Isnin, 18 Ogos 2014

SESUATU MINAT TIDAK MERUGIKAN


Assalamualaikum semua...
Hmmm.. dah lama rasa nya tak update .... sebelum eka mulakan coretan untuk hari ini, eka nak ucapkan segulung tahniah buat kontijen Malaysia yang berjaya beraih 6 emas di Sukan Komonwel di Glasgow... walaupun tidak mencapai target iaitu 7 pingat emas .. tapi eka rasa semua atlet negara telah buat sehabis baik mereka untuk memastikan nama negara kita sentiasa di geruni oleh atlet dari negara lain... eka ada juga berkesempatan menonton beberapa acara yang membawa kepada kemenangan pingat emas Malaysia iaitu acara terjun di mana pingat emas buat Malaysia di bawa pulang oleh Ooi Tze Liang ... fuhh memang menebarkan sewaktu menonton.. sampai pukul 2 eka tunggu ...mula-mula eka ingat dah x ada harapan sebab atlet dari England memberi saingan hebat ..akan tetapi Atlet tersebaut melakukan kesilapan pada terjunan yang terakhir yang menyebabkan Tze Liang berjaya membawa pulang pingat emas ... seterusnya pada hari terakhir kejohanan eka berkesempatan menonton acara badminton .. acara ini memang wajib tengok ...mana tak nye atlet negara ada 2 wakil masuk final .... lama juga eka tunggu mula dari pukul 5 petang tak juga atlet negara beraksi ..rupa-rupanya dalam pukul 8 lah macam tu baru atlet negara kita main ... fuhhh bangga tengok atlet beregu wanita main ... sangat menebarkan ... memang terbaik lah die orang ... sewaktu penyampaian pingat ... bangga betul bila lagu Negaraku berkumandang .. sebak pon ada rasa nye ..hehe tacing lah pulak ... selapas itu, acara beregu lelaki negara pula beraksi ..memang sangat menebarkan ... rugi siapa yang tak menonton ... bila waktu mata penamat jek habis eka bersyukur sangat ... sebab sekali lagi lagu Negaraku berkumandang ...wahhh bangga nye ... bayangkan 2 kali berturut-turut pada satu hari ... I am Pround Being Malaysian ... tahniah kepada skuad negaraku ... tak sabar nak tunggu Sukan Asia di Incheon, Korea bulan depan ....GO TEAM MaLAYSIA... Malaysia BOLEH !!!

1-Mohd Hafifi Mansor (angkat berat)
2-Datuk Nicol Ann David (skuasy)

 3-Skuad Campuran (badminton)
4-Ooi tze liang (terjun)
5-Beregu wanita (badminton)

6-Beregu lelaki (badminton)


Jadi...hmmm apa ek nak kongsikan pada pembaca semua...
Yeahhhh i got it ... eka nak kongsikan lah serba sedikit pengalaman eka di tingkatan 6 ... di tigkatan 6 eka ambil bidang seni visual .. kiranya jadi pelajar senilah ..hehe jadi berpeluang lah menghasilkan karya agung daripada pelukis-pelukis terkenal... bagi eka ianya adalah satu pengalaman yang sangat beharga ... fuhhh dah lama rasa nya eka tunggu saat-saat ini ..mana tak nye .. dari tingkatan 1 sampailah ke tingktan 5  eka tak berkesempatan nak menunjukkan bakat dalam seni lukis ... tetapi bila dah dapatpeluang sebegi ..takkan eka nak biarkan jek kot ..ehhh mana boleh ... eka nak cuba belajar sesuatu yang eka minat .. cukup lah selama ni belajar sesuatu bidang yang eka sendiri tak minat ..tetapi bila tak minat takj adalah eka tinggalkan macam tu aje atau buat tak tahu .. eka ada lah cuba untuk memberi motivasi pada diri sendiri untuk cuba belajar sesuatu yang baru ... yelahhh mana lah tahu eka berkebolehan dalam bidang tersebut ...hmm akan tetapi .. bidang tersebut tak sesuai dengan eka ... jadi eka akan teruskan minat eka dalam bidang seni lukis ini ... 
Jadi semasa belajar seni di tingkatan 6 ...sangat santai mana tak nya bila waktu seni jek ... pelajar seni akan ke bilik seni dan teruskan kerja dalam melukis dan mewarnakan karya masing-masing ..jadi pada sesiapa yang nak tengok karya-karya seni daripada pelajar 6 Bawah Za’ba jangan lupa pergi ke facebook eka ... kat situ ada macam-macam gambar ...gambar eka berselfie pon ada ..hehe .. bua promosilah pulak ...

Ok lah ... setakat ini sahaja coretan buat hari ini... kata – kata akhir .. tanamkan lah minat dalam diri ada ..kerana dengan minat itulah potensi diri anda akan terserlah ...
Sekian, terima kasih
#selamatmenyambutharikemerdekaanke-57
Teruskan follow instagram eka.adira19 ... hehe ada orang tanya kenapa 19 ..hmm adalah .. biarlah rahsia ..

Ahad, 27 Julai 2014

SUKAN KOMONWEL 2014 KINI DAH BERMULA


Assalamualaikum semua....
Bersua kita kembali .... macam mana sambut bulan ramadhan ...??? alhamdullilah ...
Ni dah tak lama lagi kita akan menyambut bulan syawal.... macam mana persiapan korang ...???  Diharap kita semua dapat menyambutnya dengan meriah dan bersederhana dan jangan sampai berlaku pembaziran ....
Sebelum eka mulakan penceritaan kita pada kali ini ... marilah kita menadah tangan menyedekahkan bacaan suruh Al-Fatihah buat roh mangsa #nahasMH17 dan tidak ketingglan juga buat rakyat di bumi Palestin #saveGaza serta mangsa #MH370 ....

Baiklah sekarang ni seperti yang diketahui umum ..bahawa atlet negara kita sedang memperjuangkan semangat mereka di SUKAN KOMANWEL GLASGOW di SCOTLAND.... pada hari Khamis pagi lebih kurang pada jam 4  pagi ... sudah mulanya Upacara Pembukaan ...teteapi itu la eka tidak berkesempatan menonton ...hmmm rugi betul ....


 PAKAIAN BARU YANG DIRASMIKAN


 KONTINJEN MALAYSIA SEWAKTU UPACARA PEMBUKAAN YANG MEMBERI PENGHORMATAN KEPADA MH17

Walau bagaimanapun eka sempat juga menonton aksi-aksi atlet negera ...antara acara yang eka sempat menonton adalah ... acara berbasikal,angkat berat dan gimnastik ... setakat ini yang eka ketahui negara kita telah berjaya meraih pingat perak dan gangsa ... iaitu pingat pertama telah berjaya disumbang oleh atlet angkat berat negara dan disusuli oleh pingat gansa yang disumbangkan oleh atlet berpasukan gimnastik berirama pada hari pertama kejohanan dan pada hari ketiga kejohanan atlet gimnas berirama berjaya meraih pingat perak dan gangsa manakala atlet menembak pula berjaya meraih gangsa ....tahniah di ucapkan ... eka harap sasar pingat yang ditetapkan dapat diatasi .... #goteamMALAYSIA
Sebenarnya banyak acara yang eka tidak sabar nak menonton antaranya ... badminton, terjun dan berbasikal .... hmmm tapi sedihlah bila dapat tahu bahawa yang Dato’Lee Chong Wei tidak dapat beraksi pada sukan komanwel kali ini... akibat kecederaan yang beliau alami... semoga cepat sembuh ....
Teruskan sokongan buat atlet Malaysia di SUKAN KOMANWEL GLASGOW 2014

Baiklah dengan kesempatan ini eka ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan MAAF ZAHIR & BATIN buat mereka yang mengenali diri eka.... semoga bulan syawal yang bakal disambut ini memberi seribu satu makna buat kita semua...alhamdullilah ...
Teruskan doa kita buat rakyat di bumi PALESTIN..... #saveGAZA
Sekian...

Rabu, 9 Julai 2014

#PRAYFORGAZA

Assalamualaiku semua ... 
alhamdullilah hari sudah masuknya 11 ramadhan ... syukur ke hadrat ilahi kerana Allah swt  masih memberi kita nyawa untuk terus menikmati keindahan pada bulan ramadhan....

Dalam keadaan negara kita yang aman damai ini ..marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan  rakyat di Gaza, Palestin yang sedang menderita ... 
inilah apa yang sedang berlakusekarang di sana ...


Tentera rejim Israel dilaporkan melancarkan berpuluh-puluh serangan udara ke wilayah Palestin malam tadi selepas dakwaan wilayah selatan yang didudukinya dibedil dengan roket oleh pejuang. Menurut saksi dan pegawai keselamatan Palestin, sekurang-kurangnya 17 orang dilaporkan cedera.
Seorang jurucakap tentera rejim mengesahkan serangan itu yang mendapat nama operasi "Protective Edge".
Menurut saksi serangan tertumpu kepada beberapa deretan rumah di Semenanjung Gaza, termasuk di kawasan Khan Yunes. Kumpulan bersenjata dari Briged Ezzedine al-Qassam pantas mengeluarkan kenyataan membidas tindakan rejim itu.
“Israel telah melampaui batas dengan menjadikan kediaman (penduduk) sebagai sasaran. Sekiranya polisi sebegini tidak dihentikan, kami tidak teragak-agak untuk memperluaskan sasaran sehingga ke satu tahap yang tidak dapat disangka (rejim)," kata kumpulan itu menerusi satu kenyataan.
Serangan itu mengakibatkan kecederaan kepada 17 orang termasuk tujuh kanak-kanak dan dua wanita. Dua daripadanya berada dalam keadaan kritikal, lapor bahagian perubatan Palestin.
"Kira-kira 50 objek termasuk empat buah rumah aktivis, kawasan pelancar roket dan insfastruktur lain menjadi sasaran," kata jurucakap tentera Israel.
Perkembangan terbaru ini adalah paling buruk sejak November 2012.
Situasi kembali memuncak selepas insiden seorang remaja Palestin diculik dan dibunuh kejam oleh pelampau Yahudi minggu lalu.Remaja terbabit dikatakan telah dibakar oleh kumpulan pelampau terbabit . Tentera Israel mendakwa  lebih 40 roket telah dilancarkan ke selatan wilayah yang didudukinya hanya dalam tempoh beberapa jam.
Brigade Ezzedine al-Qassam mengaku bertanggungjawab di atas serangan tersebut. "Al-Qassam menembak puluhan roket ke Netivot dan Ashkelon, Ashdod dan Ofakim sebagai tindakan balas Zionis," kata satu kenyataan.
"Roket-roket Qassam merupakan balasan di atas kejahatan Israel terhadap rakyat kami," kata juru bicara Hamas, Sami Abu Zuhri.
Tentera Israel mendakwa  lebih 40 roket telah dilancarkan ke selatan wilayah yang didudukinya hanya dalam tempoh beberapa jam.
30 darinya didakwa jatuh di wilayahnya.

creadit to Berita Awani (8/7/2014)... ini adalah serba sedikit cerita yang berlaku di sana ... untuk keterangan lanjut dan berita terkini mengenai keadaan di sana anda semua boleh ke laman web astro awani...



Ahad, 29 Jun 2014

FIRST MEET



Assalamualaikum semua....
ini hara eka ada mood rajin jadi sebab tulah eka terbitkan lebih sikit artikel .. kalau tadi cerita pasal Album Sulung Adira .... sekarang eka nak ceritakan tentang First Meet ...hah apa tu First Meet .. yang dimaksudkan oleh eka.....tapi sebelum itu eka nak lah bagi tahu sebenarnya banyak juga perkara yang menarik berlaku sepanjang bulan Jun ni .... 

Antaranya ...adalah ... pada 24 Jun yang lalu Cikgu Yatie datang Melaka yeahhh.... walaupun masa pertemuannya sangat singkat ... dapat lah juga mengubati rindu .... apa pun kepada Cikgu Yatie terima kasih sebab bagi asam from Penang ... dah lama juga eka tak makan makanan yang masam masam ni .... memang kegemaran eka lah makanan masam ...



creadit by instagram ckg yatie


baiklah.... sekarang kita berbalik pada tajuk kita tadi iaitu First Meet ...hah pekara sebenarnya adalah baru-baru ini iaitu pada 27 Jun eka dan pela jar PPU SMK SERI Mahkota menghadiri satu majlis  iaitu JELJAH PATRIOTISME DALAM KALANGAN GENERASI MUDA yang berlangsung di UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) 

ramai juga yang datang bagi memeriahkan majlis tersebut ....  Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Idris Haron iaitu Ketua Menteri Melaka... seronok dengar ucapan dari beliau .... bersemangat sungguh .... beliau juga sempat merakam gambar selfie beliau dengan pelajar-pelajar yang hadir pada majlis tersebut...
ketua menteri Melaka

 Seterusnya ... sampailah seksyen yang dinanti-nantikan eka rasa bukan eka saja yang tak sabar..rasanya satu dewan tak sabar nak dengar motivasi yang akan disampaikan oleh juara Masterchef Selebriti Malaysia .. DATO DR FAZLEY YAAKOB... wahhhh ... dengar saja suara beliau satu dewan bergemuruh dangan tepukan .... mana taknye dapat tengok Dr.Fazley depan mata ... tak putus-putus orang ambil gambar... eka pon tak lepas kan peluang ... sampai habis zoom camera eka gunakan semata-mata nak ambil gambar beliau ..mana taknnya duduk jauh .... 

 Dato Dr Fazley Yaakob

fokus betul eka dengar motivasi beliau yang banyak menceritakan pengalaman beliau yang belajar di luar negara ... dalam motivasi beliau, Dr.Fazley banyak kali menekankan bahawa walau di mana sahaja kita berada kita hendaklah bangga dengan negara Malaysia ... memang banyak memberi inspirasi pada eka...

hensemkan.....???

 gambar pon bergoyang... menggigil ambil gambar....nie pon dah zoom habis

Sebagai penutup tirai bagi mengakhiri Motivasi beliau ..Dr. Fazley sempat menyanyikan 2 buah lagu popular beliau iaitu COKLAT CAKE dan ASMARA INI ...wahhh lagu kegemaran eka ini... eka pon turutlah sama nyanyi sekali tapi x ada lah nyanyi kuat-kuat .... sesedap telinga eka mendengar..haha

jadi inilah yang dimaksudkan eka...FIRST MEET ..pertama kali berjumpa dengan Ketua Menteri Melaka dan Dato Dr Fazley ...

-DEWI CINTA- ALBUM SULUNG ADIRA

Assalamualaikum......
alhamdullilah... hari ini mulanya bulan Ramadhan bagi tahun ini ..
syukur kepada Allah SWT kerana masih memberi kita peluang untuk menikmatan keindahan pada bulan yang penuh dengan barakhah ini .... syukur alhamdullilah

baiklah ..hari ini eka nak kongsikan cerita tentang album sulung Adira yang baru sahaja dilancarkan pada 26 Jun yang lalu..... Album sulung yang diberi nama DEWI CINTA adalah penantian Adira selama 4 tahun semenjak mula menceburi bidang nyanyian pada tahun 2010 melalui satu racangan realiti AKEDEMIK FANTASIA musim KE-8 dimana Adira dinobatkan sebagai pemenang Naib Johan ..


Namum perkara tersebut tidak menjadi penghalang kepada Adira untuk terus berusaha dalam memajukan industri nyanyian di Malaysia... Ternyata semua penah lelah yang dikorbankan akhirnya mendatangkan hasil dengan lahirnya album sulung Adira yang bertemakan SWAN ....

Sebanyak 10 buah lagu termasuk 5 buah lagu lama yang terdapat dalam album ini... ramai komposer dan penulis lirik yang terlibat ... antara lagu yang terdapat dalam album ini ialah Dewi Cinta, Hilang, Ku Bawa Cintamu, Ombak Rindu, dan Ku Ada Kamu.

jadinya ...jangan lupa dapatkan yang original..... di kedai-kedai vcd yang berdekatan ...dan eka juga nak ajak kawan-kawan semua tonton MTV RUHI KASIH di youtube ...eka dah tengok ..memang bestlah ... yang x sanggup tengok pada babak akhir MTV tu .... korang patut tonton ...