Isnin, 22 Disember 2014

RUNNING MAN (KOREA VS CHINA)

Assalamualaikum semua... 
Akhabar...??? diharapkan semua berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja ...insyaallah...

Baiklah kali ini eka nak kongsikan pasal satu rancangan yang semakin popular terutama sekali di Korea Selatan. Umum semua tahu bahawa di Korea selatan memang popular dengan pembedahan plastik,artis kpop,pelakon yang cantik-cantik hensem-hensem dan tidak ketinggalan juga produk kosmetik dari negara ini juga popular. Namum tidak ketinggalan juga rancangan televisyen dari negara ini juga tidak kurang popularnya. Contohnya Laws og Jungle,Roomate, Star King , Return of Superman dan We got Married (ini apa yang eka layan la). Jadi eka sekarang nak bercerita pasal rancangan Running Man yang semakin popular. Mungkin agak terlambat untuk dikongsikan maklumlah rancangan ini sudah mula bersiaran pada tahun ....(hmmm tak pasti) sampailah sekarang. Eka sendiri pon layan rancangan ini pada tahun hujung 2012. Maaf la kepada peminat setia Running Man kalau ada fakta yang agak lari ... running man ini pada awalnya diangotai seramai 8 orang ahli yang terdiri daripada 7 lelaki (Ji Suk Jin, Yoo Jea Suk , Kim Jong Kok , Ha ha, Kang Gary, Lee Kwang Soo danSong  Jong ki) namun sekarang hanya tinggal 6 lelaki (tanpa Song Jong Ki) dan 1 wanita iaitu Song Ji hyo.

MONDAY COUPLE (GARY DAN JI HYO)

Pelbagai permainan tradisi korea juga di pertengahkan dalam rancangan ini selain di selitkan elemen lawak dengan teletah ahli running man itu sendiri yang memiliki pelbagai karekter yang tersendiri sememangnya tak kering gusi menontonnya. Selain itu pada setiap episod ada sahaja tetamu jemputan yang dibawa bagi memeriahkan suasana rancangan itu sendiri. Di Malaysia, rancangan ini menjadi kegilaan terutama dalam kalangan remaja sekarang. Pada awal bulan November 2014  ahli running man yang tediri daripada Kim Jong Kok, Ha Ha, Ji Suk Jin, Lee Kwang Soo dan Song Ji hyo telah datang ke Malaysia bagi menjayakan Race Start 2, ternyata begitu ramai peminat yang turut hadir bersama untuk melihat lebih dekat lagi ahli running man tersebut.
SONG JI HYO IN RACE START 2 MALAYSIA

Jadi nak jadikan ceritanya sekarang, baru-baru ini eka adalah tengok Chinese Running Man yang turut dikenali sebagai HURRY UP, Brother di saluran Astro AEC/HD (301/306) iaitu satu rancangan dari negara China yang ahlinya terdiri dari Deng Chao, Angelababy(ahli wanita), Li Chen, Michael Chen, Ryan Cheng, Wang Baoqiang dan Wong Cho Lam
HURRY UP,BROTHER (CHINA)

Eka tengok itu episode 1 ,menarik jugalah walaupun permainnan yang dimainkan lebih kurang sama dengan Running Man (KOREA). Sampai habis juga eka layan walaupun tak paham tapi buat –buat paham jek lah sebab seri kata nya tak ada. Pada episode tersebut ada kemunculan istemewa iaitu Kim Jong kok (Korea) yang turut datang memeriahkan program tersebut. Macam yang kita tahu Jong kok memang kuat lagi lagi dalam game cabut Tag nama. Dalam program tersebut jong kok ditugaskan untuk mencabut tag nama 7 ahli running man termasuk 2 orang tetamu jemputan (Ma Su dan Shawn Dou ) secara berseorangan. Ternyanta 9 ahli running man China berasa takut secara tetiba apabila melihat kelibat Jong kok yang mencari mangsa pertama. Sampai terkoyak baju ahli running man dibuatnya ...hehe... tapi pada petempuran yang terakhir hanya tinggal 2 orang ahli sahaja dan mungkin disebabkan keletihan, Jong Kok akhirnya berjaya ditewaskan.

KIM JONG KOK DI RUNNING MAN CHINA

Pada penghujung rancangan tersebut terdapat beberapa aksi-aksi untuk episode akan disiarkan dan ternyata untuk episode akan datang ahli CHINESE RUNNING MAN VS KOREA RUNNING MAN pada episode 5 ... wahhh ... dalam siaran tersebut terlihat 7 ahli running man (korea) datang dengan semangat dan pertempuran untuk mencabut tag nama ahli dijadikan sebagai percaturan.... pasukan Running Man manakah yang akan berjaya????

MALAYSIA (PIALA AFF sUZUKI 2014)

Assalamualaikum semua...
Alhamdullilah sekali lagi kita dapat bersua dalam coretan kali ini... eka dapat rasakan yang seluruh rakyat Malaysia tak kira kaum cina,india dan melayu semua masih berasa sedih keatas kegagalan pasukan bola sepak Malaysia (HARIMAU MALAYA)untuk memenangi PIALA AFF SUZUKI 2014 selepas kali pertama memenanginya pada 2010.







Pada perlawanan akhir pertama yang berlangsung di Thailand pada 17/12 kita dapat menyaksikan Thailand berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan mendahului 2-0. Pada mulanya eka dapat merasakan bahawa pasukan Malaysia sudah tiada peluang untuk memenangi perlawananan akhir 2 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20/12 kerana melihat kekuatan pasukan Thailand yang bermain dengan pantas dan kebanyakkannya pasukan ini terdiri dari pemain yang berusia lebih muda. Tetapi pasukan Malaysia juga tiada kurangnya walaupun terdapat beberapa pemain yang lebih senior tapi itu tidak menjadi penghalang untuk Malaysia main dengan lebih baik walaupun pada permulaan perlawanan dalam peringkat kumpulan menampakkan pasukan Malaysia tidak begitu yakin kerana berkumpulan dengan pasukan Singapura,Myanmar dan Thailand iaitu dalam kumpulan B.
Pada peringkat kumpulan B perlawanan pertama Malaysia bertemu dengan pasukan Myanmar dimana  mendapat keputusan seri 0-0 manakala pada perlawanan kedua Malaysia bertemu dengan juara 3 kali Piala AFF Suzuki iaitu Thailand dengan keputusan pasukan Malaysia tewas dengan jaringan tipis 2-3 dan pada perlawanan ketiga Malaysia bertemu dengan “ tuan rumah” iaitu Singapura dengan pasukan Malaysia berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan 3-1 dengan hasil jaringan pada minit terakhir oleh pemain Malaysia iaitu Indra “13” berjaya menutup peluang Singapura untuk mara ke peringakt seterusnya. Sehubungan itu, dengan 1 seri,1 kalah dan 1 kemenagan pasukan Malaysia berjaya meraih sebanyak 4 mata dan sekali gus menjadi naib juara pada peringkat kumpulan dan berjaya layak ke peringkat separuh akhir.
Pada peringkat separuh akhir Malaysia bertemu dengan pasukan Vietnam iaitu juara dari kumpulan A. Pada separuh akhir 1 perlawanan dijalankan di Stadium Shah Alam, ramai peminat harimau malaya datang memenuhi stadium untuk menunjukkan sokongan kepada pasukan Malaysia tapi tidak ketinggalan juga penyokong Vietnam yang turut sama hadir bagi memberi sokongan kepada pasukan mereka. Walaubagaimana pun, pasukan Malaysia gagal untuk memenagi perlawanan tersebut dan sekali gus tewas kepada Vietnam dengan 1-2. Seterusnya pada separuh akhir 2 yang berlangsung di vietnam, jurulatih pasukan Malaysia iaitu Dollah Salleh nampaknya menukar beberapa  pemain baru untuk memenuhi kesebelasahan utama. Kali ini nampak keyakinan pemain malaysia yang ditunjukkan telah membuktikan bahawa pasukan Malaysia masih bersemangat untuk menjuarai Piala AFF Suzuki 2014. Dengan hasil jaringan daripada safiq “8” menerusi jaringan penalti kemudian jaringan gol sendiri oleh pemain Vietam sendiri telah berjaya membawa pasukan Malaysia mendahului perlawanan tersebut. Tidak cukup dengan 2 gol pendahuluan pemain Malaysia shahrul “9” berjaya menambah gol malaysia dan pada akhir perlawanan ketua pasukan malaysia iaitu Shukor “12” sekali lagi manambah gol menerusi tandukan melalui sepakan sudut dan sekali gus telah berjaya membawa kemenagan buat pasukan Malaysia dengan kemenangan 4-2 (agregat 5-2) telah berjaya membawa Malaysia untuk ke peringkat akhir yang bakal bertemu dengan pasukan Thailand sekali lagi yang berjaya menumpaskan pasukan Filipina pada peringakat separuh akhir.

Pada peringkat akhir 1 pada 17/12 bermain di negara Thailand, menampakan stadium pada ketika itu dipenuhi dengan penyokong Thailand akan tetapi peminat setia malaysia juga tidak ketinggalan memenuhi sebahagian ruang staduim tersebut. Pada kali ini, nampaknya jurulatih Mlaysia masih menggunakan pemain yang sama semasa perlawanan di antara Vietnam. Walaubagaimana pun kepantasan dan strategi yang berkesan yang dipercaturkan oleh jurulatih Thailand telah berjaya membawa padah buat pasukan Malaysia dan sekali gus menumpaskan Malaysia dengan 2-0. Sehubungan itu, pada peringkat akhir 2 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil,Malaysia pada 20/12 telah berjaya menunjukkan keyakinan penyokong Malaysia terhadap pasukan Malaysia untuk menjuarai perlawanan akhir ini nampak semakin membara dengan hapir 100,000 penonton memenuhi stadium. Eka yang menontonn melalui siaran langsung di TV9 berasa bangga apabila melihat semangat peminat bola sepak Malaysia. Pada kali ini Dollah Salleh telah menukarkan beberapa pemain bagi memenuhi kesebelasan utama. Langkah pemain sewaktu masuk ke dalam padang nampak begitu yakin dengan semangat yang ditunjukkan sewaktu menyayikan lagu kebangsaan ‘NEGARAKU’ telah berjaya mengermakan seluruh stadium. Seawal minit ke 8 Malaysia berjaya mendapatsepakan penalti dan berjaya disempurnakan oleh bekas keptan Malaysia pada 2010 iaitu Safiq Rahim”8” dengan tenang dan ini telah menambah keyakinan buat pemain Malaysia yang lain. Indra Putra”13” telah berjaya meyempurnakan tandukan berbisanya pada minit terakhir separuh masa pertama yang berjaya membawa pasukan Malaysia mendahului 2-0. Sambungan pada separuh masa kedua pasukan Malaysia nampak semakin yakin dan terdapat beberapa kali cubaan berjaya dilakukan ke atas pasukan Thailand. Usaha pemain akhirnya berjaya apabila Malaysia berjaya mendapat sepakan percuma di kawasan berdekatan kotak penalti Thailand dan akhirnya berjaya menghasilkan gol yang sekali lagi disempurnakan oleh Safiq Rahim. Akan tetapi pada 10 minit terakir pemain Malaysia menunjukkan sedikit keletihan dan peluang ini telah diambil sebaik mungkin oleh pasukan Thailand dengan 2 jaringan berjaya dihasilkan oleh pemain Thainland dan ini telah sekali gus menutup ruang untuk Malaysia muncul sebagai juara buat kali kedua. Walaupun pasukan Malaysia berjaya memenangi perlawanan tersebut dengan 3-2 akan teptapi melalui agregat Mlaysia telah tewas dengan 3-4 dan sekali gus telah memberi ruang kepada pasukan Thailand untuk menjuarai Piala AFF Suzuki buat kali ke-4.  Walaupun kekalahan ini amat dikesali oleh Pemain-Pemain Malaysia akan tetapi eka percaya ianya sedikit tidak mengecewakan kita sebagai penyokong kerana secara umumnya pemain Malaysia bermain dengan baik sekali buktinya 3 jaringan berjaya dihasilkan walaupun ketingagalan 2 gol melalui agrerat. Safiq Rahim telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan (6 gol).
 
Kesimpulannya, tahniah buat semua termasuk pemain,staf,pasukan penyiaran dan penyokong. #SELAMANYAHARIMAUMALAYA


Tahniah diucapkan buat Dato’ Nicol Ann David yang berjaya menjuarai Kejohanan Skuasy Wanita Dunia 2014 buat kali kelapan yang berjaya menumpaskan El Weleily.

Selasa, 16 Disember 2014

SELAMAT HARI JADI...!!!

Assalamualaikum semua ... apa khabar???
Eka tengah dalam tekanan ini ...kerja MUET tak siapkan lagi ..ahhhh maklumat yang dah cari pulak hilang ..nampaknya kena mula dari awal balik ... tak pe kita kena bersabar... SABAR SEPARUH DARI IMAN ... apa pun tempoh hari eka ada berjumpa dengan kawan eka yang hampir 7 tahun lamanya tidak berjumpa sejak eka dan dia darjah 5 kerana berpindah ke Sarawak sampailah baru hari itu terserempak..  hmmm tak sangka ingat lagi dia kat eka nie ... maklumlah dulu dia selalu kena buli dengan eka ..haha (jahat juga eka ni tapi tu dulu...)... tapi tu la tak sempat nak selfie ..hehe .. harap kita dapat berjumpa lagi  NUR SYAHIRAH HELMY.. teringat pulak dulu eka selalu ambil buku dia bila eka tak bawa buku (jangan ikutnye... tak baik)
Baiklah hari ini 16/12 adalah hari jadi emak eka yang bernama Sa’adiah binti Mat Juda yang ke-54 tahun...SELAMAT HARI LAHIRsemoga mak panjang umur dan terima kasih atas jasamu yang telah berkorban selama membesarkan eka ( Nurul Atika) sampai 18 tahun yang  tak lama lagi dah masuk 19 tahun .. terima kasih banyak-banyak kerana hanya ucapan itu sahaja yang mampu diluahkan oleh anakmu kerana sesungguhnya jasamu tidak dapat dibalas dengan kata-kata selain ucapan yang Terima Kasih..
Tetiba pulak teringat sambutan hari jadi mak tahun lepas dimana angka umur mak tersalah tulis jauh melangkau perginya sepatutnya 53 tahun tapi kat kek tu tulis 61 tahun ..haha   kecuaian eka sendiri sebab tak kira betul-betul sebelum tempah kek tu ... tapi angka itu tak penting sebenarnya .. kalau ikutkan kek itu pon belum cukup untuk menunjukkan tanda kasih dan sayang seorang anak buat maknya ... tapi apabila melihat wajah mak yang gembira atas pemberian yang bagi eka tidak seberapa itu dah cukup memberi seribu satu erti kebahagiaan dalam hidup eka sendiri... eka berharap eka menjadi seorang anak yang solehah dan berjaya supaya dapat mengembirakan mak dan tak dilupakan kepada ayah (Md. Yusop) juga ..AMIN...



Jadi kali ini eka nak ceritakan serba sedikit minat mak eka yang eka selalu perhatikan ... mak eka ni suka sangat tanam pokok bunga kalau tengok keliling rumah penuh dengan pokok bunga ... macam-macam ada ... kadang-kadang kalau sedara mara datang berkunjung pokok bunga lah yang menjadi perhatian dia orang semua .. eka pon sendiri tak tahu macam mana mak eka jaga selain siram setiap hari  ada lah tu ramuan rahsia .. sebab tak berhenti-henti pokok bunga itu berbunga .. selain itu, mak eka juga kalau ada masa terluang juga suka buat kuih tradisional ...contahnya macam semalam 15/12 sempat lagi buat kuih koci ..mmmmm sedap... bak kata korea DEABAK...hehe... masakan seorang ibu memang tak ada tandingannya...
Eka yakin mak pembaca semua pon mesti ada keistemewaan yang tersendiri ... kan??? Nanti kongsi-kongsilah kat eka ... apa pun eka sayang kat mak ... you’re number one for me ... terima kasih banyak-banyak ...




Sebelum eka tutup coretan pada hari ini jangan lupa saksikan perlawanan Akhir Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia VS Thailand pada hari Rabu (17/12/14) dan pada hari Sabtu (20/12/2014) selain itu, saksikan PENCETUS UMMAH pada Khamis (18/12) #PUAZMAN  ...tak dilupakan saksikan Konsert GegarVangaza pada Ahad (21/12) sebab Adira akan berduet dengan Fazli Zainal ..hehe ..Classs Gitu !!!

PU AZMAN

SUAMIKU ENCIK PERFECT 10


13 Disember 2014
Assalamualaikum ...
Nampaknya tinggal beberapa minggu saja lagi sekolah akan kembali buka. Macam mana pelajar-pelajar semua dah ready ke..??? baju,kasut,beg,seluar semuanya baru. Tapi rasanya awal lagi kot .. baik beli hujung bulan nanti banyak dapat diskaun ..hehe .. tapi tak boleh juga takut nanti tak ada saiz pulak ..hah !!! kan dah susah nanti .. tapi kalau baju lama tu elok lagi ..rasanya boleh guna lagi ..okey !!!



Baiklah berbalik pada tajuk catatan kali ni iaitu SUAMIKU ENCIK PERFECT 10... umum semua tahun yang sekarang  ini eka kat tv sekarang popular dengan drama yang diadaptasi daripada novel-novel yang popular ... contohnya macam sekarang SUAMIKU ENCIK SOTONG yang tengah hangat sekarang kat Astro. Antara pelakonnya adalah Sharnaz Ahmad, Amyra Rosli dan Amar Bahrin. Akan tetapi eka tak adalah layang sangat tapi ada la tengok juga ...hehe(ada Amar Bahrin kot). Walau bagaimana pun eka bukannya nak cerita pasal itu, eka sebenarnya nak cerita mengenai novel Suamiku Encik Perfect 10 hasil karya SYAMNURIEZMIL yang buat pertama kalinya eka dapat habis baca novel tersebut dalam masa seminggu ...huh (kagum betul) ... kawan-kawan eka yang dah kenal lama dengan eka mesti tak percaya sebab yelah eka ni bukanlah jenis yang suka baca novel lagi-lagi novel yang bertemakan Cinta ... eka pun sendiri tak tahu apa punca yang menyebabkan eka mula tertarik untuk baca novel tersebut.. mungkin sebab terlalu banyak masa yang terluang kot sambil-sambil buat kerja MUET...
Dari segi penggunaan bahasa yang digunakan dalam novel tersebut bagi eka yang tak profesional ni  eka rasa bahasanya okey dan ada sesetengah bahasa juga yang eka sendiri tak pernah terfikir. Selain itu, novel ini juga membawa eka untuk mempelajari loghat orang Kedah yang pada asalnya ada sesetengahnya eka ada la tahu sikit-sikit ... selain itu, juga ada juga penggunaan bahasa inggeris yang menyebabkan eka sanggup untuk buka kamus untuk cari maksud perkataan tersebut ... hehe(terlebih rajin).. Di samping itu, novel ini juga banyak mengetengahkan beberapa tema bukan sahaja pasal cinta malah pasal keluarga dan persahabatan juga di ketengahkan ... memang kalau baca tak bosanlah sebab ianya tidak fokus pada satu tema sahaja.
Manakala kalau cakap pasal konsep pulak, jalan cerita novel ini tidaklah terlalu serius dan romantik sahaja malah ianya juga mengetengahkan konsep yang lebih rileks dan santai gitu yang boleh membawa kita gelak sorang-sorang(yang terjadi pada eka)... watak yang dimainkan dalam novel ini juga pelbagai .. antara watak yang terdapat dalam novel ini ialah Aleeya Azmeen, Zarief Daniel, Syed Muzaffar, Ameer Zarief, Tok Zaharah , Puan Yazmeen dan banyak lagi  tapi dalam banyak-banyak watak eka paling tertarik pada watak Atika ... hah!!! Eka sendiri pun tak percaya ada nama tersebut dalam novel tersebut .. tapi ianya hanyalah watak samping.
Dalam novel ini banyak kesimpulan yang dapat eka simpulkan... antaranya kita hendaklah mendahulukan keluarga dalam membuat apa-apa sahaja keputusan , kita sebagai sahabat hendaklah sentiasa sokong dan cuba membantu sahabat kita untuk buat sebarang keputusan dan kita hendaklah saling memaafkan kepada setiap manusia yang pernah buat salah pada kita kerana itu adalah tindakan yang terbaik yang dapat menenangkan perasaan kita. Jadi eka nak bagi 5 bintang kepada pengkarya novel ini ... banyak yang eka belajar apabila baca novel ini ... tapi eka rasa eka dah ketinggalan zaman kot yelah novel ini dah lama diterbitkan iaitu pada Oktober 2013 ..mesti dah ramai baca novel ini ..haha eka memang ada ketinggalan zaman sikit ..hehe


Baiklah sampai disini sahajalah ... apa pun tahniah diucapkan pada pasukan bola sepak Malaysia kerana berjaya layak ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki 2014 yang bakal bertemu dengan Thailand di peringkat akhir nanti ... dan tak lupa juga tahniah kepada pemenang AIM 21 yang berlangsung pada 6/12 tempoh hari ... mungkin belum ada rezeki lagi untuk Adira tapi tak apa eka yakin adira akan cuba perbaiki apa yang kurang dan akan
buat yang lebih baik ... CLASSS GITU !!!



Rabu, 3 Disember 2014

SUKA LATEW (ADIRA)

Assalamualaikum semua...
Apa khabar..?? harap korang semua sihat ... insyaallah...
Baiklah hari ini eka nak kongsikan sedikit cerita yang ada kaitan dengan YAYANG  (adira) hehe ... maklumlah peminat setia la katakan ... hehe
Pada selasa (2/12) eka ada la duduk lepak depat televisyen ..tu la rutin cuti sekolah ini selain duduk siapkan kerja MUET ..hah sebelum terlupa pada kawan-kawan Tingkatan 6 Za’ba terutamanya jangan lupa siapkan assingment Mr. Ang  (sekadar ingatan)... hah!!! tak lupakan juga pada pelajar sekolah yang lain jangan lupa buat ulang kaji ...anggaplah sebagai persediaan untuk tahun hadapan ..cuti-cuti juga buku jangan lupa baca... itulah nasihat yang selalu bermain-main dalam ingatan pesanan yang sering cikgu-cikgu kita semua ingatkan... jadi renung-renungkanlah dan selamat beramal ..ehhh cehhh dah macam Prof. Fizi pulak ..(syok sendiri)
Baiklah berbalik pada cerita tadi ... macam biasalah eka ini kalau pada setiap hari Selasa lepas berita jek mesti dah duduk lepak depan tv ...sebab banyak cerita best kat tv ..hehe ... jadi macam biasalah kalau kat channel astro kalau pukul 9 tu ... cerita apa lagi kalau bukan Meletop yang dipengacarakan oleh Neelofa dan Nabil Ahmad ... kononnya eka tengok meletop ini sebab nak tengok adira lah ..setiap minggu duduk mengharap adira muncul kat Meletop ...hehe .. tapi malangnya hari ini adira tak ada .. kalau tak silaplah last eka tgk adira kat meletop sewaktu adira datang  promosikan first Album adira ... lepas tu dah tak ada lagi ..tapi kat rancangan televisyen lain masih ada juga kemunculan adira ...
Selepas rancangan Meletop habis ... eka dah ready dah dengan remote control tv nie nak tukar channel lain ... tuptup ... terlihat kelibat adira dalam rancangan SUKA LATEW kat ASTRO MAYA HD (135) .. huh terus tak jadi nak tukar channel ingatkan nak layan drama kononnya la waktu tu ... hehe ... dapat juga tengok adira secara siaran langsung hari ini ...yeahh.. secara jujurnya eka kurang minat la tengok rancangan Suka Latew tapi ada la juga tengok itu pun ulangan ... biasa la umum pun tahu astrokan banyak buat ulangan ...hehe ..tapi hari ini memang eka tengok rancangan tu dari mula sampai ke habis ..tak berganjak langsung . . Adira ada kot ...(seronok) ... jadi cerita kali ni memang teruja betul eka nak kongsikan ...




Rancangan SUKA LATEW ini dipengacarakan oleh Alif Satar dan Shahrul Shiro ... mula rancangan ini dengan ucapan tahniah buat skuad bola sepak negara yang telah pun layak ke peringkat separuh akhir ... jadi eka nak promote sedikit ..jangan lupa saksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF suzuki 2014  di antara Malaysia dan Vietnam yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 7 Disember jam 8 malam dan saksikan siaran langsung di kaca televisyen... okey back to the story.. selepas itu kemunculan adira di alu-alukan oleh kedua pengacara tersebut dengan iringan lagu Ilusi (ost Awan Dania) .. nampak adira seolah-olah begitu teruja ... seterusnya dalam segmen KENE TAPAW .. adira ditugaskan untuk membuat ‘PRANK’ bagi mengenakan pengunjung di sebuah shoping kompleks ... pada ketika itu adira mengenakan pakaian jubah dan berpurda sambil Shahrul Shiro pula ditugaskan untuk memberi arahan kepada adira .. tapi serius kelakar tengok takkan lah orang tu tak kenal adira ... tapi kalau cakap ekalah yang ada kat situ ...mesti eka kenal punyalah ..cehh(berangan lebih) ...tapi logik lah juga kalau memang betullah dia orang tak kenal sebab adira pakai purda waktu tu ... tapi serius lawak samapai tergolek-golek adira ... kepada peminat adira korang patut  tengok rancangan ulangan nanti ...
Seterusnya pada segmen Alif vs Shahrul pula Adira sekali lagi diberikan tugas sebagai pengacara bagi mengendalikan segmen tersebut ... nampak agak kaku tapi maklumlah kali pertamakan ..tapi yang paling penting loghat sabah tu still ada lagi ... adira masih belajar cakap KL lagi .. cubaan yang baik ...
Akhir sekali pada akhir rancangan tersebut adira sempat mendendangkan dua buah lagu iaitu GETARAN JIWA yang pernah dipopularkan oleh P.Ramlee ... versi nyanyian adira memang lain dari yang lain  dan lagu penutup tiraibagi rancangan tersebut adalah lahu yang popular iaitu Ombak Rindu (ost Filem Ombak Rindu) dan kali ini adira bergandingan dengan Shahrul Shiro ... boleh tahan la juga suara Shahrul ... walaupun nampak kelakar ...hehe ..apa pun eka tetap enjoy bila tonton rancangan tersebut ...
Jadi kepada peminat adira termasuk eka sendiri jangan ketinggalan menonton siaran ulangan SUKE LATEW nanti ... anda pasti terhibur ... hehe .. tapi eka tak berapa pasti bila siaran ulangan nye .. hmmm
Pesanan terakhir ...
 Pada 6 Disember 2014 – Anugerah Industri Muzik (AIM 21) Adira tercalon dalam dua ketegori (semoga berjaya)
Pada 7 Disember 2014 – Piala AFF Suzuki 2014 (separuh akhir 1) Malaysia lwn Vietnam ..(#ayuhharimaumalaya)

(PICTURE FROM ADIRA YAYANG FB)


Isnin, 1 Disember 2014

DONDANG SAYANG (CUTI SEKOLAH)

Assalamualaikum semua...
Apa khabar ..??? macam mana cuti sekolah kawan-kawan semua ..?? mesti dah pergi jalan jauh dah ni ... apa-apa pun manfaatkan lah percutian sekolah kawan-kawan semua dengan aktiviti yang berfaedah ...  tahniah kepada pelajar tingkatan 5 ..sebab eka dengar ada yang sudah habis  jawab soalan SPM ..sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk keputusan SPM akan datang..

Baiklah hari ini eka nak ceritakan serba sedikit aktiviti awal cuti sekolah eka... semalam (30/11) eka dan keluarga pergi ke Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri (JKKN) di Ayer Keroh ..kerana ada persembahan dondang sayang ...jujurlah eka cakap kat sini yang sebenarnya eka taklah minat sangat dengan tarian tradisional ...hehe .. tapi setelah menonton semalam huh ... menarik juga ... lagi lagi bila dapat tengok sendiri anak buah eka sendiri (along dan angah) iaitu Nur Anisa Athirah dan Nur Aqilah Athirah yang menarikan tarian dondang sayang ... eka sendiri tak sangka yang dia orang berbakat dalam tarian tradisional ..hmmm nak suruh eka menari ??? jawabnya memang taklah kan ... hehe ... apapun semalam memang seronok sangat semalam sampai berair mata tengok ..hmm bukan sebab sedih atau terharu tapi sebab cahaya lampu dalam panggung itu terang sangat ...silau ...hehe 




Selain itu, ada juga persembahan dari penyanyi yang berbangsa cina ..terleka sikit dibuatnya ... fasih betul dia nyanyi lagu dondang sayang ... selepas itu ada persembahan dari penari kebudayaan sendiri dengan tarian kipas dan bollywood ..wahhh meriah panggung waktu itu dengan sorakkan para penonton yang hadir ... di samping itu, ada persembahan dari generasi –y  yang menarikan tarian hip hop ...boleh tahan juga.. dan ada juga artis  jemputan yang dari Kilauan Emas iaitu Uncle Silva ..walaupun dia menyanyikan lagu lama ... tapi tetap menghiburkan para penonton ..

Walaubagaimanapun ... eka sangat tertarik dengan persembahan yang mana anak buah eka sendiri sertai ... mana tidaknya semua penari comel-comel ..kecil molek ..hehe ..eka dapat rasakan generasi lama tidak perlu risau lagi lepas ni sebab adanya generasi sekarang yang mula minat dengan tarian tradisional walaupun sekarang banyak pesaing seperti tarian k-pop ... aktiviti sebegini juga perlu dipergiatkan lagi agar sentiasa diingati selain dapat menarik perhatian generasi –y...
Akhir kata , eka tetap bangga dengan along dan angah(anak buah) ...jangan pernah putus asa teruskan untuk memajukan tarian tradisional ..acu (eka) sendiri tak percaya yang korang boleh lakukan persembahan yang menarik itu ...tahniah ....yeahhh

Sebelum eka tutup coretan eka hari ini... teruskan menyokong pasukan bola sepak Malaysia yang berjaya melayakkan diri ke peringk t separuh ahkir #pialaAFFSUZUKI2014 yang bakal bertemu dengan Vietnam .... tahniah dari ekaadiracom.blogspot untuk pasukan Harimau Malaya ... #malaysiaboleh #ayuhteammalaysia #utrasmalaya

Dan tidak lupa juga jangan lupa dengarkan lagu #hilang #adira .. ost suamiku encik sotong  dan terima kasih kepada pembaca-pembaca yang banyak memberi komen,nasihat dan pendapat untuk eka perbaiki lagi penulisan dalam blog ini... tentang cadangan mengenai menulis cerpen itu ..eka masih fikirkan lagi ... walau bagaimana pun eka masih mengharapkan sokongan pembaca semua..

#janganjadiyangbiasabiasatpjadilahyangluarbiasa