Ahad, 29 Jun 2014

FIRST MEET



Assalamualaikum semua....
ini hara eka ada mood rajin jadi sebab tulah eka terbitkan lebih sikit artikel .. kalau tadi cerita pasal Album Sulung Adira .... sekarang eka nak ceritakan tentang First Meet ...hah apa tu First Meet .. yang dimaksudkan oleh eka.....tapi sebelum itu eka nak lah bagi tahu sebenarnya banyak juga perkara yang menarik berlaku sepanjang bulan Jun ni .... 

Antaranya ...adalah ... pada 24 Jun yang lalu Cikgu Yatie datang Melaka yeahhh.... walaupun masa pertemuannya sangat singkat ... dapat lah juga mengubati rindu .... apa pun kepada Cikgu Yatie terima kasih sebab bagi asam from Penang ... dah lama juga eka tak makan makanan yang masam masam ni .... memang kegemaran eka lah makanan masam ...



creadit by instagram ckg yatie


baiklah.... sekarang kita berbalik pada tajuk kita tadi iaitu First Meet ...hah pekara sebenarnya adalah baru-baru ini iaitu pada 27 Jun eka dan pela jar PPU SMK SERI Mahkota menghadiri satu majlis  iaitu JELJAH PATRIOTISME DALAM KALANGAN GENERASI MUDA yang berlangsung di UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (UTeM) 

ramai juga yang datang bagi memeriahkan majlis tersebut ....  Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Idris Haron iaitu Ketua Menteri Melaka... seronok dengar ucapan dari beliau .... bersemangat sungguh .... beliau juga sempat merakam gambar selfie beliau dengan pelajar-pelajar yang hadir pada majlis tersebut...
ketua menteri Melaka

 Seterusnya ... sampailah seksyen yang dinanti-nantikan eka rasa bukan eka saja yang tak sabar..rasanya satu dewan tak sabar nak dengar motivasi yang akan disampaikan oleh juara Masterchef Selebriti Malaysia .. DATO DR FAZLEY YAAKOB... wahhhh ... dengar saja suara beliau satu dewan bergemuruh dangan tepukan .... mana taknye dapat tengok Dr.Fazley depan mata ... tak putus-putus orang ambil gambar... eka pon tak lepas kan peluang ... sampai habis zoom camera eka gunakan semata-mata nak ambil gambar beliau ..mana taknnya duduk jauh .... 

 Dato Dr Fazley Yaakob

fokus betul eka dengar motivasi beliau yang banyak menceritakan pengalaman beliau yang belajar di luar negara ... dalam motivasi beliau, Dr.Fazley banyak kali menekankan bahawa walau di mana sahaja kita berada kita hendaklah bangga dengan negara Malaysia ... memang banyak memberi inspirasi pada eka...

hensemkan.....???

 gambar pon bergoyang... menggigil ambil gambar....nie pon dah zoom habis

Sebagai penutup tirai bagi mengakhiri Motivasi beliau ..Dr. Fazley sempat menyanyikan 2 buah lagu popular beliau iaitu COKLAT CAKE dan ASMARA INI ...wahhh lagu kegemaran eka ini... eka pon turutlah sama nyanyi sekali tapi x ada lah nyanyi kuat-kuat .... sesedap telinga eka mendengar..haha

jadi inilah yang dimaksudkan eka...FIRST MEET ..pertama kali berjumpa dengan Ketua Menteri Melaka dan Dato Dr Fazley ...

-DEWI CINTA- ALBUM SULUNG ADIRA

Assalamualaikum......
alhamdullilah... hari ini mulanya bulan Ramadhan bagi tahun ini ..
syukur kepada Allah SWT kerana masih memberi kita peluang untuk menikmatan keindahan pada bulan yang penuh dengan barakhah ini .... syukur alhamdullilah

baiklah ..hari ini eka nak kongsikan cerita tentang album sulung Adira yang baru sahaja dilancarkan pada 26 Jun yang lalu..... Album sulung yang diberi nama DEWI CINTA adalah penantian Adira selama 4 tahun semenjak mula menceburi bidang nyanyian pada tahun 2010 melalui satu racangan realiti AKEDEMIK FANTASIA musim KE-8 dimana Adira dinobatkan sebagai pemenang Naib Johan ..


Namum perkara tersebut tidak menjadi penghalang kepada Adira untuk terus berusaha dalam memajukan industri nyanyian di Malaysia... Ternyata semua penah lelah yang dikorbankan akhirnya mendatangkan hasil dengan lahirnya album sulung Adira yang bertemakan SWAN ....

Sebanyak 10 buah lagu termasuk 5 buah lagu lama yang terdapat dalam album ini... ramai komposer dan penulis lirik yang terlibat ... antara lagu yang terdapat dalam album ini ialah Dewi Cinta, Hilang, Ku Bawa Cintamu, Ombak Rindu, dan Ku Ada Kamu.

jadinya ...jangan lupa dapatkan yang original..... di kedai-kedai vcd yang berdekatan ...dan eka juga nak ajak kawan-kawan semua tonton MTV RUHI KASIH di youtube ...eka dah tengok ..memang bestlah ... yang x sanggup tengok pada babak akhir MTV tu .... korang patut tonton ...



Selasa, 13 Mei 2014

KEM RESQ PERTAHANAN AWAM SIRI 5 2014

Assalamualaikum semua...!!!!
Apa khabar semua...???? hah tengah wat pe tu ??? haha.... dah lama juga x update blog.... sori ..sejak dua menjak nie eka busy ckit  mana tak nye ad adsignment,camping...n ad wat job cikit.....Ok la ...ari nie eka nak kongsikan pengalaman  bercamping di jasin,melaka... KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM(JPAM) yang dianjurkan oleh KOLEJ KOMUNITI dan dibantu oleh JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA dan IM4U ...
Kursus ini di adakan selama 3hari 2malam....  kalau x silap eka la ...dalam pukul 3.15 ptg jugak la pasukan dari kolej eka sampai lebih kurang seramai 30 lebih orang yang dari kursus suntigan foto... macam biasa la kalau dah masuk kursus kena la daftar.... dan bermula dengan sesi pengenalan ...antara satu sama lain...





Lepas tu kena pasang khemah .... bila time nak mandi ...tertanye jugak kat mana nak mandi ....sekali staff JPAM tunjukkan tempat mandi pasukan wanita ...memeng terkejut jugak ....sbb tempat mandi itu adalah di bawah kinopi kecil yang ditutup kelilingnya tapi eka bukanla nak memburukkan pihak penganjur tetapi Cuma terkejut jek sebab belum biasa lagi.... pada awalnya memang tak boleh terima jugak ... akhirnya mandi jugak kat kinopi tu sbb dah tak tahan panas dan berpeluh... tapi apa pun ini memang satu pengalaman yang memang eka x boleh nak lupakan...
Lepas tu pada hari kedua..... pihak JPAM JASIN ada memberi peluang kepada peserta... untuk memegang dan bergambar bersama ular.....wahhhh memang x la ....binatang yang memang eka paling x suka ....cicak pon eka takot inikan pulak ular...jawab nye mmg x la....tp jurulatih tu ajar kepada yang takot or troma pada ular untuk cuba merasa pengalaman dengan menyentuh tubuh ular tu..... jadi nak x nak kena la jugak pengang....sekarang nie baru lah eka tahu yang badan ular bukan la lembut tapi keras kulit nye pon eka rasa macam sentuh agar-agar(pencuci mulut) ....tapi dalam hati allah jek la tahu macam mana perasaan eka nie..... kalau tanya eka sama ada masih takot lagi ke..??? eka akan jawab ya....memang takot dan x akan mendekatinye lagi....
Pada malam hari ....tetiba jek kem komander panggil beberapa orang ke hadapan ...dan tetiba jek suasana pada malam tu berubah ...mana tak nye tetibajek staff n jurulatih JPAM marah dan naik angin.... tekejut jugak eka... sampai tengking2 ...tapi cam biasa la siapa yang mengenali eka taw la ... eka tetiba jek blur dan seolah olah masih tak faham dengan situasi tersebut ....samapai ad peserta lelaki menangis dan terus lari masuk khemah ..kalau peserta lelaki dah nangis ...peserta perempuan jangan cakap la kan .... dalam beberapa minit jugak la ....eka yang masih blur lagi ini dikejut kan dengan kata kata kem komender pada waktu tu yang situasi itu sebanarnye hanyalah lakonan dan hanya nak mengenakan peserta yang menyambut hari jadi pada bulan mei.....wahhh waktu tu la eka baru paham..... memang gempak la prank tu.....
Sebenarnye,....banyak lagi pengalaman yang eka nak kongsikan tapi masa x mengizinkan.... apa pon di sini ..kepada pembaca2 semua ambil la peluang ...dan sertailah ...kem2 yang berbentuk sebegini ...banyak faedah nye.....daripada sinilah banyak perkara yang dapat kita pelajari dan dapat menimba pengalaman baru....kenalan jugak bertambah....
Walau macam mana pon eka nak ucapkan RIBUAN TERIMA KASIH ...kepada jurulatih dan staff JPAM JASIN yang banyak berkongsi ilmu....dan eka nak bagi 5 bintang kepada mereka kerana mereka sangat menjaga peserta2 yang menyertai kursus asas siri5/2014.....
Pada masa yang sama eka jugak diberi peluang menaiki trak dan ambulans JPAM....TERBAEK LA ....



Jumaat, 11 April 2014

DIET OH DIET ...FAKTA VS AUTA


ASSALAMUALAIKUM SEMUA....
 hari eka nak kongsikan pasal fakta dan auta diet ...
Dalam menerima maklumat pasti ada segelintr yang menerima info tersebuit sebulat-bulatnya.bahananya info fakta boleh bertukarnmenjadi auta. jadi kali ini eka nak kongsikan....CHECK IT OUT..!!!

AUTA: ais boleh mengemukkan

FAKTA: tidak kira,meminum auis atau tidak,setelah kamu makan,lemak akan tetap larut dan masuk ke dalam sisem pencernaan dan setrusnya akan diserap oleh tubuh. oleh itu,bukan ais yang patut dihindari tetapi lemak daripada makanan itu sendiri

AUTA:makan hanya dua kali sehari sahaja mampu mengurangkan berat badan

FAKTA: makan hanya sekali pagi dan petang sebenarnya membuatkan otak kamu berfikir yang kamu sedang lapar. oleh itu, kalori tidak dibakar lebih kerana ia menjadikan sebagai simpanan.. tahap metabolisme pula akan menjadi rendah dan apa sahaja makanan yang masuk tidak dapat diproses sepenuhnya

AUTA: jangan makan sebelum tidur

FAKTA: pekara ini tidak sepenuhnya benar kerana makan malam tidak menambahkan lemak asalkan kuantitinya tidak berlebihan serta diimbangi aktiviti fizikal seharian yang cukup. proses pencernaan dan pembakaran tenagan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja,bahkan di saat kita tidur

AUTA: pil diet jalan paling cepat kurus

FAKTA: tindakan metabolisme boleh diumpamakan seperti enjin kereta. jika kamu memasukkan minyak ,kereta akan berhenti. bagi memastikan kereta terus dipandu dengan sempurnanya enjin perlu membakar minyak tersebut. begitulah juga tubuh kita . tubuh perlu membakar kalori untuk kekal sihat dan tiada pil ajaib yang mampunmengambil alih tugas metabolisme kamu membakar kalori

AUTA: ketepikan karbohidrat semasa berdiet

FAKTA: untuk sihat ,tubuh memerlukan protein,lemak dan karbihidrat. apa yang penting ialah pembahagian hidangan yang betul antara ketiga-tiga sumber ini mengikut tahap umur

JADI JOM KITA LAKUKAN PERUBAHAN ...YANG MANA SALAH KITA BETULKAN...
TAK SALAH NAK BERDIET YANG PENTING BIARLAH AMALKAN CARA YANG BETUL DAN JANGAN SAMPAI MEMUDARATKAN KESIHATAN

sekian,tq

ZODIAK

ASSALAMUALAIKUM..
hari ini eka nak kongsikan tentang zodiak....
terutama pasal eka dan adira la....

jom kita mula kan...

eka_ 16 JANUARI
CAPRICORN(21 DISEMBER-19 JANUARI)
JANGAN MALAS BUAT FOLLOW UP JANJI TEMU YANG SUDAH KAMU RANCANG.MINGGU INI JUGA MERUPAKAN YANG SANGAT BAIK UNTUK MELAKUKAN URUSAN-URUSAN PENTING
KERJAYA: kamu perlu bersedia dari segi mental dalam menghadapi pelbagai ujian yang bakal kamu hadapi
KESIHATAN: hindari dari berjaga hingga lewat malam
KEWANGAN: terlalu banyak rancangan yang akan membebankan perbelanjaan kamu
CINTA: yakinlah bahawa semua ini pasti akan berlalu,untuk itu ,kamu perlu terus bertenang

adira_19 SEPTEMBER
VIRGO(22 OGOS-22 SEPTEMBER)
USAHA KAU MEMBUAHKAN HASIL YANG SANGAT LUMAYANGV. TAPI,KAMU PERLU TENANG DAN JANGAN TERBURU -BURU SERTA LUPA DIRI DENGAN PELUANG YANG ADA DI HADAPAN KAMU.ABAIKAN SAHAJA KATA-KATA ORANG YANG INGIN MENJATUHKAN KAMU.
KERJAYA:turutkan sahaja peraturan yang sedia ada walau apa pun yang kamu katakan itu ada kebenarannya
KEWANGAN: ada shaja yang cuba menggangu kewangan kamu sehingga wajar jika angann-angan yang kamu bayangkan belum menjadi kenyataan
CINTA:walaupun kata-katanya menyakitkan hati tapi hatinya adalah yang paling dalam dan amat menyanyangi kamu

hahhaha ...itulah zodiak yang dapat eka kongsikan .... jadi kalau tarikh lahir korang ada kena mengena dengan zodiak di atas tu maknanya kita adalah sama
tapi eka nak nasihatkan bahawa jangan percayakan perkara ini 100% .... 
memang la ada yang segelinir cakap ada kaitan tapi tu semua mungkin secara kebetulan...

bagi rakan pembaca yang memiliki tarikh lahir yang tidak sama dengan zodiak di atas jadi jangan sedih... maaf la eka tak dapat nak kongsikan ....insyaallah pada hari lain eka akan kongsikan...

SEKIAN,TQ