Assalamualaikum
semua...
Pada
24/01/2015 (Sabtu) sekolah eka telah mengadakan aktiviti gotong royong untuk
membesihkan,mengemas dam menghias kelas masing-masing. Jadi pada hari tersebut
eka dan rakan sekelas juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama datang
untuk menegmas kemas kami. Secara jujurnya selama 2 minggu duduk belajar di
kelas baru kami agak kurang selesa. Ini kerana keadaan kelas tersebut masih
berhabuk dan eka serta rakan-rakan yang lain juga sering mengalai selesema,
hidung gatal dan sering bersin. Jadi aktiviti yang diadakan oleh pihak sekolah
ini digunakan sebaik mungkin bagi memastikan segala permasalah tersebut tidak
berlaku lagi.
KEADAAN KELAS SEBELUM DIKEMASKAN
Aktiviti
gotong royong kelas eka bermula pada pukul 9 pagi lewat 1 jam dari masa yang
ditetapkan iaitu pada jam 8. Walaubagaimana pun, kami semua terus memulakan
kerja mengemas dengan membersihkan kipas dan tingkap. Seterusnya kami mengambil
keputusan untuk membasuh kelas dan terpaksa mengangkat kerusi, meja dan almari
ke luar kelas.tugasan ini telah diambil alih oleh pelajar lelaki dan sementara
itu pelajar perempuan pula tolong angkat air bagi kegunaan mereka untuk
membasuh kelas tersebut.
JOM KITA CUCI
Guru
kelas kami iaitu Pn Aidah telah
membekalkan kami makanan untuk mengalas perut, sementara kami semua sedang
menjamu selera ckg aidah tidak melepaskan peluang untuk turut membantu kami
membersihkan kelas . setelah selesai mop lantai dan lantai tersebut telah
kering kami bersam-sama bekerjasama masukkan kembali kerusi,meja dan almari dan
susunkan nya dalam keadaan yang lebih teratur. Lebih kurang pada jam 12 tgh
semula kerja selesai dijalankan Cuma kelas kami masih belum sempat dihias,
mungkin kami akan mengambil waktu lain untuk sesi menghias kelas pulak pada
masa akan datang.
Walaubagaimana
pun, eka nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlipat pada hari
itu, semua menjalankan tugas dengan sebaiknya walaupun ada yang terpaksa
dipaksa untuk melakukan kerja ...(hihi paham-paham saja lah). Tidak dilupakan
juga kepada Ckg aidah yang turut serta turun padang membantu kami. Jadi untuk aktiviti gotong royong kali ini
adalah merupakan aktiviti pertama eka bersama rakan sekelas ... jadi ayuhlah
kita lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan kita dalam #stpm2015 #kamiakantetapbersatu #6za’ba
CKG AIDA TURUT SERTA MEMBANTU
Kata
Hikmah: sesuatu perkara akan menjadi susah apabila kita bersikap “selfish”
tetapi ianya akan menjadi mudah apabila kita bersikap “together” . bersatu
teguh, bercerai roboh.