Jumaat, 29 Jun 2012

CIRI-CIRI SAHABAT YANG BAIK

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
* Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
* Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
* Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
* Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
* Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Berhati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.
Sekadar pesanan daripada seorang sahabat kepada sahabat..





AMALAN SUNAT KETIKA BERPUASA

assalamualaikum semua....tak lama lagi dah nak masuk bulan ramadhan,iaitu bulan yang paling indah untuk kita semua sebagai umat islam
 jom kita lihat serba sedikat perkara sunat ketika kita berpuasa


14 Amalan- Amalan Sunat Ketika Berpuasa
1. Menyegerakan berbuka setelah masuk waktu maghrib. Sunat berbuka dengan kurma dan segelas air.
Hadis Qudsi yang bermaksud;
“Sesungguhnya hamba-hamba- Ku yang paling Aku sukai ialah mereka yang menyegerakan berbuka.” (Riwayat: Imam Ahmad dan Tirmidzi)

“Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama ia menyegerakan dalam berbuka.” -HR Bukhari Muslim
“Apabila makanan telah dihidangkan, maka dahulukanlah makan daripada solat Maghrib dan janganlah kamu tergesa-gesa ketika makan makanan malam kamu.” -HR Bukhari Muslim

2. Membaca doa ketika berbuka:
Ertinya;
“Ya ALLAH, untuk Engkau puasaku, dan dengan Engkaulah aku beriman, dan atas adanya rezeki Engkaulah aku berbuka, disertai dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

3. Melambatkan makan sahur. Sebaik-baiknya dua jam sebelum Subuh.
Jabir r.a menegaskan bahawa Nabi SAW pernah bersabda:
“Barang siapa yang akan berpuasa hendaklah dia makan sahur sekalipun hanya sedikit” (Riwayat: Imam Ahmad)

4. Membanyakkan ibadah di malam hari sepanjang berpuasa di bulan Ramadan. Solat tarawih pada setiap malam Ramadan dan witirnya.

5. Mulai malam 15 Ramadan sampai akhir bulan, membaca doa Qunut pada rakaat akhir solat witir.

6. Berdoa dan berzikir setiap malam sesudah witir.

7. Bertadarus samada sendiri atau secara berkumpulan.

8. Beriktikaf di masjid terutama pada 10 hari terakhir Ramadan.
“Pada 10 hari terakhir (di bulan Ramadan), Rasulullah lebih tekun mendirikan solat melebihi hari-hari yang lain.”

9. Membanyakkan ibadah malam terutama di malam 10 yang terakhir di bulan Ramadan.
Dalam suatu hadis yang bermaksud;
“Sesungguhnya Nabi SAW manakala telah memasuki 10 hari terakhir di bulan Ramadan, baginda selalu melakukan solat malam, dan membangunkan ahli keluarganya untuk beribadah bersama.” (Riwayat: Bukhari & Muslim)

10. Memperbanyakkan sedekah. Tidak kira sedekah apa-apapun. Harta, makanan, pakaian atau apa sahaja. Jika tidak mampu, berilah senyuman kerana ia adalah sedekah yang paling ringan.

11. Menjamu orang-orang yang berbuka puasa. Elok jika majlis berbuka dibuat dari rumah ke rumah atau di masjid.
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
“Barangsiapa yang memberi makan (untuk berbuka) kepada orang yang berpuasa, maka ia beroleh puasa seperti pahala orang tersebut tanpa mengurangi pahala orang itu sedikit pun.”

12. Menjauhi perkara yang tidak berfaedah.

13. Mendapat keampunan apabila beristighfar sepanjang hari di bulan puasa.

14. Membanyakkan ibadah di bulan Ramadan kerana mengharap keredaan ALLAH SWT.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
“Barangsiapa yang melakukan ibadah di bulan Ramadan kerana iman dan mencari keredaan ALLAH, maka dosa-dosanya yang lalu akan diampuni.”

Rabu, 27 Jun 2012

ADIRA SIMPAN HADIAH PEMINAT

hari itu eka ada la buka muka buka tetiba keluar tentang adira  yang berkaitan dengan  ADIRA SIMPAN HADIAH PEMINAT yang menjadi salah satu story di majalah HAI.... eka pun apa lagi pergi lah kita untuk mendapatkan majalah tersebut....
jom kita layan serba sedikat story yang terdapat dalam majalah tersebut...



      Bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu ilusi ini cukup bertuah kerana dalam masa yang singkat berjaya mengumpul kelompok peminat sendiri.Semuanya gara-gara program realiti Akedemik Fantasia 8 yang berjaya melonjakkan nama Adira sebaris dengan artis popular yang lain.Dek kerana populariti itu jugalah ke mana sahaja gadis genit ini melangkah pasti ada peminat yang sanggup berhabis untuknya.Dari semurah-murah barang ginggalah yang bernilai ratusan ringgit,Tidak kira besar atau kecil semuanya disimpan baik oleh adira sebagai tanda perhargaan terhadap peminat.
      Kebanyakkan hadiah peminat semua saya simpan. Tak kira yang mahal atau murah,Semua saya hargai.Tak ada pun nak beza-bezakan.Dari muka masuk Akedemik Fantasia sampailah sekarang,saya hargai pemberian peminat.Ada sebahagiannya saya simapan di dalam bilik khas dan selebihnya di dalam bilik tidur saya.Hadiah paling banyak tentulah anak patung,T-shirt,jam tangan,gelang,penyepit rambut dan kasut.Setakat ini saya ada 15 koleksi jam tangan.Saya akan pakai ikut kesesuaian pakaian di majlis-majlis tertentu. jelas adira mengenai sebahagian koleksi hadiah peminat yang diterimanya.

inilah serba sedikit storynya.....apa pun adira memang terbaik....class gitu..

Sabtu, 23 Jun 2012

PHOTOSHOT ADIRA

WALAU PELBAGAI PAKAIAN YG DIBERI UNTUK DIPERAGAKAN SEBELUM BERGAMBAR....SEMUANYA SESUAI DIPAKAI OLEH ADIRA....CLASS GITU....




FARA FAUZANA DAN BABY CILIK

sekali lihat mmg serasi sabgat fara atau lebih dikenali sebagai faufau dengan seorang bayi yang sangat comel dan serasi dengan fafau....sewaktu sesi pengambaran mmg nampak macam anak ngan mak jek.....

jom kita lihat ada la sikit gambar mereka berdua


Sabtu, 16 Jun 2012

DATO' LEE CHONG WEI GILA GAJET

Datuk Lee Chong Wei Gila Gajet
KL, 13 JUN 2012: Pada kebiasaannya, Murai Batu sering saja mendengar kisah kejayaan wira badminton negara iaitu Datuk Lee Chong Wei yang selalu saja mengharumkan nama negara.
Namun, baru-baru ini Murai Batu agak terkejut apabila mendapat tahu bapa kepada jaguh negara ini telah cuba membunuh diri. Apa sudah jadi?
Sungguhpun Murai Batu tidak tahu sebab perbuatan ayahnda Chong Wei ini, tetapi Murai Batu bersyukur kerana pihak polis berjaya menyelamatkan bapa Chong Wei dari menjadi mangsa bunuh diri.
Sudah terlanjur Murai Batu bercerita mengenai Chong Wei, Murai Batu mendapat tahu, figura ini merupakan seorang yang gila.
Jangan pula anda salah faham. Gila yang dimaksudkan Murai Batu bukannya tidak waras atau tidak berakal.
Sebenarnya, ada pihak terdekat Chong Wei memberitahu bahawa aset negara ini sebagai seorang yang gila gajet.
Dalam erti kata yang lain, Chong Wei merupakan seorang yang pantang untuk mendapatkan barangan telefon bimbit berjenama terbaru di pasaran.
Dengarnya, setiap kali ada keluaran telefon bimbit terbaru saja, Chong Wei akan membelinya dengan kuantiti paling minimum pun 10 buah. Wow! Banyak tu.
Murai Batu dimaklumkan, Chong Wei bukannya membeli produk itu untuk diri sendiri, sebaliknya memberikannya kepada sanak-saudara dan sahabat handai.
Menariknya, Chong Wei sedikit pun tidak membelinya dengan meminta kadar murah atau diskaun tetapi membeli barangan itu dengan harga asal.
Apa sekalipun, Murai Batu tertanya-tanya siapa gerangan yang menerima barang gajet dari Chong Wei itu.
Adakah benar ia diterima wanita yang bergelar kekasih hati Chong Wei?
Tetapi, apabila dirisik, Chong Wei masih lagi single sungguhpun pernah dikatakan ada hubungan dengan Amber Chia sebelum supermodel itu berkahwin.

BENARKAH ADIRA SUNTIK VITAMIN C SETIAP BULAN

Benarkah Adira Suntik Vitamin C Setiap Bulan?
 
assalamualaikum...hari ini saya buka murai.com jek ada story tentang adira.....jom baca..
 
KL, 16 JUN 2012: Jika anda perhatikan, penampilan seseorang artis itu pastinya nampak berbeza di awal kemunculan sehinggalah ke gaya terkini.
Ianya terjadi bukan saja kepada artis wanita tetapi turut mengheret artis lelaki juga.
Bercakap mengenai perubahan ini, Murai Batu lihat perubahan paling ketara berlaku kepada artis tempatan bukannya pada penampilan gaya tetapi terletak pada wajah mereka.
Sungguhpun pembedahan plastik bukanlah amalan bagi artis tempatan, namun ada banyak juga artis wanita tempatan khususnya telah mengambil langkah lain untuk nampak cantik.
Yelah, tidak seperti artis Korea Selatan yang banyak sangat membuat pembedahan plastik. Siapa dia? anda mungkin tahu jawapannya.
Alkisahnya, Murai Batu tidak hairanlah apabila mendapat tahu, naib johan Akademi Fantasia 8 (AF8), Siti Adira Suhaimi atau Adira telah membelanjakan lebih RM300 sebulan semata-mata untuk cantik.
Dengarnya, setiap bulan Adira akan mengambil suntikan vitamin C untuk mengekalkan kulitnya agar sentiasa putih dan licin.
Ohhh...patutlah kulit Adira semakin putih melepak. Berbeza sekali ketika dia menyertai AF8.
Apapun, tidak kisahlah sebagai artis atau pun tidak, kecantikan perlu dijaga bukanlah untuk menunjukkan tetapi lebih kepada ketenangan hati.
Muka dah cantik, hati mesti tenang. Betul tak?

Ahad, 10 Jun 2012

EURO 2012

sempena EURO 2012 ni saya sokong 3 pasukan....iaitu:

1)SEPANYOL

2) PORTUGAL


3)BELANDA



KENANGAN BERSAMA RAKAN 3 ARIF

jamuan akhir tahun 2011 untuk kelas 3 arif adalah pada cuti sekolah....jamuan nie boleh diketegorikan juga lah besar-besaran sebab apa..??? sebab saya dan rakan-rakan adakan jamuan ini di luar sekolah tapi tak ada lah jauh sangat dalam melaka juga....tapi tmpat tu tak berapa ingat la....tak silap berdekatan ngan zoo melaka or kompleks sukan....ahhh tmpat tu tak penting yang paling penting memang menyeronokkan ----banyak aktiviti yang kami semua lakukan antaranya....berkayak,flying fox n ping ball...mmg seronok apabila bekerja dalam satu pasukan....peristiwa yang paling seronok tapi paling malu iaitu kami semua makan di MYDIN bersebelahan ngan MITC ....dengan berpakaian baju sukan yang kotor sbb sebelum pergi ke MYDIN kami bermain pingball baju semua penuh ngan lumpuh mmg malu sangat sampai tukang sapu kat dalam MYDIN tu bengang ngan kami semua...tak habis tukang sapu tu dok mop lantai....mesti die pikir kat dalam hati "bilalah budak-budak nie nak keluar dari MYDIN nie..."kasian betul....apa pun ape kita orang peduli lantak la....yang penting hari tu paling menyeronokkan....saya berterima kasih sangat dengan guru kelas kami yang banyak bersabar nagn sikap kami nie iaitu PUAN NORAFIDAH BINTI ABDULLAH dan guru-guru kami yang mendidik kami semua semasa di kelas 3 arif....mungkin peristiwa nie terlalu lama untuk dikongsikan tp itu la...time tu mmg saya busy sikit jadi tak dapat lah kongsikan kisah nie
apa-apa pun saya telah sedia kan beberapa gambar kami semasa berada di sana...JOM LAYAN..










Sabtu, 9 Jun 2012

SENARAI LAGU ADIRA

ku ada kamu-single pertama
ilusi-ost awan dania
mari menari(feat hafiz)-lagu tema mari menari
hari yang ku nantikan(feat hazama n dina)-lagu raya
ombak rindu(feat hafiz)-ost ombak rindu
lara lagi-ost ombak rindu
la la la(feat akim)-ost elly dan epit
sakura
sampaikan salam-ost lagenda budak setan 2

sekarang tunggu jekla album adira dengar cerita masih dalam pembikinan...



PASUKAN BOLA JARING 2012

assalamualaikum..
sambil duduk tunggu separuh masa bola sepak euro antara POLAND VS GRECE.. teringat pula kenangan bersama pasukan bola jaring sekolah..  saya akui untuk tahun nie agak kecewa sedikit kerana saya terpaksa jadi sebagai pemain simpanan kalau ikutkan mmg tak nak tapi apa nak buat ada orang yang lebih layak drpd saya.... posisi saya sebenarnya adalah (C) iaitu CENTER....untuk tahun ni hanya jadi penonton di kerusi simpanan aja...hati mmg sedih apabila untuk tahun ni sekolah saya hanya memenangi setakat tmpt ke-3....walau bagaimana pun untuk tahun depan giliran saya pulak...saya berazam nak angkat sekolah saya untuk memenangi di tampat yang pertama...(JOHAN)

PASUKAN BOLA JARING 2012
memenangi tempat ke-3




PASUKAN BOLA JARING 2011
memenangi tempat naib johan