Ahad, 29 Mac 2015

EKSKLUSIF: TAHNIAH ADIRA

Assalamualaikum semua ....
Apa kahabar ??? apa aktiviti yang sedang anda sedang lakukan sekarang ..??

Hari ini eka bukan nak kongsikan cerita gosip tapi satu berita eksklusif terutama buat peminat Adira seperti ...hehe...



Semalam  28/3/14 eka sempatlah duduk semak akuan instagram eka... tetiba ada satu caption dari @OfficialHLive  yang bertulis “ Berita eksklusif pada jam 8.30” tapi eka tak ada lah ambil kisah sangat sebabsewaktu eka duduk tengok instagram tu jam sudah menunjukkan jam 9 malam... tapi tiba-tiba ..(saspen betul..hihi)... keluar gambar Adira dan pasangannya iaitu Shahrul Nasrun di Instagram @OfficialHLive dengan caption “Adira telah bertunang pa 22 Disember 2014 dan bakal berkahwin pada bulan September” ....wahhhh its really??? Eka terkejut betul bila tgk caption tu ...  jadi eka pon eka carilah channel astro yang ada ulangan siaran Hlive sebab nak tgk sama ada ianya betul atau pon mimpi sahaja..


Tepat pada jam 10.30 mlm di Astro awani .. eka dah terpajak depan tv sanggup tu skip tgk cerita Cerekarama “Neraka Dunia” di TV3 semata mata nak tgk HLIve ... sekali keluar la berita tentang adira ... wahhh jadinya memang betul la berita tersebut ...  Sharul Nasrun berkata “saya Sharul Nasrun Bin Kamaruddin dan pasangan saya Siti Adira Binti Suhaimi telah bertunang pada 22 Disember”  wahhh macam tak pecaya jek .. pandai juga Adira simpan rahsia.. tahniah eka ucapkan kepada Adira dan pasangannya Shahrul Nasrun ...



Info:
Jangan lupa dengarkan lagu terbaru Adira berduet bersama Hafiz untuk OST PILOT CAFE yang bertajuk “Untuk Cinta”
Eka dah dengar...best .. anda bila lagi ..???


Isnin, 16 Mac 2015

KEM MOTIVASI DI CAMERON HIGHLAND



Assalamualaikum semua,
Apa khabar semua...???

Kali ini eka nak kongsikan pengalaman semasa ke Cameron Highland,Pahang  bersama-sama  guru-guru tingkatan 6 yang  terdiri  daripada  Cikgu  Shah  Jehan,Cikgu Norsiah,Cikgu Noraini, Cikgu Aidah, Cikgu Rozila dan Cikgu Alina. Progaram  ini  juga turut disertai oleh  semua  pelajar Tingkatan 6 seramai 30 orang.
Program tersebut berlaku pada 6 Mac 2015 (Jumaat) sehingga 8 Mac 2015(Ahad). Pada pukul 4.30 pagi (Jumaat) para pelajar dan guru dikehendaki untuk berkumpul di kawasan  sekolah sebelum bertolak pada  pukul 5 pagi . walaupun masing-masing  masih terasa letih  dan mengantuk tetapi kami masuh bersemangat untuk bersama-sama merasai keseronokan untuk ke Cameron Highland. Pemandu bas turut berhenti di tempay rehat R&R  bagi memberi ruang kepada  mereka untuk menunaikan  solat subuh dan menikmati sarapan pagi. 

Setelah menumpuhi jalan yang berliku dan agak mencabar lebih kurang pada pukul 12 tengah hari kami semua selamat tiba ke destinasi yang ingin dituju. Sementara menunggu persiapan dari pihak penganjur, kami berkesempatan untuk bersiar-siar di kawasan sekitar sambil mencuci mata. Lebih kurang pada pukul 3 petang setelah pelajar lelaki selesai menunaikan solat Jumaat, kami semua telah diberikan tempat penginapan untuk kami diami selama 3 hari 2 malam. Pelajar lelaki menginap di tempat asrama Sekolah Convert dimana tempat kami semua menjalankan aktiviti yang ditugaskan  sementara pelajar perempuan seramai 14 orang tinggal di apartment yang berhampitan dengan sekolah Convert tersebut. 

Selepas melihat tempat penginapan dan pelajar perempuan menunaikan solat zohor dan asar yang dijamakkan, pihak pengajur meminta kami berkumpul di dewan bagi aktiviti Team building. Sebelum perlantikan penghulu dan penghuluwati di lakukan terdapat beberapa aktiviti dijalankan bagi memberikan keselesaaan dan menambahkan keseronokan kepada kami. Izham Hajar telah dilantik untuk menjadi penghulu manakala Nurul Atika Md Yusop(eka) dilantik sebagai penghuluwati. Selepas itu kami dibahagikan kepada 4 kumpulan yang terdiri 7/8 ahli.
Pada pukul 8 malam kami semua diminta untuk berkumpul di tempat yang diarahkan dan beberapa aktiviti berjaya dilakukan. Antaranya ialah membuat sorak kumpulan dan aktiviti team building. Bermula pada malam itu, markah kumpulan mula dibahagikan dan setiap kumpulan perlu mencatat markah kumpulan mereka sehingga pada hari terakhir nanti. Lebih kurang pada jam 12 malam aktiviti tersebut tamat dan kami semua diarahkan untuk pulang ke tempat penginapan masing-masing.

Pada jam 7.30 pagi kami diminta berkumpul di perkarangan sekolah tersebut bagi menjalani aktiviti senam areobik yang dikendalikan oleh pihak penganjur itu sendiri. Pada pagi itu, bukan sahaja pelajar sekolah kami sahaja malah terdapat juga peserta dari sebuah universiti yang terdiri daripada pelajar luar negara yang menggunakan bahasa asing turut serta bersenam.

BERSAMBUNG PADA TULISAN SETERUSNYA.....TUNGGU!!!

Jumaat, 13 Februari 2015

PROGRAM POLITEKNIK KASIH 2015

Assalamualaikum semua...
Kali ini eka nak kongsikan pengalaman bersama rakan-rakan tingkatan 6 yang lain semasa kami ke Politeknik Merliamau bagi menjayakan Program Politeknik Kasih 2015pada 11/02/2015 (Rabu) dimana sekolah kami iaitu SMK Seri Mahkota merupakan salah satu sekolah angkat Politeknik selain SMK Sungai Rambai. Banyak aktiviti yang dijalankan seperti bengkel blog dan bengkel motivasi. Namun,pelajar tingkatan 6 seramai 34 oang telah dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk menyertai bengkel yang berlainan iaitu bengkel Power Point dan bengkel Movie Maker.
Eka, beberapa pelajar seni dan pelajar sastera telah menyertai bengkel Power point yang diadakan di Makmal Komputer UPLI yang memberi pendedahan mengenai penggunaan power point secara asas. Walaupun rata-rata antara kami semua kebanyakkannya sudah ada pendedehan sendiri mengenai Power point namun kami semua masih memberikan  sepenuh perhatian kepada fasilitator yang terdiri daripada pelajar sem 5 Politeknik itu sendiri. Terdapat juga penggunaan asas yang kami juga sendiri tidak ketahui semasa menyertai program tersebut.  Bengkel ini telah bermula pada jam 9 pagi dengan dimulai dengan ucapan kata-kata aluan daripada pegerusi majlis dan bacaan doa dan seterusnya diteruskan dengan penerangan mengenai power point yang disampaikan oleh Fisilitator Siti Azera binti Othman. Pada jam 10 kami berhenti berehat  selama 30 minit dan pada ketika itu kami mengambil peluang bergambar bersama fisilitator dan berselfie dan wefie ....

 antara gelagat kami semasa bengkel berjalan

Seterusnya, selepas rehat program diteruskan dengan pertandingan penyedian power point yang paling menarik yang bertemakan “mengenai diri sendiri” dan diberikan selama 10 hingga 15 minit untuk disiapkan. Penyediaan tersebut akan dinilai oleh fisilatator bergantung kepada tarikan power point dan pembentangan. Eka dan beberapa orang rakan iaitu Noraini,Azlin,Firdaus,Faiz dan Rauf adalah antara pelajar yang berjaya dipilih.
pelajar yang terpilih
Sebelum bengkel tersebut tamat kami sempat bergambar sebagai tanda kenang-kenagan dan seterusnya kami dibawa ke Cafe untuk menjamu selera sebelum bergerak ke Dewan untuk acara penutup dan penyampaian hadiah. Semasa penyampaian hadiah untuk bengkel Power point, Muhammad Firdaus Ibrahim berjaya mendapat tempat pertama, eka di tempat ke-2 dan Abdul Rauf mendapat tempat ke-3... tepat pada jam 2 majlis bersurai.
semasa penyampaian hadiah
Semasa kami semua di sana kami sempat berjumpa dengan rakan tingkatan 6 tahun lepas yang berjaya masuk ke politeknik iaitu Nur Hazah Fazira dan Siti Atikah seta kami juga sempai bergambar bersama. Lebih kurang pukul 2.40 kami pulang ke sekolah dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak Politeknik sendiri.
Sekian...terima kasih

berjumpa Hazah & Atikah

tanda kenag-kenagan 

KARANGAN LAPORAN TINGKATAN 6

SOALAN:
Program realiti sering mendapat perhatian masyarakat di negara ini. Jika diteliti rancangan tersebut ada kebaikan dan keburukannya.  Sebagai seorang pelajar di Fakulti Komunikasi di IPTA. Anda telah membuat tinjauan tentang kebaikan dan keburukan program realiti tersebut. Tulis laporan tentang hasil tinjauan anda.

Laporan tentang Kebaikan dan Keburukan Program Realiti kepada Masyarakat di Malaysia
1.0  Pendahuluan
 Program realiti adalah sebuah program hiburan yang berbentuk pertandingan yang disetai oleh masyarakat melalui pemilihan uji bakat yang diadakan di seluruh negara. Antara program realiti yang sering mendapat perhatian ialah Akedemi Fantasia (AF), Mentor dan Pencetus Ummah. Selain itu, program realiti juga mempunyai pengikutnya yang tersendiri yang berperanan sebagai penyokong yang menyokong peserta kegemaran mereka. Oleh itu, baru-baru ini saya sebagai Setiausaha di Fakulti Komunikasi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor diminta untuk menjalankan satu tinjauan tentang kebaikan dan keburukan program realiti. Yang berikut ialah laporan hasil kajian tersebut :
2.0  Senarai Ahli Jawatankuasa
Pengerusi : Ahmad Afnan bin Mustafa
Setiausaha : Nurul Atika binti Md Yusop
Bendahari : Nur Izzati binti Mohd Hafiz
Ahli Jawatankuasa :
1) Sazali bin Baron
2) Fatimah binti Md Mansor
3.0  Kebaikan Program realiti di Malaysia
3.1  Menolong Remaja Memilih Hala Tuju
Berdasarkan tinjauan, didapati bahawa program realiti yang dianjurkan di setiap stesyen televisyen Malaysia sangat menolong golongan remaja dalam memilih hala tuju mereka. Hal ini kerana, banyak peluang pekerjaan yang bakal diperolehi setelah tamat penyertaan mereka dalam sesuatu program realiti. Melaui program realiti juga, bakat mereka dalam  bidang nyanyian seperti bakat mengacara dan berlakon juga dapat dikesan. Oleh itu, masa depan mereka akan lebih cerah kerana dapat melakukan lebih daripada satu pekerjaan. Di samping itu, kewujudan program realiti yang pelbagai dapat mengurangkan peratusan masalah sosial dalam kalangan remaja yang semakin meningkat.
3.2  Membentuk Nilai Keagamaan
Selain program realiti yang bercorak nyanyian, program realiti yang berunsurkan keagamaan juga kini sering mendapat perhatian masyarakat. Sebagai contoh, program Imam Muda yang diadakan adalah untuk melahirkan tokoh-tokoh yang menjadi pelapis untuk mengantikan tokoh-tokoh yang sedia ada sekarang. Di samping itu, program realiti yang bercorakkan keagamaan juga dapat melahirkan pendakwah yang lebih berkualiti dan berkeyakinan tinggi dalam meyampaikan dakwah mereka kepada umum. Oleh itu, nilai keagamaan juga dapat dibentuk sama ada kepada peserta program realiti mahupun kepada penontong yang menonton.
3.3  Menaikkan Imej Negara
Program realiti sekarang bukan sahaja tertumpu kepada sesebuah negara sahaja malah di seluruh negara masing-masing mempunyai program realiti yang tersendiri. Sehubungan itu, program realiti juga dapat menaikkan imej negara selain dapat melahirkan lebih ramai bakat-bakat baru yang berbakat. Sebagai contoh, penyanyi Malaysia Shila Amzah yang pada mulanya telah menyertai satu program One In Million musim kedua telah menaikkan imej negara Malaysia dengan penyertaan beliau dalam satu program realiti di negara China. Pencapaian yang berjaya beliau perolehi melalui penyertaan dalam program I am A Singer telah membuka mata masyarakat luar tentang bakat yang lahir melalui rakyat Malaysia yang lebih berpotensi untuk pergi lebih jauh.
4.0  Keburukan Program Realiti di Malaysia
4.1  Membazirkan Masa
Kebanyakkan program realiti berdasarkan tinjauan yang dilakukan didapati masyarakat yang menonton program tersebut akan membazirkan masa mereka dengan hanya duduk di haapan kaca televisyen. Kebiasaannya, didapati program realiti yang disiarkan akan mengambil masa dua hingga tiga jam dan ini boleh mengakibatkan masyarakat akan leka serta tidak menghiraukan tanggungjawab lain. Sebagai contoh, ibadat solat fardhu akan dilambat-dilambatkan kerana ingin fokus untuk menonton program tersebut. Malah, terdapat juga segelintir masyarakat yang mengabaikan waktu makan mereka kerana terlalu taksub terhadap sesuatu program realiti.
4.2  Mengeluarkan Perbelanjaan Besar
Selain itu, terdapat juga beberapa program realiti di Malaysia  memerlukan para penonton mengeluarkan perbelanjaan mereka untuk mengundi peserta kegemaran mereka bagi memastikan peserta tersebut sentiasa berada di tangga teratas pada setiap minggu. Kebiasaannya, setiap satu undian akan dicaj lima puluh sen dan perkara ini dianggap sebagai sau pembaziran yang tidak mendatangkan faedah kepada pengundi. Oleh itu, masyarakat hendaklah bijak dalam melakukan sebarang perkara selain dalam islam sendiri menganggap pengundian sebagai satu perjudian yang sememangnya tidak digalakkan.
5.0  Kesimpulan
Kajian ini telah mengenalpasti beberapa kebaikan dan keburukan program realiti terhadap golongan masyarakat di Malaysia. Oleh itu, segala kebaikan yang diperolehi ini hendaklah terus dikekalkan dan segala keburukan perlulah diperbaiki. Hal ini supaya program realiti di Malaysia akan menjadi lebih baik selain dapat melahirkan satu program realiti yang lebih berkualiti.

Laporan disediakan oleh,                                                                                   28  Januari  2015
            atika
(NURUL ATIKA BINTI MD YUSOP)
Setiausaha Fakulti Komunikasi,

UiTM, Shah Alam, Selangor

Isnin, 26 Januari 2015

AKTIVITI GOTONG ROYONG



Assalamualaikum semua...
Pada 24/01/2015 (Sabtu) sekolah eka telah mengadakan aktiviti gotong royong untuk membesihkan,mengemas dam menghias kelas masing-masing. Jadi pada hari tersebut eka dan rakan sekelas juga tidak melepaskan peluang untuk turut sama datang untuk menegmas kemas kami. Secara jujurnya selama 2 minggu duduk belajar di kelas baru kami agak kurang selesa. Ini kerana keadaan kelas tersebut masih berhabuk dan eka serta rakan-rakan yang lain juga sering mengalai selesema, hidung gatal dan sering bersin. Jadi aktiviti yang diadakan oleh pihak sekolah ini digunakan sebaik mungkin bagi memastikan segala permasalah tersebut tidak berlaku lagi.


KEADAAN KELAS SEBELUM DIKEMASKAN

Aktiviti gotong royong kelas eka bermula pada pukul 9 pagi lewat 1 jam dari masa yang ditetapkan iaitu pada jam 8. Walaubagaimana pun, kami semua terus memulakan kerja mengemas dengan membersihkan kipas dan tingkap. Seterusnya kami mengambil keputusan untuk membasuh kelas dan terpaksa mengangkat kerusi, meja dan almari ke luar kelas.tugasan ini telah diambil alih oleh pelajar lelaki dan sementara itu pelajar perempuan pula tolong angkat air bagi kegunaan mereka untuk membasuh kelas tersebut.
 JOM KITA CUCI

Guru kelas kami iaitu Pn Aidah  telah membekalkan kami makanan untuk mengalas perut, sementara kami semua sedang menjamu selera ckg aidah tidak melepaskan peluang untuk turut membantu kami membersihkan kelas . setelah selesai mop lantai dan lantai tersebut telah kering kami bersam-sama bekerjasama masukkan kembali kerusi,meja dan almari dan susunkan nya dalam keadaan yang lebih teratur. Lebih kurang pada jam 12 tgh semula kerja selesai dijalankan Cuma kelas kami masih belum sempat dihias, mungkin kami akan mengambil waktu lain untuk sesi menghias kelas pulak pada masa akan datang.
Walaubagaimana pun, eka nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlipat pada hari itu, semua menjalankan tugas dengan sebaiknya walaupun ada yang terpaksa dipaksa untuk melakukan kerja ...(hihi paham-paham saja lah). Tidak dilupakan juga kepada Ckg aidah yang turut serta turun padang membantu kami.  Jadi untuk aktiviti gotong royong kali ini adalah merupakan aktiviti pertama eka bersama rakan sekelas ... jadi ayuhlah kita lebih bersemangat untuk meneruskan perjuangan kita dalam #stpm2015 #kamiakantetapbersatu  #6za’ba
CKG AIDA TURUT SERTA MEMBANTU
 
Kata Hikmah: sesuatu perkara akan menjadi susah apabila kita bersikap “selfish” tetapi ianya akan menjadi mudah apabila kita bersikap “together” . bersatu teguh, bercerai roboh.