separuh
akhir 1) Malaysia lwn Vietnam ..(#ayuhharimaumalaya)
(PICTURE FROM ADIRA YAYANG FB)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan