Jumaat, 13 Februari 2015

PROGRAM POLITEKNIK KASIH 2015

Assalamualaikum semua...
Kali ini eka nak kongsikan pengalaman bersama rakan-rakan tingkatan 6 yang lain semasa kami ke Politeknik Merliamau bagi menjayakan Program Politeknik Kasih 2015pada 11/02/2015 (Rabu) dimana sekolah kami iaitu SMK Seri Mahkota merupakan salah satu sekolah angkat Politeknik selain SMK Sungai Rambai. Banyak aktiviti yang dijalankan seperti bengkel blog dan bengkel motivasi. Namun,pelajar tingkatan 6 seramai 34 oang telah dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk menyertai bengkel yang berlainan iaitu bengkel Power Point dan bengkel Movie Maker.
Eka, beberapa pelajar seni dan pelajar sastera telah menyertai bengkel Power point yang diadakan di Makmal Komputer UPLI yang memberi pendedahan mengenai penggunaan power point secara asas. Walaupun rata-rata antara kami semua kebanyakkannya sudah ada pendedehan sendiri mengenai Power point namun kami semua masih memberikan  sepenuh perhatian kepada fasilitator yang terdiri daripada pelajar sem 5 Politeknik itu sendiri. Terdapat juga penggunaan asas yang kami juga sendiri tidak ketahui semasa menyertai program tersebut.  Bengkel ini telah bermula pada jam 9 pagi dengan dimulai dengan ucapan kata-kata aluan daripada pegerusi majlis dan bacaan doa dan seterusnya diteruskan dengan penerangan mengenai power point yang disampaikan oleh Fisilitator Siti Azera binti Othman. Pada jam 10 kami berhenti berehat  selama 30 minit dan pada ketika itu kami mengambil peluang bergambar bersama fisilitator dan berselfie dan wefie ....

 antara gelagat kami semasa bengkel berjalan

Seterusnya, selepas rehat program diteruskan dengan pertandingan penyedian power point yang paling menarik yang bertemakan “mengenai diri sendiri” dan diberikan selama 10 hingga 15 minit untuk disiapkan. Penyediaan tersebut akan dinilai oleh fisilatator bergantung kepada tarikan power point dan pembentangan. Eka dan beberapa orang rakan iaitu Noraini,Azlin,Firdaus,Faiz dan Rauf adalah antara pelajar yang berjaya dipilih.
pelajar yang terpilih
Sebelum bengkel tersebut tamat kami sempat bergambar sebagai tanda kenang-kenagan dan seterusnya kami dibawa ke Cafe untuk menjamu selera sebelum bergerak ke Dewan untuk acara penutup dan penyampaian hadiah. Semasa penyampaian hadiah untuk bengkel Power point, Muhammad Firdaus Ibrahim berjaya mendapat tempat pertama, eka di tempat ke-2 dan Abdul Rauf mendapat tempat ke-3... tepat pada jam 2 majlis bersurai.
semasa penyampaian hadiah
Semasa kami semua di sana kami sempat berjumpa dengan rakan tingkatan 6 tahun lepas yang berjaya masuk ke politeknik iaitu Nur Hazah Fazira dan Siti Atikah seta kami juga sempai bergambar bersama. Lebih kurang pukul 2.40 kami pulang ke sekolah dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak Politeknik sendiri.
Sekian...terima kasih

berjumpa Hazah & Atikah

tanda kenag-kenagan 

KARANGAN LAPORAN TINGKATAN 6

SOALAN:
Program realiti sering mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Jika diteliti rancangan tersebut ada kebaikan dan keburukannya.  Sebagai seorang pelajar di Fakulti Komunikasi di IPTA. Anda telah membuat tinjauan tentang kebaikan dan keburukan program realiti tersebut. Tulis laporan tentang hasil tinjauan anda.

Laporan tentang Kebaikan dan Keburukan Program Realiti kepada Masyarakat di Malaysia
1.0  Pendahuluan
 Program realiti adalah sebuah program hiburan yang berbentuk pertandingan yang disetai oleh masyarakat melalui pemilihan uji bakat yang diadakan di seluruh negara. Antara program realiti yang sering mendapat perhatian ialah Akedemi Fantasia (AF), Mentor dan Pencetus Ummah. Selain itu, program realiti juga mempunyai pengikutnya yang tersendiri yang berperanan sebagai penyokong yang menyokong peserta kegemaran mereka. Oleh itu, baru-baru ini saya sebagai Setiausaha di Fakulti Komunikasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor diminta untuk menjalankan satu tinjauan tentang kebaikan dan keburukan program realiti. Yang berikut ialah laporan hasil kajian tersebut :
2.0  Senarai Ahli Jawatankuasa
Pengerusi : Ahmad Afnan bin Mustafa
Setiausaha : Nurul Atika binti Md Yusop
Bendahari : Nur Izzati binti Mohd Hafiz
Ahli Jawatankuasa :
1) Sazali bin Baron
2) Fatimah binti Md Mansor
3.0  Kebaikan Program realiti di Malaysia
3.1  Menolong Remaja Memilih Hala Tuju
Berdasarkan tinjauan, didapati bahawa program realiti yang dianjurkan di setiap stesyen televisyen Malaysia sangat menolong golongan remaja dalam memilih hala tuju mereka. Hal ini kerana, banyak peluang pekerjaan yang bakal diperolehi setelah tamat penyertaan mereka dalam sesuatu program realiti. Melaui program realiti juga, bakat mereka dalam  bidang nyanyian seperti bakat mengacara dan berlakon juga dapat dikesan. Oleh itu, masa depan mereka akan lebih cerah kerana dapat melakukan lebih daripada satu pekerjaan. Di samping itu, kewujudan program realiti yang pelbagai dapat mengurangkan peratusan masalah sosial dalam kalangan remaja yang semakin meningkat.
3.2  Membentuk Nilai Keagamaan
Selain program realiti yang bercorak nyanyian, program realiti yang berunsurkan keagamaan juga kini sering mendapat perhatian masyarakat. Sebagai contoh, program Imam Muda yang diadakan adalah untuk melahirkan tokoh-tokoh yang menjadi pelapis untuk mengantikan tokoh-tokoh yang sedia ada sekarang. Di samping itu, program realiti yang bercorakkan keagamaan juga dapat melahirkan pendakwah yang lebih berkualiti dan berkeyakinan tinggi dalam meyampaikan dakwah mereka kepada umum. Oleh itu, nilai keagamaan juga dapat dibentuk sama ada kepada peserta program realiti mahupun kepada penontong yang menonton.
3.3  Menaikkan Imej Negara
Program realiti sekarang bukan sahaja tertumpu kepada sesebuah negara sahaja malah di seluruh negara masing-masing mempunyai program realiti yang tersendiri. Sehubungan itu, program realiti juga dapat menaikkan imej negara selain dapat melahirkan lebih ramai bakat-bakat baru yang berbakat. Sebagai contoh, penyanyi Malaysia Shila Amzah yang pada mulanya telah menyertai satu program One In Million musim kedua telah menaikkan imej negara Malaysia dengan penyertaan beliau dalam satu program realiti di negara China. Pencapaian yang berjaya beliau perolehi melalui penyertaan dalam program I am A Singer telah membuka mata masyarakat luar tentang bakat yang lahir melalui rakyat Malaysia yang lebih berpotensi untuk pergi lebih jauh.
4.0  Keburukan Program Realiti di Malaysia
4.1  Membazirkan Masa
Kebanyakkan program realiti berdasarkan tinjauan yang dilakukan didapati masyarakat yang menonton program tersebut akan membazirkan masa mereka dengan hanya duduk di haapan kaca televisyen. Kebiasaannya, didapati program realiti yang disiarkan akan mengambil masa dua hingga tiga jam dan ini boleh mengakibatkan masyarakat akan leka serta tidak menghiraukan tanggungjawab lain. Sebagai contoh, ibadat solat fardhu akan dilambat-dilambatkan kerana ingin fokus untuk menonton program tersebut. Malah, terdapat juga segelintir masyarakat yang mengabaikan waktu makan mereka kerana terlalu taksub terhadap sesuatu program realiti.
4.2  Mengeluarkan Perbelanjaan Besar
Selain itu, terdapat juga beberapa program realiti di Malaysia  memerlukan para penonton mengeluarkan perbelanjaan mereka untuk mengundi peserta kegemaran mereka bagi memastikan peserta tersebut sentiasa berada di tangga teratas pada setiap minggu. Kebiasaannya, setiap satu undian akan dicaj lima puluh sen dan perkara ini dianggap sebagai sau pembaziran yang tidak mendatangkan faedah kepada pengundi. Oleh itu, masyarakat hendaklah bijak dalam melakukan sebarang perkara selain dalam islam sendiri menganggap pengundian sebagai satu perjudian yang sememangnya tidak digalakkan.
5.0  Kesimpulan
Kajian ini telah mengenalpasti beberapa kebaikan dan keburukan program realiti terhadap golongan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, segala kebaikan yang diperolehi ini hendaklah terus dikekalkan dan segala keburukan perlulah diperbaiki. Hal ini supaya program realiti di Malaysia akan menjadi lebih baik selain dapat melahirkan satu program realiti yang lebih berkualiti.

Laporan disediakan oleh,                                                                                   28  Januari  2015
            atika
(NURUL ATIKA BINTI MD YUSOP)
Setiausaha Fakulti Komunikasi,

UiTM, Shah Alam, Selangor