Ahad, 6 September 2015

SOALAN TARGET STPM SEJARAH 2015 (SEM 3)



BAHAGIAN B : SEJARAH ASIA TENGGARA
TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
3.2 – PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAAN

SOALAN : Huraikan dasar dan kesan pendudukan Jepun ke atas perjuangan mencapai Kemerdekaan di Myanmar

PENDAHULUAN :
Ø  Jepun menyerang negara-negara Asia Tenggara mulai tahun 1941 selaras dengan dasar imperialismenya. Semua negara Asia Tenggara kecuali Thailand ditawan oleh Jepun antara tahun 1941-1945. Belanda di Indonesia menyerah kalah kepada Jepun manakala di Myanmar, British menyerah kalah kepada Jepun.
Ø  Jepun melaksanakan pelbagai dasar dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Pendudukan Jepun juga telah memberi kesan ke atas perjuangan rakyat Indonesia dan Myanmar untuk mencapai kemerdekaan.

ISI-ISI PENTING :
           ·          DASAR-DASAR
A) Dasar Politik
Ø  Jepun telah memberikan kebebasan berpolitik kepada nasionalis Myanmar untuk menentang British dan Jepun juga menyokong penubuhan Minami Kikan yang dibentuk untuk menghalau British dari Myanmar.
Ø  Jepun menubuhkan Jawatankuasa Pentadbiran Pusat yang diketuai oleh Dr. Ba Maw. Usaha ini bertujuan untuk memberi keyakinan kepada nasionalis tempatan bahawa mereka diberi peluang untuk mentadbir negara mereka sendiri.
Ø  Pada 1 Ogos 1943, Jepun memberi kemerdekaan kepada Myanmar dan sebuah kerajaan boneka telah dibentuk manakala Dr. Ba Maw dilantik sebagai Perdana Menteri kerajaan bersama kabinetnya yang terdiri daripada golongan Thakin.
Ø  Thakin Mya telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Thakin Aung San pula dilantik sebagai Menteri Pertahanan.
Ø  Jepun membentuk Tentera Kemerdekaan Burma (B.I.A) yang dipimpin oleh Aung San dan Ne Win sebagai satu pertubuhan untuk menyatukan para nasionalis dengan harapan dapat membentuk pentadbiran Myanmar yang merdeka.
Ø  Pada bualan Julai 1942, B.I.A telah ditukarkan kepada Tentera Pertahanan Burma dan seterusnya Tentera Kebangsaan Burma pada 16 Sepembar 1943.
Ø  Jepun mengamalkan pemerintahan bercorak ketenteraan dan menggalakkan penduduk tempatan terlibat dalam ketenteraan.
Ø  Jepun bertindak menyatukan semua parti politik di Myanmar dalam gabungan yang dikenali sebagai Dobama Sinyetha Asiayone. Gabungan ini kemudiannya dipanggil Maha Bama Asiayone.






B) Dasar Ekonomi
Ø  Jepun menguasai pengeluaran pertanian dan pengangkutan tetapi sektor pengedaran dan perdagangan runcit diberikan kepada rakyat tempatan.
Ø  Dalam usaha untuk mengeksploitasi ekonomi tanah jajahan, Jepun melaksanakan rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”
Ø  Disebabkan kekurangan bahan makanan, Jepun menggalakkan petani menanam hasil tanaman yang lebih menguntungkan seperti kapas, kacang dan jut.

C) Dasar Sosial
Ø  Jepun membenarkan penggunaan bahasa masyarakat majoriti Myanmar di sekolah dan pusat pentadbiran.

           ·          KESAN-KESAN
A) Kesan Politik
Ø  Kemenangan Jepun telah memusnahkan tanggapan dalam kalangan rakyat Myanmar bahawa British ialah kuasa yang kuat, kemenangan tersebut telah memberi kesedaran bahawa mereka juga mampu bangkit dan berjaya mengambil alih tanah air mereka sendiri.
Ø  Slogan “ Asia untuk orang Asia” dan rancangan “ Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya” telah membangkitkan semangat kebangsaan untuk membebaskan negara daripada dibelenggu penjajah dan mengukuhkan usaha untuk menghapuskan pengaruh dan budaya barat.
Ø  Nasionalis mula sedar bahawa Jepun bercita-cita mengeksploitasi ekonomi dan menjajah negara-negara Asia Tenggara melalui slogan yang diperkenalkan.
Ø  Melalui penubuhan Burma Defense Army yang dibentuk oleh Jepun, Ang Sam telah menggunakan pasukan tersebut untuk menentang Jepun.
Ø  Pada tahun 1944. Golongan Thakin dengan bantuan pertubuhan nasionalis yang lain telah menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis (A.F.P.F.I) bagi menentang Jepun. Pasukan ini telah menyebelahi tentera British.
B) Kesan Ekonomi
Ø  Jepun mengeksploitasi ekonomi Myanmar. Sumber semulajadi musnah dan Myanmar terpaksa mengalami masalah kekurangan bahan keperluan. Sistem ekonomi sara diri diperkenalkan oleh Jepun telah membebankan rakyat tempatan sehingga berlakunya kebuluran di beberapa kawasan di Myanmar.
Ø  Tindakan Jepun mencetak mata wang yang banyak tanpa sandara emas telah mengakibatkan inflasi.
Ø  Perubahan sistem ekonomi komersial kepada sistem ekonomi sara diri, kadar inflasi yang tinggi (akibat percetakan secara berleluasa mata wang pokok pisang), kadar pengganguran yang tinggi (ketiadaan peluang pekerjaan ) dan pengeksploitasi ekonomi oleh syarikat-syarikat Jepun telah mengakibatkan masyarakat tempatan sanggup menyertai para nasionalis dalam gerakan bawah tanah untuk menentang Jepun.



C) Kesan Sosial
Ø  Rakyat hidup dalam keadaan kebuluran dan penderitaan kerana wabak penyakit berjangkit yang tidak terkawal.
Ø  Kempetai atau Polis Tentera Jepun bertindak menangkap siapa sahaja yang disyaki mengancam kepentingan Jepun di Myanmar
Ø  Kekejaman pentadbiran Jepun dan kemerosotan taraf hidup telah mewujudkan semangat Anti-Jepun dalam kalangan rakyat Myanmar
Ø  Sikap tentera Jepeun yang tidak menghormati rumah-rumah ibadat orang Myanmar turut menimbulkan perasaan benci terhadap Jepun.
Ø  Jepun menggalakkan penggunaan bahasa kaum majoriti. Walau bagaimanapun, dasar ini gagal dilaksanakan sehingga menimbulkan konflik antara kaum majoriti Myanmar denga  kaum Minoriti tempatan seperti Karen, Kachin dan Chin.
PENUTUP :
Kesimpulannya, konflik ini akhirnya menyedarkan penduduk tempatan akan kekejaman dan penindasan Jepun. Oleh itu, mereka mula sedar bahawa mereka sepatutnya bersatu dalam menentang sebarang penjajahan bagi mempertahankan negara mereka.

Tiada ulasan: