Jumaat, 13 Februari 2015

PROGRAM POLITEKNIK KASIH 2015

Assalamualaikum semua...
Kali ini eka nak kongsikan pengalaman bersama rakan-rakan tingkatan 6 yang lain semasa kami ke Politeknik Merliamau bagi menjayakan Program Politeknik Kasih 2015pada 11/02/2015 (Rabu) dimana sekolah kami iaitu SMK Seri Mahkota merupakan salah satu sekolah angkat Politeknik selain SMK Sungai Rambai. Banyak aktiviti yang dijalankan seperti bengkel blog dan bengkel motivasi. Namun,pelajar tingkatan 6 seramai 34 oang telah dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk menyertai bengkel yang berlainan iaitu bengkel Power Point dan bengkel Movie Maker.
Eka, beberapa pelajar seni dan pelajar sastera telah menyertai bengkel Power point yang diadakan di Makmal Komputer UPLI yang memberi pendedahan mengenai penggunaan power point secara asas. Walaupun rata-rata antara kami semua kebanyakkannya sudah ada pendedehan sendiri mengenai Power point namun kami semua masih memberikan  sepenuh perhatian kepada fasilitator yang terdiri daripada pelajar sem 5 Politeknik itu sendiri. Terdapat juga penggunaan asas yang kami juga sendiri tidak ketahui semasa menyertai program tersebut.  Bengkel ini telah bermula pada jam 9 pagi dengan dimulai dengan ucapan kata-kata aluan daripada pegerusi majlis dan bacaan doa dan seterusnya diteruskan dengan penerangan mengenai power point yang disampaikan oleh Fisilitator Siti Azera binti Othman. Pada jam 10 kami berhenti berehat  selama 30 minit dan pada ketika itu kami mengambil peluang bergambar bersama fisilitator dan berselfie dan wefie ....

 antara gelagat kami semasa bengkel berjalan

Seterusnya, selepas rehat program diteruskan dengan pertandingan penyedian power point yang paling menarik yang bertemakan “mengenai diri sendiri” dan diberikan selama 10 hingga 15 minit untuk disiapkan. Penyediaan tersebut akan dinilai oleh fisilatator bergantung kepada tarikan power point dan pembentangan. Eka dan beberapa orang rakan iaitu Noraini,Azlin,Firdaus,Faiz dan Rauf adalah antara pelajar yang berjaya dipilih.
pelajar yang terpilih
Sebelum bengkel tersebut tamat kami sempat bergambar sebagai tanda kenang-kenagan dan seterusnya kami dibawa ke Cafe untuk menjamu selera sebelum bergerak ke Dewan untuk acara penutup dan penyampaian hadiah. Semasa penyampaian hadiah untuk bengkel Power point, Muhammad Firdaus Ibrahim berjaya mendapat tempat pertama, eka di tempat ke-2 dan Abdul Rauf mendapat tempat ke-3... tepat pada jam 2 majlis bersurai.
semasa penyampaian hadiah
Semasa kami semua di sana kami sempat berjumpa dengan rakan tingkatan 6 tahun lepas yang berjaya masuk ke politeknik iaitu Nur Hazah Fazira dan Siti Atikah seta kami juga sempai bergambar bersama. Lebih kurang pukul 2.40 kami pulang ke sekolah dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak Politeknik sendiri.
Sekian...terima kasih

berjumpa Hazah & Atikah

tanda kenag-kenagan 

KARANGAN LAPORAN TINGKATAN 6

SOALAN:
Program realiti sering mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Jika diteliti rancangan tersebut ada kebaikan dan keburukannya.  Sebagai seorang pelajar di Fakulti Komunikasi di IPTA. Anda telah membuat tinjauan tentang kebaikan dan keburukan program realiti tersebut. Tulis laporan tentang hasil tinjauan anda.

Laporan tentang Kebaikan dan Keburukan Program Realiti kepada Masyarakat di Malaysia
1.0  Pendahuluan
 Program realiti adalah sebuah program hiburan yang berbentuk pertandingan yang disetai oleh masyarakat melalui pemilihan uji bakat yang diadakan di seluruh negara. Antara program realiti yang sering mendapat perhatian ialah Akedemi Fantasia (AF), Mentor dan Pencetus Ummah. Selain itu, program realiti juga mempunyai pengikutnya yang tersendiri yang berperanan sebagai penyokong yang menyokong peserta kegemaran mereka. Oleh itu, baru-baru ini saya sebagai Setiausaha di Fakulti Komunikasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor diminta untuk menjalankan satu tinjauan tentang kebaikan dan keburukan program realiti. Yang berikut ialah laporan hasil kajian tersebut :
2.0  Senarai Ahli Jawatankuasa
Pengerusi : Ahmad Afnan bin Mustafa
Setiausaha : Nurul Atika binti Md Yusop
Bendahari : Nur Izzati binti Mohd Hafiz
Ahli Jawatankuasa :
1) Sazali bin Baron
2) Fatimah binti Md Mansor
3.0  Kebaikan Program realiti di Malaysia
3.1  Menolong Remaja Memilih Hala Tuju
Berdasarkan tinjauan, didapati bahawa program realiti yang dianjurkan di setiap stesyen televisyen Malaysia sangat menolong golongan remaja dalam memilih hala tuju mereka. Hal ini kerana, banyak peluang pekerjaan yang bakal diperolehi setelah tamat penyertaan mereka dalam sesuatu program realiti. Melaui program realiti juga, bakat mereka dalam  bidang nyanyian seperti bakat mengacara dan berlakon juga dapat dikesan. Oleh itu, masa depan mereka akan lebih cerah kerana dapat melakukan lebih daripada satu pekerjaan. Di samping itu, kewujudan program realiti yang pelbagai dapat mengurangkan peratusan masalah sosial dalam kalangan remaja yang semakin meningkat.
3.2  Membentuk Nilai Keagamaan
Selain program realiti yang bercorak nyanyian, program realiti yang berunsurkan keagamaan juga kini sering mendapat perhatian masyarakat. Sebagai contoh, program Imam Muda yang diadakan adalah untuk melahirkan tokoh-tokoh yang menjadi pelapis untuk mengantikan tokoh-tokoh yang sedia ada sekarang. Di samping itu, program realiti yang bercorakkan keagamaan juga dapat melahirkan pendakwah yang lebih berkualiti dan berkeyakinan tinggi dalam meyampaikan dakwah mereka kepada umum. Oleh itu, nilai keagamaan juga dapat dibentuk sama ada kepada peserta program realiti mahupun kepada penontong yang menonton.
3.3  Menaikkan Imej Negara
Program realiti sekarang bukan sahaja tertumpu kepada sesebuah negara sahaja malah di seluruh negara masing-masing mempunyai program realiti yang tersendiri. Sehubungan itu, program realiti juga dapat menaikkan imej negara selain dapat melahirkan lebih ramai bakat-bakat baru yang berbakat. Sebagai contoh, penyanyi Malaysia Shila Amzah yang pada mulanya telah menyertai satu program One In Million musim kedua telah menaikkan imej negara Malaysia dengan penyertaan beliau dalam satu program realiti di negara China. Pencapaian yang berjaya beliau perolehi melalui penyertaan dalam program I am A Singer telah membuka mata masyarakat luar tentang bakat yang lahir melalui rakyat Malaysia yang lebih berpotensi untuk pergi lebih jauh.
4.0  Keburukan Program Realiti di Malaysia
4.1  Membazirkan Masa
Kebanyakkan program realiti berdasarkan tinjauan yang dilakukan didapati masyarakat yang menonton program tersebut akan membazirkan masa mereka dengan hanya duduk di haapan kaca televisyen. Kebiasaannya, didapati program realiti yang disiarkan akan mengambil masa dua hingga tiga jam dan ini boleh mengakibatkan masyarakat akan leka serta tidak menghiraukan tanggungjawab lain. Sebagai contoh, ibadat solat fardhu akan dilambat-dilambatkan kerana ingin fokus untuk menonton program tersebut. Malah, terdapat juga segelintir masyarakat yang mengabaikan waktu makan mereka kerana terlalu taksub terhadap sesuatu program realiti.
4.2  Mengeluarkan Perbelanjaan Besar
Selain itu, terdapat juga beberapa program realiti di Malaysia  memerlukan para penonton mengeluarkan perbelanjaan mereka untuk mengundi peserta kegemaran mereka bagi memastikan peserta tersebut sentiasa berada di tangga teratas pada setiap minggu. Kebiasaannya, setiap satu undian akan dicaj lima puluh sen dan perkara ini dianggap sebagai sau pembaziran yang tidak mendatangkan faedah kepada pengundi. Oleh itu, masyarakat hendaklah bijak dalam melakukan sebarang perkara selain dalam islam sendiri menganggap pengundian sebagai satu perjudian yang sememangnya tidak digalakkan.
5.0  Kesimpulan
Kajian ini telah mengenalpasti beberapa kebaikan dan keburukan program realiti terhadap golongan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, segala kebaikan yang diperolehi ini hendaklah terus dikekalkan dan segala keburukan perlulah diperbaiki. Hal ini supaya program realiti di Malaysia akan menjadi lebih baik selain dapat melahirkan satu program realiti yang lebih berkualiti.

Laporan disediakan oleh,                                                                                   28  Januari  2015
            atika
(NURUL ATIKA BINTI MD YUSOP)
Setiausaha Fakulti Komunikasi,

UiTM, Shah Alam, Selangor

Isnin, 26 Januari 2015

AKTIVITI GOTONG ROYONG



Assalamualaikum semua...
Pada 24/01/2015 (Sabtu) sekolah eka telah mengadakan aktiviti gotong royong untuk membesihkan,mengemas dam menghias kelas masing-masing. Jadi pada hari tersebut eka dan rakan sekelas juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama datang untuk menegmas kemas kami. Secara jujurnya selama 2 minggu duduk belajar di kelas baru kami agak kurang selesa. Ini kerana keadaan kelas tersebut masih berhabuk dan eka serta rakan-rakan yang lain juga sering mengalai selesema, hidung gatal dan sering bersin. Jadi aktiviti yang diadakan oleh pihak sekolah ini digunakan sebaik mungkin bagi memastikan segala permasalah tersebut tidak berlaku lagi.


KEADAAN KELAS SEBELUM DIKEMASKAN

Aktiviti gotong royong kelas eka bermula pada pukul 9 pagi lewat 1 jam dari masa yang ditetapkan iaitu pada jam 8. Walaubagaimana pun, kami semua terus memulakan kerja mengemas dengan membersihkan kipas dan tingkap. Seterusnya kami mengambil keputusan untuk membasuh kelas dan terpaksa mengangkat kerusi, meja dan almari ke luar kelas.tugasan ini telah diambil alih oleh pelajar lelaki dan sementara itu pelajar perempuan pula tolong angkat air bagi kegunaan mereka untuk membasuh kelas tersebut.
 JOM KITA CUCI

Guru kelas kami iaitu Pn Aidah  telah membekalkan kami makanan untuk mengalas perut, sementara kami semua sedang menjamu selera ckg aidah tidak melepaskan peluang untuk turut membantu kami membersihkan kelas . setelah selesai mop lantai dan lantai tersebut telah kering kami bersam-sama bekerjasama masukkan kembali kerusi,meja dan almari dan susunkan nya dalam keadaan yang lebih teratur. Lebih kurang pada jam 12 tgh semula kerja selesai dijalankan Cuma kelas kami masih belum sempat dihias, mungkin kami akan mengambil waktu lain untuk sesi menghias kelas pulak pada masa akan datang.
Walaubagaimana pun, eka nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlipat pada hari itu, semua menjalankan tugas dengan sebaiknya walaupun ada yang terpaksa dipaksa untuk melakukan kerja ...(hihi paham-paham saja lah). Tidak dilupakan juga kepada Ckg aidah yang turut serta turun padang membantu kami.  Jadi untuk aktiviti gotong royong kali ini adalah merupakan aktiviti pertama eka bersama rakan sekelas ... jadi ayuhlah kita lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan kita dalam #stpm2015 #kamiakantetapbersatu  #6za’ba
CKG AIDA TURUT SERTA MEMBANTU
 
Kata Hikmah: sesuatu perkara akan menjadi susah apabila kita bersikap “selfish” tetapi ianya akan menjadi mudah apabila kita bersikap “together” . bersatu teguh, bercerai roboh.



Sabtu, 17 Januari 2015

TERIMA KASIH ...!!!



Assalamualaikum semua ..
Apa khabar..??? macam mana minggu pertama sesi persekolahan anda..??? diharapkan semuanya dalam keadaan terkawal dan baik-baik sahaja ...

Baiklah hari ini eka nak mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang memberikan ucapan happy birthday semalam (16/1) untuk eka tidak kiralah sama ada melalui sms,whatsapp,facebook dan twitter ataupun melaui face 2 face.... terima kasih banyak atas doa yang dikirimkan ... semoga ianya memberi 1001 keberkatan ... 

 Alhamdullilah... pada tahun ini eka genap umur 19 tahun (16/01/1996 -16/01/2015) dan pada tahun ini juga hari lahir eka juga jatuh pada hari Jumaat  ( bersamaan 25 Rabiulawal 1436H ) iaitu hari bagi penghulu segala hari.. syukur alhamdullilah ... semoga hari yang penuh keberkatan  ini dapat memberi kebaikan kepada diri eka sendiri, ahli keluarga, guru-guru dan sahabat-sahabat sekalian... amin
Terima kasih kepada ahli keluarga,anak-anak buah,saudara-mara,guru,dan rakan-rakan serta kepada rakan pembaca blog ini atas ucapan happy birthday yang dikirimkan.. walaupun tiada sambutan khas yang diadakan tapi eka tetap bersyukur kerana masih mempunyai anda semua yang berada dikeliling eka dalam memeberikan kata-kata semangat dan doa ... sememangnya kata-kata semangat sangat diperlukan untuk meningkatkan motiwasi diri untuk kita sendiri 


Eka sendiri akui dimana tahun ini banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi ... mana tidaknya untuk sem 2 STPM ini sahaja banyak kerja kursus yang perlu disiapkan sebelum bulan 5  mana lagi nak belajar untuk peperiksaan sem 2 STPM lagi ..huh ..walaupun masih belum memulakan apa-apa lagi dah mula rasa keletihan tapi setakat ini keadaan masih terkawal ...

Walaubagaimana pun, semalam eka juga terserempak dengan cikgu sekolah rendah (SK Serkam Darat) iaitu Cikgu Zailey Husin ...hampir 6 tahun tidak berjumpa dengan beliau ... tapi eka ada juga datang melawat beliau pada hari raya aidilfitri ..kalau tidak silap 2 atau 3 tahun lepas ... banyak didikan yang beliau telah berikan bermula eka seorang murid yang sememangnya tidak tahu apa-apa pasal sukan sampailah sekarang dan tahu pasal sukan ... hehe

Namun, dalam berita gembira tetap ada juga berita sedih .. iaitu berita kemalangan yang menimpa abang eka sendiri ... alhamdullilah tiada kecederaan yang teruk dialami ... semoga dia cepat sembut.. insyaallah , amin.

 Baiklah sampai disini sahaja coretan untuk kali ini .... semoga hari ini lebih baik dari semalam ..
Sekian, terima kasih

Rabu, 7 Januari 2015

JOM BERCUTI

Assalamualaikum semua....
Apa khabar ...??? sekarang ini tinggal beberapa hari sahaja lagi sesi persekolahan akan dibuka ... eka harap semua dah ready... eka dan keluarga  juga turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa di Malaysia iaitu kejadian banjir yang berlaku di kawasan pantai timur terutamanya . Banyak bantuan yang disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang rata-rata banyak mengalami kerosakan barang-barang  elektrik dan kekurangan barang makanan dan pakaian. Sekarang, kita dapat saksikan seluruh rakyat Malaysia bersatu dalam memberi bantuan seikhlasnya untuk mereka yang kurang bernasib baik. Walau bagaimanapun, pujian sepatutnya diberikan kepada mangsa banjir kerana mereka tetap sabar dan tabah dalam menempuhi ujian yang menimpa mereka. Kita yang tidak mampu memberi bantuan dari segi wang ringgit di sini hanya mampu mengirimkan doa agar keadaan disana akan kembali pulih kembali dan berharap agar semua mangsa akan terus bersabar .... Insyaallah, Amin ..



Pada 4 Januari 2015 (Ahad)  yang lalu, eka dan keluarga berkesempatan dapat meluangkan masa bersama-sama untuk berkunjung ke Klebang,MELAKA  untuk mengisi percutian sekolah yang akan tamat beberapa sahaja lagi. Seronok rasanya ,mana tidaknya sebab kita bukannya selalu dapat berkumpul bersama. Sewaktu jalan masuk untuk mencari ‘parking’ (huuuhhh) lama juga lah mana tidaknya beratur kereta nak masuk .. sewaktu eka dan keluarga sampai pun memang sudah penuh dengan orang ramai yang berada di tempat tersebut jadi memang lama jugalah duk melilau matamasing-masing mencari ‘parking’
Dapat sahaja ‘parking’ apa lagi anak buah eka yang tak sabar-sabar nou(loghat melaka) terus nak berlari di kawasan air .. taman permainan terus tak dihiraukannya .. teruja sangat nak main air katanya... tetapi hasrat mereka terhalang sebab sememangnya pada mulanya kami sekeluarga memang tidak merancang untuk ke tempat tersebut jadi baju lebih memang tak bawalah ... kesian betul anak-anak buah eka(acu) ... tak mengapa lain kali kita datang lagi ...



Di Klebang, ada satu daya tarikan yang menarik perhatian iaitu gerai makanan yang terdiri daripada badan-badan bas yang lama sampaikan tandas awam pun ada juga dibina di dalam bas tersebut ..tak ke unik namanya ... berbagai-bagai makanan yang terdapat di sana bermula dari makanan yang ringan sampailah makanan yang benar ... tapi rata-rata eka duk memerhati ramai yang sibuk berkunjung ke gerai menjual ais krim dalam pasu .. huh untung betul peniaga tersebut sampai beratur orang ramai nak  membelinya... tapi itulah eka nak sangat makan pisang goreng cheese .. tapi tak dapat pun yang dapat hanya telan air liur jek lah...(gulp)








Selain dari tarikan tersebut, pelbagai aktiviti juga terdapat di sana antaranya permainan layang-layang, menunggang kuda, bermain buih sabun dan ada satu permainan ini tapi eka sendiri tak tahu nak sebut macam mana  ‘vocart’ kot ..maaflah kalau salah sebab permainan tu memang tak pernah nak main ...  disebabkan anak buah eka nak sangat main air jadi eka pun layanlah dia orang duk main air tapi kat tepi sahaja ... itu pun dia orang curi-curi juga nak masuk dalam lagi ... hmmmm ..












Sementara duduk menjamu selera ... anak buah eka pun akhirnya layan juga untuk bermain taman permainan ... yang baby echa( Nur Aisyah Athirah) sampai-sampai sahaja sibuk berebut nak main buaian nasib baik ada orang bagi ...kalau tidak  meraung lah dia ...  kepada anak-anak buah eka Nur Anisa Athirah(Along), Nur Aqilah Athirah(angah) dan Muhammad Aliff Amani(abang) seronok ke tidak ... tak ape lain kali kita datang lagi nye ... hah tetiba teringat pulak ... kepada sesiapa yang dah menonton MV Without You nyanyian Aman AF2014 kalau korang nak tahu lokasinya MV tersebut adalah di Klebang lah tempatnya ... memang cantik tempatnya ....
Jadi eka rasa tak terlambat lagi kot untuk mengajak pembaca semua untuk datang berkunjung ke Klebang,Melaka ... tak rugi kalau dapat ... tapi itulah kalau rasa datang nak mandi kenalah bawa baju lebih .. tapi eka sendiri tak tahulah sama ada di situ boleh mandike tidak sebab sewaktu eka datang tak ramai yang mandi ...

Harap pembaca semua dapat manfaatkan masa cuti semua dengan sebaiknya .... sekian,...