Isnin, 4 Mei 2015

SEJARAH SRA JAIM SERKAM DARAT, MERLIMAU, MELAKA



1.0    Pengenalan
Sekolah  Rendah  Agama  adalah  sebuah  institusi  pembelajaran  agama  Islam  di  peringkat  rendah  yang  diusahakan  atas  usaha  sama  Kementerian  Pendidikan  Malaysia bersama  Jabatan  Agama  Islam  di setiap  negeri  yang  terdapat  di  Malaysia  seperti  Jabatan  Agama  Islam  Melaka  (JAIM).1   Pada  mulanya   pertubuhan  ini  dikenali  sebagai  Sekolah  Rendah  Agama  Rakyat.  Objektif  penubuhannya  adalah  untuk  mewujudkan  sesuatu  sistem  kelas  pengajian  Al  Quran  dan  Fardhu  Ain  yang  kemas,  seragam  dan bersepadu  di  seluruh  negara.  Selain  itu,  objektifnya  juga  adalah  untuk  memastikan  semua  murid  enam  sehingga  dua  belas  tahun  dapat  membaca  Al  Quran  dan  menguasai  jawi  dengan  baik,  betul  dan  dapat  mempelajari  serta  mengamalkan  perkara  asas  yang  menjadi  fardhu  kepada  seseorang  Islam.  Objektif  lain  adalah  untuk  memperkukuhkan  asas  pendidikan  Islam  di  sekolah  kebangsaan  bagi  memastikan  murid  mencapai  tahap  yang  tinggi  dalam  pendidikan  dan  pengetahuan  agama  Islam. 
 Pada  awal  perbincangan  esei  ini  akan  menerangkan  asal  usul  penubuhan  SRA  yang  hanya  tertumpu  kepada  SRA  JAIM  Serkam  Darat,  Merlimau,  Melaka.  Manakala  pelbagai  sumber  primer  dan  sumber  sekunder  tentang  penubuhan  sekolah  ini  akan  diteliti  bagi  memperolehi  maklumat  yang  berkaitan.  Berdasarkan  maklumat  daripada  pelbagai  sumber,  telah  menjelaskan  bahawa  selama  hampir  11 tahun  penubuhan  bermula pada  2004  hingga  2015,  sekolah  ini  telah  berjaya  mencapai  pelbagai  pencapaian  sama  ada  pada  peringkat  negeri  mahupun  kebangsaan.

2.0    Asal   Usul  Pembinaan  Sekolah 
  Sekolah  ini  ditubuhkan  pada  tahun  1967  dan  pengasasnya  ialah  Allahyarham  Abu  Husin  bin  Abd  Majid.  Nama  sekolah  ini  semasa  ditubuhkan  ialah  Sekolah  Rendah  Agama  Rakyat  Serkam  Darat.  Sekolah  ini  dibina  di  atas  tanah  wakaf  separuh  kekal.  Sumber  kewangan  untuk  membina  sekolah  ini  adalah  sumbangan  daripada  orang  perseorangan  dan  bantuan  daripada  Majlis  Agama  Islam  Melaka  (MAIM).  Terdapat  hanya  3  buah  bilik  darjah  sahaja  dengan  jumlah  pelajar  seramai  60  orang  iaitu  seramai  40  orang  pelajar  lelaki  dan  20  orang  pelajar  perempuan  tanpa  ada  bilik  guru,  bilik  solat,  kantin  dan  tempat  letak  kenderaan.  Guru  besar  pada  ketika  itu  ialah  Allahyarham  Ustaz  Mahmud  bin  Hitam.2  Kali  pertama  bangunan  sekolah  ini  dibaik  pulih  adalah  pada  tahun  1972  dengan  menambah  sebuah  bilik  guru.  Oleh  kerana  pertambahan  penduduk  yang  begitu  pesat  berikutan  wujudnya  beberapa  buah  taman  perumahan  di  kawasan  sekitar,  maka  bangunan  sekolah  ini  tidak  mampu  lagi  untuk  menampung  jumlah  pelajar  yang  begitu  ramai.  Dengan  usaha  penduduk  kampung  dan  bantuan  daripada  pihak  Jabatan  Agama  Islam  Melaka  (JAIM),  maka  terbinalah  bangunan  SRA   JAIM  Serkam  Darat,  Merlimau,  Melaka  yang  ada  sekarang.  Bangunan  ini  mula  digunakan  pada  tahun  2004  di  lokasi  baru  yang  terletak  berdekatan  dengan  taman  perumahan  Taman  Serkam  Jaya.      


Logo  sekolah  SRA JAIM  Serkam  Darat
SRA  JAIM  Serkam  Darat,  Merlimau,  Melaka  ini  mula  dibina  pada  bulan  Disember  2003,  di atas  tanah  Lot  PT  1669,  dengan  keluasan  tanah  4141  meter  persegi  dengan  harga  kontrak  semasa  bernilai  RM 612,011.00.  Tarikh  dijangka  siap  ialah  pada  30  Jun  2004  namun  kerja-kerja  tersebut  tidak  dapat  disiapkan  pada  waktu  yang  telah  ditetapkan  maka  tarikhnya  dilanjutkan  lagi  sehingga  Ogos  2004.  Pada  24  September  2004,  pihak  kontraktor  telah  menyerahkan  3  set  anak  kunci  bagi  setiap  bilik  darjah  kepada  guru  besar  iaitu  Pn  Hjh  Salimah  binti  Daud.  Tanggal  28  September  2004,  perpindahan  pelajar-pelajar  dari  sekolah  lama ke  bangunan  sekolah  baru  dilakukan.  Namun,  beberapa  bulan  kemudian  terdapat  beberapa  kerosakan  berlaku  dan  satu  laporan   telah  dibuat  oleh  guru  besar  sekolah  tersebut  pada  30  September  2004  kepada  Timbalan  Pengarah  Bahagian  Pendidikan  JAIM  untuk  mengambil  tindakan  selanjutnya.3  Pada  tahun  2005,  sekolah  ini  telah  ditadbir  oleh  guru  besar  yang  baru  iaitu  Ustaz  Hj  Rosli  bin  Mohammed  Safari  dengan jumlah  murid  pada  ketika  itu  seramai  311  orang  dan 11 orang  guru.  Belum pun  sampai  setahun  sekolah  tersebut  dibuka,  pelbagai  kerosakan  mula  terjadi  antaranya  sistem  paip  air  tidak  sempurna,  tandas  tersumbat,  lantai  bilik  darjah  dan  kaki  lima  pecah,  dinding  pecah,  siling  banyak  yang  jatuh,  cermin  tingkap  yang  tidak  sama  saiz yang  mengakibatkan  cermin  tersebut kerap  jatuh  dan  sekali  gus  pecah,  bunyi  kipas  angin  yang  terlalu  bising  dan  bekalan  elektrik  yang  sering  terputus.  Sehubungan  itu,  pada  13  Mac  2005  satu  lagi  surat  laporan  kerosakan  dikeluarkan  oleh  guru  besar  kepada  Penolong  Pengarah  bahagian  Pendidikan  JAIM.  Tindakan  segera  telah  diambil  oleh  pihak  Majlis  Agama  Islam  Melaka  (MAIM)  bagi  mengatasi masalah  tersebut.  Oleh  kerana  tempoh  baik  pulih  kerosakan  pada  pihak  kontraktor  telah  pun  tamat,  maka  kerosakan  itu  dibiarkan  begitu  sahaja.   Pada  tahun 2006,  sekali  lagi  sekolah  ini  bertukar  guru  besar.  Kali  ini  ia  ditadbir  oleh     Pn  Nor  Alizah  binti  Leman,  dengan  jumlah  murid  seramai  411  orang  dan  9  orang  guru.  Sebagai  guru  besar  yang  baru  dilantik  dan  ditugaskan  untuk  mentadbir  sekolah  yang  baru  dan  lebih  besar   daripada  SRA  yang  lain  di  zon  ini  dan  berdepan  pula  dengan  permasalahan  dari  segi  struktur  bangunan  sekolah  sudah  pasti  teruja  dengan  cabaran  yang  besar  dan  cukup  hebat  ini.  Namun  segala  teguran,  semangat,  nasihat  dan  kerjasama  erat  yang  diberikan  oleh  pegawai  JAIM,  penyelia  JKKK,  LEKAS  dan  sahabat seperjuangan  akhirnya  sedikit  demi  sedikit  masalah  yang dihadapi  dapat  diselesaikan.  Bak  kata  pepatah    di  mana  ada  kemahuan,  di  situ  ada  jalan”,    kalau  hendak  seribu  daya,  jika  mahu  seribu  cara”,    gengam  bara  biar  sampai  jadi  arang.”.  Beliau  tidak  menjadikan  masalah  itu  sebagai  satu  halangan  untuk  terus  mengejar  kejayaan  sebaliknya  dengan  masalah  itulah  menjadikan  beliau lebih  matang  dan  bijak  memeruskan  kehidupan  demi  mencapai  kejayaan.  Pada  10  Mac  2006,  satu  surat   permohonan  bantuan  pembaikan  kecil SRA  JAIM  Serkam Darat  telah  dibuat,  namun  amat  mendukacitakan  apabila  pemohonan  tersebut  tidak  diluluskan  dengan  alasan  sekolah  ini  adalah  sekolah  baru.  Sebagai  pentadbir,  sikap  putus  asa  terpaksa  dilemparkan  jauh  demi  keselesaan  dan  kemajuan  anak-anak  didik.  Dengan  bantuan  perkapita  yang  ada,  kerja-kerja  membaiki  lantai  bilik  darah  dilakukan.  Walaupun  telah  beberapa  kali  dibaiki  namun  kerosakan  masih  lagi  berlaku.   Ini  adalah  kerana  dari  awal  pembuatannya  tidak  sempurna,  simen  terlalu  nipis,  banyak  pasir  dari  simennya.  Pada  19  Febuari  2007,  satu  surat  permohonan  dan  kertas  kerja  untuk  membaiki  kerosakan  sekolah  telah  dibuat  oleh  guru  besar  kepada  yang  Berhormat  Datuk  Wira  Hj  Ahmad  bin  Hamzah,  ADUN  Kawasan  Serkam  ketika  itu.  Satu  tindakan  drastik  telah  dibuat  oleh  YB  Kawasan.  Beliau  telah  membuat  lawatan  tidak  rasmi  ke  sekolah  tersebut  pada  hari  Ahad,  18  Febuari  2007,  jam  6.30  petang,  bersama  nazir  daerah  iaitu  Ustaz  Mohammad  Faiezudin  Yaakub.  Pada  hari  Ahad,  25  Febuari  2007  jam  4 petang,  satu  lagi  lawatan  tidak  rasmi  dilakukan  oleh  Pengarah  JAIM,  KPP  dan  nazir  daerah.  Lawatan  tersebut  adalah  untuk  melihat  kerosakan  bangunan  sekolah  ini.  Pada  17  Mac  2007,  permohonon  tersebut  diluluskan  walaupun  tidak  100%  dan  kerja-kerja  baik  pulih  dijalankan.  Antara  kerja-kerja  yang  dilakukan  ialah  :
1.      Menurap  semula  lantai  bilik darjah  1 Ari  dan  1  Lokman.
2.      Menurap  semula  kaki  lima  bahagian  belakang  sekolah.
3.      Menukar  siling  yang  rosak.
4.      Membaiki  saluran  sistem  paip  air  di  tandas.
Pada  19  Mac  2007,  satu  Lawatan  Kerja  telah  dibuat  oleh  Exco  Pelajaran  dan  Pengajian  Tinggi  Melaka  bersama  KPP,  Jabatan  Pelajaran,  ADUN  Kawasan,  Nazir  daerah,  JKKK  dan  LEKAS.  Beliau  berpuas  hati  dengan  kerja-kerja  pembaikan  yang  sedang  dijalankan.  Pada  April  2007,  satu  lagi  bantuan  telah  diterima  dari  Pejabat  Daerah  &  Tanah  Jasin.  Kerja-kerja  mengecat  semula  bahagian  dalam  dan  luar  sekolah  turut  dilakukan  disamping  menukar  pintu  pagar  sekolah  dan  membuat  sebuah  tempat  letak  basikal  berukuran  30  kaki.  Memandangkan  sekolah  ini,  agak  besar  dan  kawasannya  yang  agak  luas,  maka  sekolah  ini  sering  mendapat  perhatian  daripada  pelbagai  pihak  untuk  mengadakan  aktiviti  disini.4  Antaranya  ialah  :
1.      Tuan  Rumah  Pertandingan  ilmiah  Tahap 2
2.      Kursus  Khemah  Ibadat  Tahun  6
3.      Sambutan  Malam  Ambang  Kemerdekaan 
4.      Kelas  malam  untuk  pelajar  UPSR  dan  PMR
5.      Majlis  Berkhatan  beramai-ramai
6.      Program  Motivasi  Penyalah gunaan  najis  Dadah
3.0  Perkembangan  SRA  JAIM  Serkam  Darat  dari  tahun  2004  hingga  2015
3.1  Infrastruktur  Sekolah 
Sejak  sekolah  ini  ditubuhkan  pada  tahun  2004  didapati  terlalu banyak  kekurangan  kemudahan  instratruktur  yang  masih  tidak  disediakan.  Contohnya,  kantin  sekolah,  tempat  letak  basikal  pelajar  dan  tempat  letak  kenderaan  guru.  Namun  masalah  tersebut  dapat  diatasi,  pada  2007  tempat  letak  basikal  pelajar  berjaya  dibina  di  bahagian belakang  sekolah  dengan  keluasan  30  kaki.  Bagi  kantin  sekolah  pula,  yang  dahulunya  pelajar  terpaksa  membeli  makanan   mereka   daripada  seorang  peniaga  yang  tinggal  di  kawasan  taman  perumahan  yang  berdekatan  dengan  sekolah  tersebut  dan  ini  memaksa  pelajar  untuk  melakukan  urusan  jual  beli  di  luar  kawasan  sekolah.  Namun,  masalah  ini  dapat  diatasi  iaitu  pada  tahun  2011  sebuah  kantin   berjaya  dibina  di  bahagian  belakang  sekolah.  Pada  awal  penubuhan  sekolah  ini  satu  bilik  solat  telah  disediakan  bagi  menggalakkan  para  pelajar  solat  Asar  di  sekolah.  Walau  bagaimanapun,  kemudahan  tersebut  hanya  digunakan  untuk  sementara  dan  sesi  solat  Asar  terpaksa  dilakukan  di  surau  Taman  Serkam  Jaya  kerana  pertambahan  bilangan  pelajar  pada  setiap  tahun.  Kemudahan  perpustakaan  pada  awalnya  tidak  disediakan,  namun  sebuah  bilik  yang  dahulunya  bilik  solat  dijadikan  perpustakan  untuk  sementara  waktu.  Pada  tahun  2012,  perpustakaan  telah  dipindahkan  di  sebuah  bilik  yang  dahulunya  dijadikan  bilik  guru.  Manakala  bilik  guru  pula  dipindahkan  di  bilik  yang  lebih  luas   iaitu  pada  dahulunya  dijadikan  bilik  solat.  Dan itu  juga,  pelbagai  peralatan  baru  telah  ditambah.  Antaranya,  di  perpustakaan  peralatan  seperti   komputer,  meja  membaca  dan  bilangan  bahan  bacaan  seperti  al-quran,  kamus,  dan  buku  cerita  telah  ditambah.  Manakala  di  bilik  guru  mesin  pencetak  telah  disediakan  bagi  memudahkan  urusan  guru-guru  tersebut.

3.2  Organisasi  Sekolah
3.2.1  NAMA  GURU-GURU  BESAR  YANG  PERNAH  BERKHIDMAT
BIL.
NAMA
Tahun  Berkhidmat
1
Salima  binti  Daud
2004-2005
2
Rosli  bin  Sapari
2005-2006
3
Nor  Alizah  binti  Leman
2006-2009
4
Ruhayah  binti  Muhamad
2009-2013
5
Halimahton binti  Abdul  Majid
2013-sekarang

3.2.2   GURU-GURU  YANG  PERNAH  BERTUGAS
Selama  hampir  11  tahun  SRA  JAIM  Serkam  Darat  ditubuhkan  ramai  guru  yang  terdiri  daripada  ustaz  dan  ustazah  telah  berkhidmat  di  sekolah  ini.  Hampir  setiap  tahun  ada  sahaja  guru baru yang  datang  mengajar  di  sekolah  ini  dan  tidak  ketinggalan  juga  terdapat  juga  guru  yang  terpaksa  berpindah  ke  sekolah  lain.  Walau  bagaimana  pun,  bilangan  guru  di  sekolah  ini  pada  setiap  tahun  adalah  seramai  11 orang  termasuk  guru  besar.  Antara  guru  yang  pernah  mencurahkan  bakti  mereka  kepada  pelajar  sekolah  ini  adalah  Haji  Abu  bin  Rahmat  yang   juga   merupakan  Imam  Masjid  Serkam  Darat,  Kalsom  binti  Othman,  Nurul  Huda  binti  Ahmad  dan  Khairulumin AlFisah  bin  Salleh.  Terdapat  juga  beberapa  orang  guru  yang  masih  berkhidmat  di  sekolah  ini  semenjak  sekolah  ini  ditubuhkan.  Antaranya,  Rosilawati  binti  Tawil,  Siti  Hawa  binti  Abu,  Diniyah  binti  Ridhwan  dan  Salbiah  binti  Abdul  Hamid.5
3.2.3  BILANGAN  PELAJAR
 Pada  awal  penubuhan  sekolah  ini  bilangan  pelajar  yang  belajar  di  SRA  JAIM  Serkam  Darat  adalah  seramai  363  orang  yang  meliputi  pelajar  dari  darjah  1  sehingga  darjah  6.  Setiap  darjah  dibahagikan  kepada  2  kelas  iaitu  kelas  Arif  dan  kelas  Lokman,  di setiap  kelas  hampir  20  hingga  25  orang  pelajar.  Namun,  bilangan  pelajar  pada  setiap  tahun  mula   menampakkan  peningkatan  apabila  terdapat  taman  perumahan  yang  baru  dibina  yang  berhampiran  dengan  SRA  JAIM  Serkam  Darat.  Kini,  bilangan  pelajar  hampir  mencecah  seramai  600  orang  dan  bilangan  pelajar  untuk  setiap  kelas  pula  hampir  seramai  30  hingga  35  orang  pelajar.  Hal  ini  telah  mengakibatkan  suasana  di  dalam  setiap  kelas  menjadi  sempit  kerana  tidak  dapat  menampung  bilangan  pelajar  yang  begitu  ramai  selain  masalah  keluasan  bilik  darjah  yang  kecil  dan  hanya  mampu  menampung  seramai  20  hingga  25  orang  pelajar  sahaja.  Namun,  masalah  ini  tidak  menjadi  penghalang  kepada  guru-guru  yang  untuk  terus  mengajar  pelajar  mereka  walaupun  suasana  kelas  akan  menjadi  semakin  riuh  apabila  semakin  ramai  pelajar  di  dalam  sebuah  kelas. 
3.3  Pakaian  Seragam  Pelajar
Sebelum  sekolah  ini  ditubuhkan,  pelajar   lelaki dikehendaki  memakai  baju  melayu  berwarna  putih,  sampin  yang  berwarna  hijau  tua  dan  kasut putih  manakala  bagi  pelajar  permpuan  pula  mereka  perlu  memakai  tudung  dan  baju  kurung  berwarna  putih ,  kain  yang  berwarna  hijau  tua  dan  berkasut  putih.  Namun,  pada  tahun  2004  SRA  JAIM  Serkam  Darat  telah  membuat  satu  pertukaran  dari  segi  pemakaian  pelajar  dengan  menukarkan  sampin  dan  kain  yang  dahulunya  berwarna  hijau  tua  kepada  warna  hitam.  Pada  tahun  2005,  pihak  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  telah   melakukan  perubahan  bagi  Sekolah  Rendah  Agama  di  seluruh  Malaysia  untuk  menampakkan  perbezaan  antara  pelajar  biasa  dengan  pengawas  sekolah  iaitu  untuk  pengawas  lelaki  hendaklah  memakai  baju  melayu  putih  di samping  memakai  sampin  berwarna  ungu  dan  berkasut  hitam  dan  untuk  pengawas   perempuan  pula, hendaklah  memakai  baju  kurung  putih  dan  tudung  serta  kain  berwarna  ungu  dan  berkasut  hitam.  Manakala  pada  tahun  2011,  semasa  guru  besar  iaitu  Puan  Ruhayah  binti  Muhamad  berkhidmat  beliau  telah  melakukan  sedikit  perubahan  dari  segi  pemakaian  pelajar  terutama  kepada  pelajar  yang  dilantik  untuk  menjadi  pengawas  perpustakaan  dan  ketua  darjah.  Bagi  pengawas  perpustakaan  mereka  dikehendaki  memakai  sampin  yang  berwarna  biru  laut  dan  berkasut  hitam  bagi  pelajar  lelaki  dan  bagi  pelajar  perempuan  pula  mereka  hendaklah  memakai  tudung  dan  kain  berwarna  biru  laut  beserta  kasut  hitam.   


Cara  pemakaian  pelajar  SRA JAIM Serkam  Darat
3.4  Kejayaan  SRA  JAIM  Serkam  Darat 
3.4.1  PENCAPAIAN  AKADEMIK
 Pencapaian  akademik  pelajar  SRA  JAIM  Serkam  Darat  dalam  peperiksaan Ujian  Penilaian  Kelas  Kafa  (UPKK)  bermula  dari  2  tahun  pertama  iaitu   pada  tahun  2004  seramai  43 orang  calon  yang  mengambil  peperiksaan  tersebut dan  sebanyak  90.69%  lulus, namm  bilangan  calon  pada tahun  2005  meningkat  iaitu  seramai  45  orang  calon  dan  sebanyak  90%  lulus  dalam  ujian  tersebut.  Manakala  bagi  3  tahun  terakhit  iaitu  pada  tahun  2012,  2013  dan  2014  bilangan  calon  yang  mengambil  ujian  UPKK  semakin  meningkat  dimana   hampir  90  orang  calon  yang  mengambil  ujian  tersebut  pada  setiap  tahun.  Menurut  analisa  peratus  lulus  mengikut  subjek  dalam  UPKK,  pada  tahun  2014  menampakkan  peningkatan  pada  setiap  subjek  terutama  dalam  subjek  Adab,  Sirah,  Jawi  dan  Bahasa  Arab.  Selain  itu,  subjek  Tilawah  Al-Quran  dan  Amali  Solat  pada  2012  sehingga  2014  megekalkan  peratusan  penuh  iaitu  100%  lulus.6  Kejayaan  yang  dicapai  ini  telah  menyumbang  kepada  kejayaan   negeri  Melaka  dimana  Melaka  menduduki  tempat  pertama  dalam  kejayaan  UPKK  dalam  Malaysia  meninggalkan  pesaing  terdekat  iaitu  negeri  Terengganu  dan  Kelantan.
Data  analisa  peratusan lulus  mengikut  matapelajaran  UPKK   dari  tahun  2012  sehingga  2014
3.4.2  PENCAPAIAN  KOKURIKULUM
Pencapaian  kokurikulum  sekolah  ini  banyak  menyumbang  kepada  peningkatan   sekolah  ini  sendiri  hingga  ke  peringkat  kebangsaan.  Antara  pencapaiannya  adalah  memenangi  Pertandingan  3K  pada  tahun  2008  anjuran  Bahagian  Pendidikan  JAIM.  Sekolah  ini  juga  sering  menyertai  Sambutan  Maulidur  Rasul  pada  peringkat  negeri  Melaka dan  banyak  kejayaan yang  berjaya  diperolehi.  Antaranya,  pada  tahun  2009  sekolah  ini  menjadi  Johan  dalam  Pertandingan  Sepanduk  peringkat  Negeri  Melaka  dan  pada  tahun  2010  sekolah  ini  sekali  lagi  berjaya  mengekalkan  kejuaraan  mereka  apabila  sekali  lagi  berjaya  menjadi  Johan  dalam  Pertandingan  Sepanduk  peringkat  Negeri  Melaka  dan  Johan  dalam  Pertandingan  Kompang  Perbarisan  peringkat  Negeri  Melaka.  Pada  tahun  2013,  sekolah  ini  telah  menghantar  pelajar bagi   menyertai  Pertandingan  Berzanji  Peringkat  Negeri  dan  Pertandingan  Syarahan  Peringkat  Negeri  dan  atas   usaha  dan  kerjasama  antara  guru  dan  pelajar  sekolah  ini  berjaya  menjadi  Johan  dalam  kedua-dua  pertandingan  tersebut.  Selain  itu,  pada  tahun  yang  sama  juga  sekolah  ini  berjaya  menjadi  Johan  Dalam  Pertandingan  Nasyid  peringkat  Daerah  Jasin  dan  mendapat  tempat  ke-3  dalam  pertandingan  yang  sama  pada  peringkat  Negeri  Melaka.  Pada  tahun  2014,  pencapaian  tertinggi  yang  berjaya  dicapai  oleh  sekolah  ini  adalah  berjaya  menghantar  wakil  pelajar  dalam  Pertandingan  Solo  Nasyid  Peringkat  Kebangsaan  yang  sebelum  ini  wakil  pelajar  tersebut  berjaya  menjadi  Johan  pada  peringkat  Daerah  Jasin  dan  peringkat  Negeri  Melaka.
Antara  Sijil  pencapaian  kokurikulum  SRA  JAIM  Serkam  Darat





4.0   Faktor-faktor  Mempengaruhi  Kejayaan  SRA  JAIM  Serkam  Darat  dari  Tahun 
        2004 hingga 2015
4.1  Kejayaan  Akademik
Bagi  memastikan  kejayaan-kejayaan  yang  sebelum  ini  terutamanya  dalam  peperiksaan   UPKK  dapat  dikekalkan,  pelbagai  usaha  telah  dilakukan  oleh  pihak  sekolah  sama  ada  dalam  usaha  mengekalkan  kejayaan  tersebut  ataupun  dalam  usaha  membaik   pulih  segala  kekurangan .  Antara  usaha  yang  telah  dilakukan  oleh  SRA  JAIM  Serkam  Darat  ialah  bermula  dengan  usaha  dalam  meningkatkan  mutu  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  dijalankan  oleh  guru  sekolah  ini  dimana  guru  besar  sekolah  ini  telah  menjemput  Motivator  dari  luar  yang  pakar  dalam  bidang  ini  bagi  memberi  tips  dan  motivasi  kepada  guru-guru  dalam  usaha  mempertingkatkan  mutu  pengajaran  mereka  terhadap  murid-murid  selain  memberikan  nasihat  yang  sepatutnya  kepada  guru –guru  agar  sentiasa  bersemangat  dalam  melakukan  pekerjaan  mereka.  Selain  itu,  bagi  pelajar  pula,  pihak  sekolah  telah  mengadakan  kelas  tambahan  pada  setiap  hari  Sabtu  bagi  pelajar  Tahun  5.  Malah  pelajar  yang  lemah  juga  diberikan  latihan  intensif   bagi  meningkatkan  kemahiran  mereka  dalam  sesuatu  subjek.   Program  Teknik  Menjawab  Soalan  UPKK  juga  diadakan  pada  setiap  tahun  bagi  memastikan  para  pelajar  dapat  menjawab  setiap  soalan  dengan  cara  yang  betul  selain  memberikan  pendedahan  daripada  soalan-soalan  UPKK  pada  tahun  sebelumnya.  Di samping  itu,  kejayaan  yang  diperolehi  ini  juga  dipengaruhi  oleh  sokongan  yang  diberikan  oleh  ibu  bapa  pelajar –pelajar  sekolah  ini.



4.2  Kejayaan  Kokurikulum
Sekolah  ini  sering  mendapat  perhatian   dari  sekolah-sekolah  lain  terutama   dalam  peringkat  Negeri  Melaka iaitu  sekolah  ini  sering  mendapat  tempat  yang  terbaik  dalam  setiap  penyertaannya.  Antara  faktor-faktor  yang  mempengaruhi  kejayaan  sekolah  ini  ialah  pihak  sekolah  yang  terdiri  daripada  barisan  pentadbir  dan  guru-guru  sering  melakukan  persiapan  awal  sebelum  menghantar  wakil  dalam  sesebuah  pertandingan  yang  dianjurkan.  Oleh  itu,  pihak  sekolah  berusaha  dalam  melakukan  pemilihan  pelajar  yang  berkebolehan  dan  mempunyai  latar  belakang  yang  baik  serta  berdisplin  bagi  memudahkan  proses  latihan  yang  akan  dijalankan  secara  berterusan.  Selain  itu,  guru  yang   ditugaskan  untuk  melatih  para  pelajar  juga  digalakkan  bagi  memberikan  pendedahan  memalui  pengalaman  guru  itu  sendiri  dan  melalui  tontonan  video.  Usaha  yang  dilakukan  ini  menampakan  peningkatan  pada  setiap  tahun  dimana  sekolah  ini  juga  telah  berjaya  melahirkan  seorang  tokoh  yang  sedang  meningkat  naik  iaitu  adik  Siti Nur  Alia  Binti  Safri  yang  telah  menyertai  Program  Adik-Adikku  yang  dianjurkan  oleh  sebuah  stesyen  televisyen  RTM  pada  tahun  2011. Sekarang  Siti  Nur  Alia  Safri  sering  diundang  untuk  menjadi  pengacara  dan  memberikan  syahrahan  dalam   beberapa  buah  program  yang   dianjurkan   oleh  Negeri  Melaka, dalam  akhbar dan  media  sosial  lain.


5.0  Kesimpulan
       Harapan  Guru  Besar  SRA  JAIM  Serkam  Darat  iaitu   Puan  Halimahton  Binti  Abd  Majid  agar  pihak  yang  bertanggungjawab  dapat  meningkatkan  prasarana  sekolah  ini  dengan  memperbanyakkan  jumlah  kelas  bagi  menampung  bilangan  pelajar  yang  pada  setiap  tahun  meningkat,  membina  tempat  meletak  kenderaan  bagi  guru-guru  sekolah  ini,  dan   membina  sebuah  surau  khusus  untuk  sekolah  ini.  Selain  itu,  beliau  merancang  untuk  meramaikan  bilangan  guru  yang  lebih  kreatif  bagi  membantu  beliau  meningkatkan  mutu  pencapaian  sekolah  ini  sama  ada  dalam  akademik  mahupun  kokurikulum.   Beliau  juga  telah  merancang  untuk  bergabung  dengan  pihak  Sekolah  Kebangsaan  Serkam  Darat  bagi  menjalankan  sebuah  program  ataupun  aktiviti  yang  sepatutnya  untuk  mengeratkan  hubungan  antara  dua  buah  sekolah  tersebut  kerana  kebanyakan  pelajar  sekolah  tersebut  bersekolah  di  SK  Serkam  Darat  pada waktu  pagi.  Akhir  sekali,  Pn.  Halimahton  berharap  agar  sekolah  ini  berjaya  melahirkan  lebih  ramai  tokoh  seperti  adik  Siti  Nur  Alia  selain  mengharapkan  pelajar yang  ada  sekarang   dan  bekas-bekas  pelajar  terdahulu  dapat  mempraktikkan  pembelajaran  yang  pernah  mereka  perolehi  di  sekolah  ini  dalam  kehidupan  harian  mereka.

Pn  Halimahton  binti  Abd  Majid, Guru  Besar  SRA  JAIM  Serkam  Darat
Nota  Hujung
            1 Muhammad  Luthfi  Hamzah, Pembangunan Sekolah Rendah Agama di Malaysia (Kuala  Lumpur: Dewan  Bahasa dan Pustaka,  2010), 2-3.       

2 “Buku Pembukaan Awal SRA Rakyat Serkam Darat” (Melaka: Profail Sekolah, 2011), 4.

3 “Laporan Pembaikan Semula Sekolah oleh Pn  Hjh  Salimah  binti  Daud, Guru Besar  SRA  JAIM  Serkam  Darat, Merlimau, Melaka”(Melaka: Profail Sekolah, 2011), 7-10.

4 Ahmad Zakri Abdullah, RMK-9 Bukti Komitmen Kerajaan Lahir Modal Insan (Serkam: Sinar Harian, 14 Jun 2007),12.

5 “Senarai Nama Guru Besar dan Guru-Guru yang Berkhidmat di SRA JAIM  Serkam  Darat, Merlimau, Melaka”(Melaka: Profail Sekolah, 2011), 13-16.

6 “Pencapaian Murid-Murid Dalam Peperiksaan UPKK Mulai Tahun 2005-2014” (Melaka: Profail Sekolah, 2011), 26-29.
  


Bibliografi
Sumber  Primer
Cik Ammarah binti Md Yusop, 23, Bekas Pelajar SRA Rakyat Serkam Darat, 3 Febuari 2015.
Pn Halimahton binti Abd Majid, 52, Guru Besar SRA JAIM Serkam Darat, 23 Januari 2015.
Profail Sekolah SRA JAIM Serkam Darat, Merlimau,Melaka : Penerbit SRA JAIM Serkam
            Darat, 2011.
Sumber Sekunder
“RMK-9 Bukti Komitmen Kerajaan Lahir Modal Insan”, Sinar Harian, 14 Jun 2007, hlm.12.
“ Bekas Bangunan Sekolah Rendah Agama Jadi Belukar”, Harian Metro, 21 Mei 2008, hlm.         27.

Muhammad  Luthfi  Hamzah, Pembangunan Sekolah Rendah Agama di Malaysia, Kuala  Lumpur: Dewan  Bahasa dan Pustaka,  2010