Ahad, 27 September 2015

TARGET STPM 2015 (P3) KONSEP DAN PERANAN PEMBESAR DI TANAH MELAYU



KAEDAH PERTAMA : Mengikut Aspek Politik,Ekonomi Dan Sosial

PENDAHULUAN:
Sistem pembesar adalah merujuk kepada mereka yang dilantik oleh raja atau sultan bagi memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan dengan diberi tanggungjawab dalam menjalankan dan melaksanakan tiugas-tugas tertentu atas arahan sultan. Dalam hierarki masyarakat melayu yang berbentuk piramid, pembesar merupakan golongan yang kedua terpenting selepas sultan. Sistem pembasar di tanah melayu boleh dibahagikan kepada 3 aspek iaitu politik,ekonomi dan sosial.

ISI-ISI PENTING:
1- POLITIK
§      Fungsi pembesar dalam aspek politik ialah mentadbir kawasan pemakanan, menjadi hakim bagi mengendalikan kesalahan kecil, menjadi penasihat kepada sultan, membekalkan ketenteraan negeri, menjadi orang perantaraan dan mencalonkan penghulu di peringkat kampung. (F)
§      Pembesar bertanggungjawab mentadbir kawasan melalui surat tauliah yang bercop mohor oleh sultan, membentuk pentadbiran kawasan serta membentuk sistem pungutan cukai, bertanggungjawab memelihara keamanan kawasan pentadbiran dan mempertahankannya daripada ancaman luar dan mempunyai anak buah di kawasan pentadbiran sendiri. (H)
§      Menjalankan pembicaraan kes jenayah dan sivil di daerah masing-masing dan menjtuhkan hukuman kecuali hukuman mati. (H)
§      Pembesar boleh campur tangan dalam sisitem pengantian sultan dan meletakkan calon pilihan mereka sendiri. (H)
§      Semasa peperangan, pembesar bertanggungjawab membekalkan tentera kepada kerajaan melalui sistem kerah. (H)
§      Akhir sekali, pembesar juga perlu memastikan rakyat dalam kawasan pentadbirannya sentiasa taat setia kepada sultan yang memerintah. (H)
§      Sebagai contoh, pembesar yang ditugaskan mentadbir kawasan pemakanan masing-masing atas titah sultan ialah Long Jaafar di daerah Larut dan Raja Jumaat di Lukut. Di Perak, Majlis Pembesar campur tangan dalam pelantikan sultan. (C)
§      Jelaslah bahawa, perana pembesar dalam aspek politik sememangnya penting dalam membantu melicinkan pentadbiran negeri. (P)

2- EKONOMI
©      Selain itu, fungsi pembesar dalam aspek ekonomi pula ialah mengutip cukai, terlibat dalam kegiatan perniagaan dan sebagai perantaraan dengan pedagang yang datang dari luar. (F)
©      Pendapatan pembesar adalah bergantung kepada cukai yang dikutipnya keatas daerah di bawaj jagaan pembesar tersebut. (H)
©      Sebarang lebihan yang dikumpulkan atau dimiliki oleh pembesar itu akan dugunakan sebagai pinjaman untuk mengikat lebih ramai lagi orang supaya berhutang dengannya. (H)
©      Wujudnya kalangan pembesar yang lebih kaya daripada raja adalah disebabkan mereka dienarkan terlibat dalam kegiatan perniagaan. (H)
©      Pembesar juga biasanya menerima ganjaran daripada pedagang yang datang berniaga kerana sudah menjadi amalan tradisi para pedagang untuk menghadiahkan sebahagian daripada nilai kargo yang dijadikan sebagai persembahan kepada raja. (H)
©      Buktinya, sultan perak telah mendapat 6 dolar daripada 400 paun bijih timah yang dieksport dari mana-mana daerah di Perak yang dikutip oleh mana-mana pembesar daerah yang berkenaan. (C)
©      Tegaslah, bahawa peranan pembesar sememangnya penting dalam menjalankan kegiatan ekomoni seperti kegiatan perlombongan bijih timah dan perladangan tanaman. (P)

3- SOSIAL
ü  Akhir sekali, fungsi atau perana pembesar dalam aspek sosial iaitu untuk memastikan pemduduk kampung taan setia kepada sultan yang memerintah. (F)
ü  Pembesar bertanggungjawab menjaga kebajikan anak buah, menjadi hakim dalam sesuatu pembicaraan dan dikehendaki membekalkan tenaga buruh yang mencukupi. (H)
ü  Pembesar juga hendaklah membekalkan dan menyediakan tenaga buruh yang mencukupi memalui sistem kerah yang dijalankan. (H)
ü  Pembesar juga merupakan perantaraan di antara raja dengan rakyat di tanah melayu (H)
ü  Sebagai contoh, semua titah perintah raja hendaklah disampaikan kepada rakyat melalui pembesar seperti kerahan tenaga dan arahan dalam mempertahankan negeri daripada seranga luar. (C)
ü  Tuntasnya, perana pembesar penting dalam menjaga keamanan dan kemakmuran di antara raja dan rakyat bagi memastikan  tanah melayu pada ketika itu sentiasa selamat daripada ancaman luar. (P)
 
PENUTUP
            Kesimpulannya, sistem pembesar mengalami perubahan selepas kedatangan British, iaitu kehilangan kuasa dari sudut pemerintahan dan dari segi kekuasaan sosial. Namun begitu, penghulu masih dikekalkan oleh kerajaan British untk mejaga keamanan dan memastikan orang melayu tidak memberontak.

KAEDAH KEDUA: Mengikut Peringakat Pusat, Daerah dan Kampung

PENDAHULUAN :
            Sistem pembesar di tanah melayu berasaskan Sintem Pembesar Empat Lipatan yang diwarisi sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka kecuali di Negeri Sembilan. Kebiasaannya, pembesar utama ialah jawtan yang bertaraf Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Sebelum campur tangan British di  Tanah Melayu, perana pembesar boleh dihagikan kepada 3 peringkat iaitu peringakat pusat, peringkat daerah dan peringkat kampung.

ISI-ISI PENTING :
1-PERINGKAT PUSAT
ü  Pembesar di peringkat pusat yang dilantik oleh sultan ialah membantu sultan dalam melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negeri serta berkuasa mentadbir kawasan yang dikenali sebagai kawasan pegangan. (F)
ü  Nama atau gelaran pembesar berbeza antara sesebuah negeri dengan negeri lain tetapi mempunyai peranan yang sama. (H)
ü  Sebagai contoh, pembesar utama di Negeri Sembilan digelar Undang Berempat yang terdiri daripada Undang Johol, Undang Jelubu, Undung Rembau dan Undang sungai Ujong. (C)
ü  Tegaslah, pembesar di peringkat pusat berperanan dalam membantu sultan dalam pentadbiran di sesebuah negeri. (P)
 
2- PERINGKAT DAERAH
©      Seterusnya, pembesar daerah yang berperanan dalam megetuai pentadbiran di peringkat daerah. (F)
©      Pembesar daerah dilantik dan ditauliahkan oleh sultan dan digelar sebagi orang Besar-Besar yang bertanggungjawab kepada sultan serta merupakan orang kedua terpenting dalam hierarki sosil.  (H)
©      Mereka juga mempunyai cop mohor sediri untuk menjalankan tugas dan mempunyai kuasa penuh dalam kawasan pentadbiran masing-masing. (H)
©      Sebagai contoh, tugas-tugas utama pembesar daerah ialah menjaga dan memastikan wujusnya keamanan di seluruh kawasan pentadbiran mereka, memungut cukai daripda penduduk dalam kuasa pentadbiran mereka yang dikenali sebagai kawasan makan, melaksanakan hukuman dan denda dalam kes-kes jenayah yang berlaku dalam daerah, melaksanakan sistem kerah untuk mendapatkan tenaga tentera dan menghadap sultan setiap tahun pada hari raya. (C)
©      Jelaslah, bahawa pembesar daerah adalah merupakan perantaraan antara sultan dan rakyat di Tanah Melayu. (P)

3- PERINGKAT KAMPUNG
§      Akhir sekali, pembesar peringkat kapung yang dikenali sebgai penghulu atau pengawa yang merupakan unit politik terkecil dalam hierarki pemerintahan. (F)
§      Mereka berperana dalam masyarakat melayu tradisional dan menjadi perantaraan antara ranyat dengan pembesar daerah. (H)
§      Penghulu tidak dibayar gaji, namun hasi pendapatan mereka diperolehi melalui cukai yang dipungut daripada penduduk kampung. (H)
§      Sebagai contoh, tugas-tugas penghulu ialah menjaga dan mengekalkan keamanan kapung, memungut cukai, membekalkan tenaga tenteran semasa peperangan, mendapatkan tenaga buruh dan memastikan rakyat kampung sentiasa taat setia kepada sultan yang memerintah. (C)
§      Tuntasnya, peranan penghulu di peringkat kampung juga amat penting bagi memastikan keamanan kampung sentiasa tenjamin. (P)

PENUTUP:
            Kesimpulannya, sistem pembesar di Tanah Melayu sebelum campur tangan British sememangnya keams dan teratur yang dapat mencerminkan kedudukan dan tanggungjawab pemerintah sendiri. Namun, sistem ini banyak mengalami perubahan selepas kerajaan British campur tangan dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu.







Tiada ulasan: