Ahad, 29 Jun 2014

FIRST MEET



Assalamualaikum semua....
ini hara eka ada mood rajin jadi sebab tulah eka terbitkan lebih sikit artikel .. kalau tadi cerita pasal Album Sulung Adira .... sekarang eka nak ceritakan tentang First Meet ...hah apa tu First Meet .. yang dimaksudkan oleh eka.....tapi sebelum itu eka nak lah bagi tahu sebenarnya banyak juga perkara yang menarik berlaku sepanjang bulan Jun ni .... 

Antaranya ...adalah ... pada 24 Jun yang lalu Cikgu Yatie datang Melaka yeahhh.... walaupun masa pertemuannya sangat singkat ... dapat lah juga mengubati rindu .... apa pun kepada Cikgu Yatie terima kasih sebab bagi asam from Penang ... dah lama juga eka tak makan makanan yang masam masam ni .... memang kegemaran eka lah makanan masam ...



creadit by instagram ckg yatie


baiklah.... sekarang kita berbalik pada tajuk kita tadi iaitu First Meet ...hah pekara sebenarnya adalah baru-baru ini iaitu pada 27 Jun eka dan pela jar PPU SMK SERI Mahkota menghadiri satu majlis  iaitu JELJAH PATRIOTISME DALAM KALANGAN GENERASI MUDA yang berlangsung di UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) 

ramai juga yang datang bagi memeriahkan majlis tersebut ....  Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Idris Haron iaitu Ketua Menteri Melaka... seronok dengar ucapan dari beliau .... bersemangat sungguh .... beliau juga sempat merakam gambar selfie beliau dengan pelajar-pelajar yang hadir pada majlis tersebut...
ketua menteri Melaka

 Seterusnya ... sampailah seksyen yang dinanti-nantikan eka rasa bukan eka saja yang tak sabar..rasanya satu dewan tak sabar nak dengar motivasi yang akan disampaikan oleh juara Masterchef Selebriti Malaysia .. DATO DR FAZLEY YAAKOB... wahhhh ... dengar saja suara beliau satu dewan bergemuruh dangan tepukan .... mana taknye dapat tengok Dr.Fazley depan mata ... tak putus-putus orang ambil gambar... eka pon tak lepas kan peluang ... sampai habis zoom camera eka gunakan semata-mata nak ambil gambar beliau ..mana taknnya duduk jauh .... 

 Dato Dr Fazley Yaakob

fokus betul eka dengar motivasi beliau yang banyak menceritakan pengalaman beliau yang belajar di luar negara ... dalam motivasi beliau, Dr.Fazley banyak kali menekankan bahawa walau di mana sahaja kita berada kita hendaklah bangga dengan negara Malaysia ... memang banyak memberi inspirasi pada eka...

hensemkan.....???

 gambar pon bergoyang... menggigil ambil gambar....nie pon dah zoom habis

Sebagai penutup tirai bagi mengakhiri Motivasi beliau ..Dr. Fazley sempat menyanyikan 2 buah lagu popular beliau iaitu COKLAT CAKE dan ASMARA INI ...wahhh lagu kegemaran eka ini... eka pon turutlah sama nyanyi sekali tapi x ada lah nyanyi kuat-kuat .... sesedap telinga eka mendengar..haha

jadi inilah yang dimaksudkan eka...FIRST MEET ..pertama kali berjumpa dengan Ketua Menteri Melaka dan Dato Dr Fazley ...

-DEWI CINTA- ALBUM SULUNG ADIRA

Assalamualaikum......
alhamdullilah... hari ini mulanya bulan Ramadhan bagi tahun ini ..
syukur kepada Allah SWT kerana masih memberi kita peluang untuk menikmatan keindahan pada bulan yang penuh dengan barakhah ini .... syukur alhamdullilah

baiklah ..hari ini eka nak kongsikan cerita tentang album sulung Adira yang baru sahaja dilancarkan pada 26 Jun yang lalu..... Album sulung yang diberi nama DEWI CINTA adalah penantian Adira selama 4 tahun semenjak mula menceburi bidang nyanyian pada tahun 2010 melalui satu racangan realiti AKEDEMIK FANTASIA musim KE-8 dimana Adira dinobatkan sebagai pemenang Naib Johan ..


Namum perkara tersebut tidak menjadi penghalang kepada Adira untuk terus berusaha dalam memajukan industri nyanyian di Malaysia... Ternyata semua penah lelah yang dikorbankan akhirnya mendatangkan hasil dengan lahirnya album sulung Adira yang bertemakan SWAN ....

Sebanyak 10 buah lagu termasuk 5 buah lagu lama yang terdapat dalam album ini... ramai komposer dan penulis lirik yang terlibat ... antara lagu yang terdapat dalam album ini ialah Dewi Cinta, Hilang, Ku Bawa Cintamu, Ombak Rindu, dan Ku Ada Kamu.

jadinya ...jangan lupa dapatkan yang original..... di kedai-kedai vcd yang berdekatan ...dan eka juga nak ajak kawan-kawan semua tonton MTV RUHI KASIH di youtube ...eka dah tengok ..memang bestlah ... yang x sanggup tengok pada babak akhir MTV tu .... korang patut tonton ...