Ahad, 6 September 2015

SOALAN TARGET STPM SEJARAH 2015 (SEM 3)



BAHAGIAN B : SEJARAH ASIA TENGGARA
TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA
3.2 – PERJUANGAN MENCAPAI KEMERDEKAAN

SOALAN : Huraikan dasar dan kesan pendudukan Jepun ke atas perjuangan mencapai Kemerdekaan di Myanmar

PENDAHULUAN :
Ø  Jepun menyerang negara-negara Asia Tenggara mulai tahun 1941 selaras dengan dasar imperialismenya. Semua negara Asia Tenggara kecuali Thailand ditawan oleh Jepun antara tahun 1941-1945. Belanda di Indonesia menyerah kalah kepada Jepun manakala di Myanmar, British menyerah kalah kepada Jepun.
Ø  Jepun melaksanakan pelbagai dasar dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Pendudukan Jepun juga telah memberi kesan ke atas perjuangan rakyat Indonesia dan Myanmar untuk mencapai kemerdekaan.

ISI-ISI PENTING :
           ·          DASAR-DASAR
A) Dasar Politik
Ø  Jepun telah memberikan kebebasan berpolitik kepada nasionalis Myanmar untuk menentang British dan Jepun juga menyokong penubuhan Minami Kikan yang dibentuk untuk menghalau British dari Myanmar.
Ø  Jepun menubuhkan Jawatankuasa Pentadbiran Pusat yang diketuai oleh Dr. Ba Maw. Usaha ini bertujuan untuk memberi keyakinan kepada nasionalis tempatan bahawa mereka diberi peluang untuk mentadbir negara mereka sendiri.
Ø  Pada 1 Ogos 1943, Jepun memberi kemerdekaan kepada Myanmar dan sebuah kerajaan boneka telah dibentuk manakala Dr. Ba Maw dilantik sebagai Perdana Menteri kerajaan bersama kabinetnya yang terdiri daripada golongan Thakin.
Ø  Thakin Mya telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Thakin Aung San pula dilantik sebagai Menteri Pertahanan.
Ø  Jepun membentuk Tentera Kemerdekaan Burma (B.I.A) yang dipimpin oleh Aung San dan Ne Win sebagai satu pertubuhan untuk menyatukan para nasionalis dengan harapan dapat membentuk pentadbiran Myanmar yang merdeka.
Ø  Pada bualan Julai 1942, B.I.A telah ditukarkan kepada Tentera Pertahanan Burma dan seterusnya Tentera Kebangsaan Burma pada 16 Sepembar 1943.
Ø  Jepun mengamalkan pemerintahan bercorak ketenteraan dan menggalakkan penduduk tempatan terlibat dalam ketenteraan.
Ø  Jepun bertindak menyatukan semua parti politik di Myanmar dalam gabungan yang dikenali sebagai Dobama Sinyetha Asiayone. Gabungan ini kemudiannya dipanggil Maha Bama Asiayone.






B) Dasar Ekonomi
Ø  Jepun menguasai pengeluaran pertanian dan pengangkutan tetapi sektor pengedaran dan perdagangan runcit diberikan kepada rakyat tempatan.
Ø  Dalam usaha untuk mengeksploitasi ekonomi tanah jajahan, Jepun melaksanakan rancangan “Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya”
Ø  Disebabkan kekurangan bahan makanan, Jepun menggalakkan petani menanam hasil tanaman yang lebih menguntungkan seperti kapas, kacang dan jut.

C) Dasar Sosial
Ø  Jepun membenarkan penggunaan bahasa masyarakat majoriti Myanmar di sekolah dan pusat pentadbiran.

           ·          KESAN-KESAN
A) Kesan Politik
Ø  Kemenangan Jepun telah memusnahkan tanggapan dalam kalangan rakyat Myanmar bahawa British ialah kuasa yang kuat, kemenangan tersebut telah memberi kesedaran bahawa mereka juga mampu bangkit dan berjaya mengambil alih tanah air mereka sendiri.
Ø  Slogan “ Asia untuk orang Asia” dan rancangan “ Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya” telah membangkitkan semangat kebangsaan untuk membebaskan negara daripada dibelenggu penjajah dan mengukuhkan usaha untuk menghapuskan pengaruh dan budaya barat.
Ø  Nasionalis mula sedar bahawa Jepun bercita-cita mengeksploitasi ekonomi dan menjajah negara-negara Asia Tenggara melalui slogan yang diperkenalkan.
Ø  Melalui penubuhan Burma Defense Army yang dibentuk oleh Jepun, Ang Sam telah menggunakan pasukan tersebut untuk menentang Jepun.
Ø  Pada tahun 1944. Golongan Thakin dengan bantuan pertubuhan nasionalis yang lain telah menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasis (A.F.P.F.I) bagi menentang Jepun. Pasukan ini telah menyebelahi tentera British.
B) Kesan Ekonomi
Ø  Jepun mengeksploitasi ekonomi Myanmar. Sumber semulajadi musnah dan Myanmar terpaksa mengalami masalah kekurangan bahan keperluan. Sistem ekonomi sara diri diperkenalkan oleh Jepun telah membebankan rakyat tempatan sehingga berlakunya kebuluran di beberapa kawasan di Myanmar.
Ø  Tindakan Jepun mencetak mata wang yang banyak tanpa sandara emas telah mengakibatkan inflasi.
Ø  Perubahan sistem ekonomi komersial kepada sistem ekonomi sara diri, kadar inflasi yang tinggi (akibat percetakan secara berleluasa mata wang pokok pisang), kadar pengganguran yang tinggi (ketiadaan peluang pekerjaan ) dan pengeksploitasi ekonomi oleh syarikat-syarikat Jepun telah mengakibatkan masyarakat tempatan sanggup menyertai para nasionalis dalam gerakan bawah tanah untuk menentang Jepun.



C) Kesan Sosial
Ø  Rakyat hidup dalam keadaan kebuluran dan penderitaan kerana wabak penyakit berjangkit yang tidak terkawal.
Ø  Kempetai atau Polis Tentera Jepun bertindak menangkap siapa sahaja yang disyaki mengancam kepentingan Jepun di Myanmar
Ø  Kekejaman pentadbiran Jepun dan kemerosotan taraf hidup telah mewujudkan semangat Anti-Jepun dalam kalangan rakyat Myanmar
Ø  Sikap tentera Jepeun yang tidak menghormati rumah-rumah ibadat orang Myanmar turut menimbulkan perasaan benci terhadap Jepun.
Ø  Jepun menggalakkan penggunaan bahasa kaum majoriti. Walau bagaimanapun, dasar ini gagal dilaksanakan sehingga menimbulkan konflik antara kaum majoriti Myanmar denga  kaum Minoriti tempatan seperti Karen, Kachin dan Chin.
PENUTUP :
Kesimpulannya, konflik ini akhirnya menyedarkan penduduk tempatan akan kekejaman dan penindasan Jepun. Oleh itu, mereka mula sedar bahawa mereka sepatutnya bersatu dalam menentang sebarang penjajahan bagi mempertahankan negara mereka.

Jumaat, 3 Julai 2015

IFTAR 6 ATAS ZABA



Assalamualaikum semua...
Alhamdullilah hari sudah masuk ke 16 Ramadhan ...sekejap je kita rasa kan..??? 

Baiklah hari ini eka nak kongsikan cerita IFTAR bersama  rakan-rakan perempuan kelas eka iaitu 6 Atas Zaba yang terdiri daripada 7 orang iaitu Azlin,Adibah Salihah, Syahfirah, Syahirah, Hajar dan Noraini...
Kami semua berbuka di kedai Tom Yam (AWE) Telok Mas, Melaka.. selepas berbuka kami semua menunaikan solat magrib dan seterusnya bergerak ke Bazaar Telok Mas di mana ada menjual bermacam-macam ..antaranya baju raya, tudung ,kasut dan barang-barag beraya  yang lain.. kami semua ke sana hanya datang tengok-tengok harga yang sesuai ...hmmmm boleh tahan juga barang yang dijual disana ... kalau kawan-kawan pembaca yang ada tinggal berdekatan dengan lokasi bazaar tersebut ..dialu-alukan datang ke sana .. hmmm memang rambang mata dibuatnya.... 


Di kesempatan ini juga eka nak bagi sedikit tips kepada anda  semua kalau nnati nak beli barang cubalah raong satu tempat dulu ..tengok harga yang mana berpatutan (itu pun kalau rajin ar) .. ini kerana nanti mana la tahu kita dah beli dulu dan lepas tu jalan depan lagi ada peniaga yang jual barang yang sama tapi harganya lebih murah berbanding barangan yang kita beli sebelumnya ... hmmm ini pun eka kongsikan berdasarkan pengalaman juga .. jadi renung-renungkan lah ye dan selamat beramal ... hehe .. 

Jadi sekian sahaja ukilan pada kali ini semoga bertemu di ukilan-ukilan yang seterusnya ... di kesempatan ini eka nak minta pembaca –pembaca agar mendoakan eka dan kawan-kawan tingkatan 6 yang lain yang bakal mendapat keputusan penggal 2 nanti pada 13 JULAI 2015 (ISNIN) supaa mendapat keputusan yang terbaik ..insyaallah , amin .. terima kasih ..selamat menjalani ibadah puasa ....
...UKIRKAN SENYUMAN DI WAJAH ANDA ..

Ahad, 21 Jun 2015

AHLAN WAHSAHLAN YA RAMADHAN



Assalamualaikum semua,
Ahlan wahsahlan Ya Ramadhan .. . alhamdullilah, segala puji dan syukur ku panjat ke hadratMu Ya Allah dengan izin dan rahmat kasih sayangMu dapat lagi aku bertemu dengan bulam Ramadhan pada tahun ini.
Ya Allah sesungguhnya aku ini HambaMu yang lemah, hanya kepadaMu aku mohon kekuatan agar Ramadhan yang penuh rahmat dan barakag ini tidak berlalu begitu sahaja tanpa meninggalka kesan taqwa dan iman dalam diriku... Amin...
Dalam kesempatan ini eka ingin mengucapkan selamat menyambut Bulan ramadhan buat seluruh umat islam ... semoga ramadhan kali ini kita semua dapat manfaatkan dengan sebaiknya.



Pada 12/6 yang lalu eka dan rakan-rakan tingkatan 5 (2013) telah mengadakan reunion di KFC MERLIMAU bersama-sama Cikgu Norhayati Mutalib ... alhamdullilah, walaupun tidak dapat kumpulkan semua namun kami semua tetap bersatu dan bergembira dapat berkumpul sama-sama ... semoga pada lain kali kita semua dapat berkumpul bersama-sama lagi seperti mana kita bersama suatu ketika dahulu ...
ALPHABETA TEAM 

Dalam kesempatan ini juga eka .. mahu mengucapkan sekalung tahniah buat semua atlet negara Malaysia yang berjaya mempamerkan aksi yang terbaik semasa di SUKAN SEA SINGAPURA 2015.. tahniah juga diuvapkan kepada pemenang-pemenang pingat emas,perak mahupun gangsa yang berjaya memberi saingan yang terbaik kepada atlet dari negara-negara lain... semiga pencapaian ini dapat dietruskan pada kejohanan-kejohanan sukan yang lain pada akan datang terutama pada tahun 2017 dimana Malaysia telah dipilih sebagai penganjur yang seterusnya untuk SUKAN SEA yang KE-29.
 TEAM MALAYSIA SEMASA HARI PEMBUKAAN SUKAN SEA 2015

FARAH ANN ABDUL HADI (GIMNASTIK) ATLET PILIHAN EKA 


 ANTARA PEMENANG PINGAT EMAS  

SELAMAT HARI BAPA BUAT AYAH EKA ... MD YUSOP BIN DOL

Selasa, 2 Jun 2015

SAMBUTAN PADA BULAN MEI



Assalamualaikum semua..
Nampaknya sudah sekian lama eka nak update blog nie.. hmmmm maklum la busy sikit dengan exam STPM untuk sem 2 yang bermula pada 19/5-21/5... alhamdullilah dapat menjawab semua soalan walaupun ada masanya krik krik apabila tak dapat faham kehendak soalan... dalam kesempatan ini eka nak mohon daripada pembaca semoga untuk bersama-sama mendoakan eka dan rakan-rakan STPM yang lain supaya mendapat result yang baik... amin

Baiklah kali ini eka nak kongsikan ...semua tahu bahawa pada bulan Mei ada dua sambutan yang besar yang disambut iaitu Hari Ibu (10 Mei) dan Hari Guru (16 Mei)..
Dengan kesempatan ini harap tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari iBu kepada semoga golongan wanita yang bergelar ibu terutamanya buat emak eka sendiri iaitu Sa’adiah binti Mat Juda ... di kesempatan ini juga eka nak ucapkan selamat hari guru dan terima kasih kepada pendidik anak bangsa yang banyak mencurahkan bakti mereka yang digelarkan sebagai guru ... oleh itu, eka nak ucapakan selamat hari guru untuk guru-guru yang pernah mengajar eka antaranya di Tadika Nurul Iman (4-5 tahun), Prasekolah SK Serkam Darat (6 tahun), SK Serkam Darat (darjah 1-6), Kelas KAFA (darjah 1-2), SRA Jaim Serkam darat (Darjah 3-6), SMK Seri Mahkota ( Tingkatan 1-5), Kolej Komuniti Jasin (2014) dan PRA-U SMK Seri Mahkota (2014-2015)
TERIMA KASIH CIKGU...!!!!

Jadi pada 18/5/2015 di SMK Seri Mahkota ada mengadakan sambutan hari guru di peringkat sekolah yang mengenakan tema  BACK TO SCHOOL .. huhu memang comel-comel dan tampan-tampan belaka rupa cikgu-cikgu pakai pakaian sekolah .... banyak acara yanag diadakan dan yang paling mendapat perhatian adalah persembahan daripada guru-guru .. memang meletop ar ..!!! antara persembahan yang dilakukan adalah lagu SAKITNYA TUH DISINI, SEROJA dan persembahan koir ... hmmm rugi lah siapa yang tak tengok ... walaupun sambutan tersebut diadakan secara sederhana tetapi masih tetap meriah ... pelajar tingkatan 6 yang nak ready untuk peperiksaan pada keesokkannya boleh jadi lupakan sekejap untuk fikirkan tentang peperiksaan ..hihi ... 

 ATAS:dari kiri pengetua En.Mazlan,Ckg Zainab dan Ckg Zubaidah
Bawah: dari Kiri Ckg Hamilah,Ckg izzudin dan ckg halim

 WARGA SMK SERI MAHKOTA

pelajar tingkatan 6 bersama cikgu-cikgu
Apa pun eka harap sambutan hari guru untuk tahun yang seterusnya masih dapat eka sambut lagi-lagi selepas tamat di tingkatan 6 ...
Baiklah sampai disini sahaja cerotan eka untuk kali ini... eka berharapkita dapat bertemu di lain coretan pada masa akan datang ... sekian terima kasih